Bigo Live menyebarkan kemeriahan Raya melalui Kempen Amal ‘Riang Ramadan Raya’

Bigo Live menyebarkan kemeriahan Raya melalui Kempen Amal ‘Riang Ramadan Raya’

Kuala Lumpur, 8 April 2024 Bigo Live, platform penstriman langsung terkemuka global, telah mengumpulkan para penyiar dan peminat di Malaysia untuk tujuan yang murni melalui kempen ‘Riang Ramadan Raya’ bersempena bulan Ramadan yang mulia ini. Kempen tersebut merangkumi pertandingan nyanyian yang distrim secara langsung dalam aplikasi bertajuk ‘Sing For Charity’ dari 1 hingga 5 April. Penyiar yang mendapat undian tertinggi dari penstriman langsung itu kemudian berpeluang menyertai 47 pelajar dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh untuk membeli baju raya sambil memberi duit raya kepada pelajar-pelajar tersebut.

Bigo Live menyebarkan kemeriahan Raya melalui Kempen Amal ‘Riang Ramadan Raya’

“Hari Raya adalah hari yang penuh kemeriahan dan kami percaya setiap kanak-kanak layak menikmati kebahagiaan dan kasih sayang pada hari tersebut,” kata Vivi He, Pengurus Negara bagi Malaysia, di Bigo Live Malaysia. “Kami sangat gembira dapat mengadakan acara dalam talian dan luar talian yang menyebarkan keseronokan dalam kalangan peserta. Yang paling penting, kami berbesar hati dapat menyumbang baju raya baru dan duit raya kepada kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh pada tahun ini.”

“Dengan Hari Raya dalam beberapa hari lagi, kami gembira dapat menyumbang semula kepada masyarakat dengan menyebarkan kegembiraan, membina hubungan dan impak positif yang berkekalan pada musim perayaan ini. Kami percaya bahawa kami dapat menyatukan orang ramai di seluruh negara dan dunia, dan menjadi perantara untuk semua orang untuk menikmati kemeriahan Hari Raya, sama ada secara fizikal atau digital melalui Bigo Live,” tambah jurucakap tersebut.

Sing For Charity Music Livehouse

Seramai 60 penyiar dari lima agensi mengambil bahagian dalam ‘Sing For Charity’ Music Livehouse, sebuah siri penstriman langsung yang menampilkan persembahan oleh para pemuzik dan penyanyi Malaysia di aplikasi Bigo Live. Acara penstriman langsung dalam aplikasi itu berlangsung dari jam 10 malam – 12 tengah malam selama lima hari (1-5 April), di mana setiap penyiar menyanyikan lagu-lagu Hari Raya kegemaran mereka secara langsung.

Setiap agensi diberi kedudukan dan ganjaran berdasarkan jumlah undi yang diterima semasa sesi Livehouse mereka. Agensi CikbossEmpire, muncul juara dengan undian tertinggi dan dianugerahkan 60,000 Bigo Beans, mata wang maya Bigo Live. Kesemua 12 penyiar dari agensi tersebut dijemput untuk menyumbang semula kepada masyarakat melalui kerjasama Bigo Live dengan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh.

“Kami berharap dapat memberi inspirasi dan mendorong para penyiar dan pencipta kandungan lain untuk menyokong dan menderma kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan serta menyebarkan semangat kegembiraan dan kebajikan semasa bulan Ramadan. Kami amat menghargai platform dan peluang yang diberikan oleh Bigo Live

kepada kami untuk mempamerkan bakat kami dan menggunakannya untuk tujuan yang mulia seperti ini,” kata Ayra Arissa (BIGO ID: Ayra_Arissa), salah seorang penyiar.

Membeli Baju Raya di Sunway Putra Mall

Bigo Live menyebarkan kemeriahan Raya melalui Kempen Amal ‘Riang Ramadan Raya’

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bigo Live atas usaha mereka menjadikan Hari Raya tahun ini lebih istimewa buat pelajar-pelajar kami. Acara ini amat menggembirakan anak-anak di sini di samping turut meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menyumbang semula,” kata wakil dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh.

Bigo Live menyumbang sejumlah MYR 8,500 (USD 1800) kepada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh. Sumbangan itu diedarkan dalam bentuk dana duit raya dan satu set baju raya baru untuk setiap pelajar. 12 penyiar Bigo Live dari agensi tersebut menemani 47 pelajar dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh untuk menikmati satu hari yang menyeronokkan di Sunway Putra Mall di Kuala Lumpur untuk membeli baju raya. Para penyiar dan pelajar meluangkan petang mereka dengan berbual dan mencari baju raya yang disukai di pusat membeli-belah tersebut. Setiap pelajar menerima satu paket duit raya dan dapat membeli satu set baju melayu atau baju kurung baru pada hari itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Riang Ramadan Raya’, layari aplikasi rasmi Bigo Live, yang boleh dimuat turun di Apple, Android dan Google Play.

© 2023 BlackButterfly DesignArts