Bintai Kinden memperolehi sebanyak 5.03% kepentingan di dalam MGRC
Pengarah Eksekutif yang disusun semula, Azri Azerai, bakal mengetuai strategi pertumbuhan kedua-dua syarikat
Petaling Jaya, 17 Februari 2022 – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (“MGRC” atau “Kumpulan”), pakar peneraju genom dan biofarmaseutikal, sukacitanya mengumumkan kemasukan pemegang saham substansial baharu, Bintai Kinden Corporation Berhad (“Bintai Kinden”), syarikat pakar di dalam perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal untuk sektor pembinaan, ke dalam Kumpulan ini.
Bintai Kinden kini merupakan pemegang saham sebanyak 5.03% kepentingan di dalam MGRC, berikutan pengambilalihan 6.25 juta saham oleh Bintai Trading Sdn. Bhd., subsidiari milik penuh Bintai Kinden, pada 17 Februari 2022.
Susulan pengambilalihan itu, Encik Noor Azri bin Dato’ Sri Noor Azerai (“Azri Azerai”), yang disusun semula jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif MGRC berkuatkuasa 16 Februari 2022, akan menguruskan fungsi pembangunan perniagaan, sumber manusia dan kewangan Kumpulan. Azri Azerai telah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (“CEO”) Bintai Kinden sejurus mengambil alih peranan baharunya di MGRC, tetapi akan kekal di dalam Lembaga Pengarah Bintai Kinden sebagai Pengarah Eksekutif.
Azri Azerai, yang dilantik ke Lembaga Pengarah Bintai Kinden pada Julai 2021 sebagai Pengarah Eksekutif, dan seterusnya diberi jawatan Timbalan CEO, telah berjaya meningkatkan keuntungan di Bintai Kinden sejak suku tahun pertama FY2022.
Mengulas mengenai peranan baharunya di MGRC, Azri Azerai berkata, “Terdapat sinergi di dalam kedua-dua syarikat yang kami mahu manfaatkan dengan Bintai Kinden mempelbagaikan perniagaannya dengan menyertai sektor penjagaan kesihatan menerusi pengambilalihan Johnson Medical International Sdn. Bhd. (“JMI”) pada November 2021. Kami melihat wujud banyak peluang yang MGRC dan Bintai Kinden boleh sama-sama sertai dan menggunakan kekuatan masing-masing.”
JMI mengkhusus di dalam projek pembinaan dan pembangunan fasiliti perubatan di mana ia menyediakan rumusan kejuruteraan perubatan seperti bilik bedah, wad penjagaan kritikal dan sistem penyaluran gas perubatan. JMI juga merupakan pedagang peralatan dan pembekalan perubatan.
“Kami mahu kedua-dua MGRC dan Bintai Kinden meraih manfaat bekerja bersama-sama. Dengan saya berada di Lembaga Pengarah kedua-dua syarikat, kita akan penyelarasan dan fokus yang lebih baik di mana kedua-dua syarikat boleh mencari peluang-peluang untuk berkembang kerana terdapat potensi besar bagi kedua-duanya.’’