Bersihkan Udara Dalaman Anda untuk Kehidupan Yang Lebih Sihat

Peranan penulen udara yang mengubah kehidupan demi kesihatan respiratori

Pada masa kini, berada di rumah dalam tempoh yang panjang sudah menjadi norma baharu! Sudah berlalu zaman di mana pejabat dirujuk sebagai rumah kedua dan sudah berlalu masa yang dihabiskan dengan bersantai di luar rumah, menghirup udara segar. Pandemik yang sedang melanda telah mengakibatkan orang ramai untuk berada di dalam rumah – ramai orang terpaksa menyesuaikan diri untuk hidup, bekerja dan bersenam di dalam rumah. Peralihan ini telah mencetuskan banyak perubahan dalam rumah tangga dan ramai telah mengambil langkah untuk mendirikan stesen kerja yang kondusif, sudut senaman serta ruang interaktif untuk kelas dalam talian.

Bersihkan Udara Dalaman Anda untuk Kehidupan Yang Lebih Sihat

Tunggu! Bagaimana dengan mewujudkan persekitaran dalaman yang kondusif dan sihat?

Memandangkan kita menghabiskan sepanjang hari di dalam rumah setiap hari, kualiti udara dalaman sangat penting dan ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dikompromikan atas sebab-sebab kesihatan. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKPP) semasa dan pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, ia adalah lebih penting untuk kita meluangkan masa untuk memahami kepentingan kualiti udara dalaman.

Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, indeks pencemaran udara (API) tempatan semasa fasa ketiga dan keempat PKP pada tahun lepas telah menunjukkan penurunan sebanyak 26%, mencatatkan udara yang lebih sihat berbanding sebelum PKP bermula. Dengan kekurangan atau bahkan ketiadaan pergerakan kenderaan dan penutupan hampir semua kilang, kualiti udara di negara ini menjadi lebih bersih, lebih selamat dan lebih sihat untuk semua.

Dengan itu, tidakkah kita semua mahu yang sama untuk rumah kita dan udara dalaman yang kita hirup?

Udara bersih adalah keperluan asas yang sewajarnya dinikmati oleh semua orang dan salah satu cara terbaik untuk menulenkan udara dalaman, dengan menghapuskan bahan kontaminasi dan pencemar adalah dengan penulen udara.

Bersihkan Udara Dalaman Anda untuk Kehidupan Yang Lebih Sihat

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 yang dirayakan baru-baru ini, perayaan tersebut mengingatkan kepentingan Pemulihan Ekosistem kerana kita semua bergantung pada ekosistem yang sihat untuk kelangsungan hidup. Walaupun, tidak semua orang boleh mengambil langkah yang besar seperti menanam pokok, kita sebenarnya boleh memainkan peranan hanya dengan menulenkan udara di persekitaran kita dan menghindarkan pencemar bawaan udara.

Di Coway, sebuah syarikat yang bangga dikenali sebagai The Best Life Solution Company, ia sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran hidup yang sihat dan menyenangkan menerusi inovasi. Dengan rangkaian penulen udara mereka – TUBA, BREEZE, LOMBOK III dan STORM, setiap rumah tangga kini boleh mencapai indeks udara yang lebih sihat dan tulen untuk menambah baik kesihatan respiratori.

“Coway sentiasa mahukan yang terbaik dan kami komited untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan harian pelanggan kami dengan memastikan mereka mendapat akses air bersih dan udara sihat. Dengan keperluan untuk berada di dalam rumah dan bekerja dari rumah menjadi kebiasaan sekarang, kebanyakan orang tidak menyedari kepentingan udara yang bersih dalam rumah,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

“Udara di dalam rumah juga berbahaya, dipenuhi dengan kontaminan dan pencemar yang kita tidak boleh lihat. Tanpa pengalihan udara yang baik, kualiti udara dalaman sebenarnya boleh menjadi lebih buruk daripada udara di luar,” tambahanya.

Rangkaian penulen udara Coway direka dan dibina untuk memenuhi keperluan semua, tanpa mengira saiz rumah tangga dan kumpulan umur. Dengan sensor pintar dan reka bentuk menarik, penulen udara BREEZE, STORM dan TUBA boleh menyingkirkan kontaminan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dari udara di dalam rumah kita.

Penulen udara terbaharunya, LOMBOK III dibina oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Coway sendiri. Ia dilengkapi dengan teknologi terkini yang memberitahu pengguna tentang tahap habuk halus dan kehadiran bau kuat dalam udara. LOMBOK III juga dilengkapi dengan ioniser, yang menyediakan lebih daripada penapisan udara, ia juga membantu menghapuskan oksigen teraktif dan elektrik statik dari udara. Dengan Resistive Barrier Discharge (RBD) Plasma dan sistem penapisan 6 langkah yang canggih, LOMBOK III dibina untuk memerangkap gas, alergen dan pencemar berbahaya secara berkesan – memastikan udara dalaman yang lebih bersih untuk rumah kita.

Maklumat lanjut mengenai penulen udara Coway boleh didapati di www.coway.com.my

© 2023 BlackButterfly DesignArts