Bersiap Sedia Sempena Larian Demi Hari Esok di Coway Run 2024

Coway Run 2024 kembali untuk menggalakkan rakyat Malaysia dalam perjalanan menuju masa depan yang lebih sihat

Kuala Lumpur, 8 Mei 2024 – Coway, syarikat Best Life Solution dengan gembiranya mengumumkan acara larian tahunannya akan kembali bagi tahun ke-8 berturut-turut pada 22 September 2024. Menyusul kejayaan acara tahun lepas yang berlangsung di Dataran Merdeka yang ikonik, Coway Run sekali lagi akan dianjurkan di lokasi ikonik ini dengan tema “Run for Tomorrow”. Tahun ini, Coway Run berhasrat untuk menjangkaui pengalaman perlumbaan biasa dengan mengalukan rakyat Malaysia untuk menyertai Coway dalam perjalanan ke garisan masa depan yang lebih sihat dan cergas.

Bersiap Sedia Sempena Larian Demi Hari Esok di Coway Run 2024

Acara pada tahun ini akan membawakan tema futuristik dengan menunjukkan inovasi dan teknologi dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Coway Run 2024 akan menampilkan pelbagai kategori perlumbaan untuk peserta dari tahap kecergasan berbeza seperti larian separuh maraton (Half Marathon) 21km mencabar yang kembali untuk tahun kedua atas permintaan ramai, larian kompetitif (Competitive Run) 10km, dan larian mesra keluarga (Fun Run) sejauh 5km. Coway Run berusaha untuk menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan menyeronokkan bagi semua peserta. Oleh itu, Coway Run 2024 kini memperkenalkan kategori larian 5km (Kids) baharu untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun dengan menawarkan kit larian khas untuk anak-anak generasi masa depan negara.

Bersiap Sedia Sempena Larian Demi Hari Esok di Coway Run 2024

Para pemenang bagi kategori 10km dan 21km berpeluang memenangi wang tunai dan hadiah eksklusif berjumlah lebih daripada RM 20,000, manakala peserta kategori 5km serta Kanak-kanak 5km akan dapat menikmati pengalaman larian halangan futuristik yang immersif. Larian 5km ini menampilkan lima halangan menarik yang diilhamkan oleh produk inovatif Coway seperti tilam, kerusi urut, penyaman udara, penulen air serta udara. Coway Run 2024 menjanjikan suasana meriah dengan tapak permainan interaktif dan aktiviti menarik di Dataran Merdeka yang bersejarah dan para peserta akan berpeluang untuk menyertai cabaran menarik tersebut bersama rakan-rakan serta keluarga.

Selain daripada aspek kesihatan dan kesejahteraan, para peserta Coway Run juga akan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat untuk komuniti yang memerlukan. Bagi setiap tiket yang dijual, Coway akan menyumbang RM10 kepada Coway Happy Water Project, sebuahinisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Coway untuk menyediakan air minuman bersih kepada komuniti yang memerlukan.

Bersiap Sedia Sempena Larian Demi Hari Esok di Coway Run 2024

Jualan tiket akan bermula dengan jualan pelancaran istimewa selama 24 jam pada 10 Mei 2024 dengan harga serendah RM45 setiap tiket. Selain itu, 10 orang peserta bertuah yang membeli tiket Coway Run 2024 mereka dari 10 Mei 2024 hingga 13 Mei 2024 berpeluang untuk memenangi baucar eksklusif daripada Brooks bernilai RM400 setiap satu. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai Coway Run 2024: Run For Tomorrow dan berubah demi diri anda yang lebih sihat. Untuk maklumat lanjut tentang Coway Run 2024 dan untuk membeli tiket anda, sila layari www.cowayrun.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts