Bina asas nutrisi untuk manfaat IQ dan EQ melebihi 5 tahun!

Enfagrow A+ menekankan kepentingan perkembangan otak holistik melalui Enfagrow A+ Screening Tour

Bina asas nutrisi untuk manfaat IQ dan EQ melebihi 5 tahun!

Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 – Jenama susu formula #1 yang disyorkan oleh pakar di Malaysia, Enfagrow A+ menerajui cara memperkasakan ibu bapa dan pendidik untuk mengoptimumkan potensi anak-anak dengan pendekatan holistik terhadap perkembangan otak ketika usia muda mereka. Menerusi prasekolah dan pusat asuhan di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang, Enfagrow A+ menyasarkan untuk melawati lebih 2,000 kanak-kanak dengan Enfagrow A+ Screening Tour, yang berlangsung mulai Januari sehingga Mac 2024. Inisiatif ini menekankan kepentingan menyokong perkembangan otak holistik kanak-kanak sebelum usia 5 tahun.

Selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memupuk generasi akan datang dengan Kemahiran Abad Ke-21 seperti penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi atau EQ yang diperlukan untuk mengharungi dunia yang mencabar hari ini seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, Enfagrow A+ Screening Tour membantu ibu bapa lebih memahami kepentingan menyokong perkembangan holistik otak anak-anak mereka pada usia awal. Kempen ini juga menawarkan pandangan dan pendidikan tentang cara meningkatkan lagi potensi anak-anak untuk memastikan kejayaan mereka pada masa hadapan.

Bina asas nutrisi untuk manfaat IQ dan EQ melebihi 5 tahun!

Dr Cheah Pike See, Pakar Anatomi Neurosains dan Profesor Madya dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menjelaskan bahawa tempoh tahun – tahun terawal kehidupan kanak-kanak adalah masa paling penting untuk perkembangan otak mereka. “90% perkembangan otak berlaku sebelum mereka mencapai usia 5 tahun! Dalam tempoh ini, sel-sel otak berhubung dan berkembang secara lebih pantas berbanding tempoh lain dalam kehidupan mereka.  Peringkat awal usia kanak-kanak merupakan peluang terbaik bagi membina asas yang kukuh untuk pembelajaran, kesihatan dan tingkah laku sebagai persediaan untuk peringkat pembesaran yang seterusnya”.

Dr. Cheah menggalakkan ibu bapa menyokong perkembangan kedua-dua IQ (darjah kecerdasan otak) dan EQ (darjah kecerdasan emosi) anak-anak kerana ia membantu memupuk kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik serta keupayaan untuk belajar, pemahaman yang lebih cepat dan membina hubungan yang positif, manakala EQ pula menjadi peramal yang lebih penting bagi kejayaan masa depan kanak-kanak berbanding IQ.

Bina asas nutrisi untuk manfaat IQ dan EQ melebihi 5 tahun!

Lawatan ke lokasi-lokasi di Lembah Klang mendapati kebanyakan kanak-kanak mengambil masa lebih dari 1 minit untuk menyelesaikan permainan kelajuan pemprosesan, dan mereka juga tidak mendapat markah penuh dalam Tahap 2 permainan fleksibiliti otak. Sebagai perbandingan, kanak-kanak yang mengambil MFGM telah menunjukkan kelajuan pemprosesan yang lebih pantas. Permainan ini membantu ibu bapa untuk mengenalpasti bagaimana potensi anak-anak mereka dapat dipertingkatkan oleh kerana reka bentuknya yang membantu menilai fleksibiliti kognitif dan kemahiran pembelajaran pada peringkat perkembangan awal.

Bina asas nutrisi untuk manfaat IQ dan EQ melebihi 5 tahun!

 “Perkembangan otak anak-anak kita berkait dengan apa yang diberikan kepada mereka. Itulah sebabnya kita harus mengutamakan penyediaan nutrien yang betul untuk membantu merangsang sambungan sel otak mereka, untuk manfaat berpanjangan yang membolehkan mereka bersedia untuk masa depan selepas usia 5 tahun,” jelas Dr. Cheah.

“Ibu bapa dan pendidik perlu menyedari perkara ini terutamanya ketika tahun-tahun awal kanak-kanak, kerana ia membantu menyediakan asas untuk kejayaan masa depan mereka. Pembelajaran dan perkembangan kognitif kanak-kanak boleh disokong dengan pemakanan yang betul, seperti MFGM dan DHA. Ini menyumbang kepada kebolehan intelek, emosi dan sosial mereka, supaya mereka mendapat kelebihan pada peringkat awal kehidupan,” sambungnya.

MFGM menghasilkan neurotransmiter (bahan kimia otak) yang membawa maklumat dari satu sel otak ke sel otak yang lain, membantu mengawal kebolehan mental, emosi dan mood. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil formula susu diperkayakan dengan MFGM mempunyai prestasi mental yang jauh lebih tinggi pada komposit IQ Skala Penuh. Mereka mempunyai kelajuan pemprosesan otak lebih tinggi dan pantas dalam pengekodan maklumat dan membuat diskriminasi visual. Dalam ujian fleksibiliti otak yang direka untuk menilai pembelajaran peraturan dan fleksibiliti penaakulan kognitif, kanak-kanak yang minum susu formula diperkayakan dengan MFGM juga memperoleh skor yang lebih tinggi dalam kesemua 3 peringkat tugasan pengisihan.

Menggabungkan MFGM dan tahap DHA yang disyorkan pakar boleh memberikan manfaat 2X ganda untuk menyokong perkembangan otak holistik kanak-kanak untuk jangka masa panjang. Enfagrow A+ ialah jenama pertama dalam pasaran yang menawarkan tahap DHA dan MFGM yang disyorkan oleh pakar formula susu kanak-kanak yang terbukti memberikan manfaat IQ dan EQ yang lebih tinggi untuk tempoh jangka panjang melebihi 5 tahun!

Berapa pantas kelajuan pemprosesan otak anak anda?

Enfagrow A+ menggalakkan ibu bapa mengambil langkah pertama ke arah menambahbaik keupayaan pembelajaran anak-anak mereka melalui permainan kelajuan pemprosesan atas taliannya, yang boleh diikuti di laman web Enfagrow A+ https://www.enfagrowminigame.com/?utm_source=pressrelease&utm_medium=processingspeedgame&utm_campaign=click&utm_term=GWT untuk ibu bapa bermain bersama dengan anak di rumah. Ketahui berapa cepat anak anda dapat memahami dan bertindak balas terhadap arahan, dan rujuk pakar pediatrik anda untuk membincangkan prestasi otak anak anda hari ini!

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, layari laman web kami di (https://www.enfagrow.com.my/) atau ikuti Enfagrow A+ Malaysia di media sosial:

Facebook (https://www.facebook.com/enfagrowmalaysia).

Rujukan

^ FAO/WHO mengesyorkan pengambilan DHA pemakanan harian sebanyak 10-12mg/kg berat badan untuk kanak-kanak 12-24 bulan atau 100-150mg DHA+EPA untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun. . Enfagrow A+ MindPro Step 3 membekalkan 120mg DHA dengan 3 hidangan/hari. Rujukan: FAO 2010. Lemak dan asid lemak dalam pemakanan manusia. Laporan perundingan pakar. Kertas Makanan dan Pemakanan FAO bil. 91. FAO: Rome.

© 2023 BlackButterfly DesignArts