Bersedia untuk Go Far #GoNaeloFar

Selebriti terkemuka Malaysia, Neelofa memperkenalkan wajah  dan arah tuju baharu untuk jenama tudungnya, Naelofar

Kuala Lumpur, 15 Februari 2020 – Lima tahun sejak penubuhannya, jenama tudung terkemuka Naelofar bakal mengegarkan tahun 2020 dengan memperkenalkan identiti baharu yang menarik buat jenama tudung terkemuka ini. Selari dengan identiti baharu ini, matlamat utama penjenamaan semula Naelofar adalah untuk memperkasakan wanita dalam membuat keputusan dan pemilihan pakaian muslimah dengan misi Go Far.

Bersedia untuk Go Far #GoNaeloFar

Naelofar, yang diasaskan oleh selebriti dan usahawan terkenal Malaysia, Neelofa, telah menjadi antara jenama muslimah terbesar di Malaysia dan rantau ini. Naelofar adalah sebuah jenama yang sentiasa berani, kreatif dan bercita-cita tinggi tetapi dengan perubahan baharu ini, elemen penting yang membentuk jenama Naelofar dapat digabungkan untuk membawa penceritaan kepada kehidupan seharian wanita moden sekaligus mewujudkan identiti yang jelas, menarik dan konsisten.

Bersedia untuk Go Far #GoNaeloFar

Neelofa berkata, ” Dengan arah tuju baharu ini, saya berharap Naelofar dapat memberi inspirasi untuk merubah persepsi masyarakat terhadap pilihan wanita dalam era dan zaman moden ini.” Tambah Neelofa, “Saya juga mahu mereka tahu bahawa mereka tidak perlu takut untuk maju ke hadapan dan tidak membiarkan jarak menghadkan mereka kerana satu-satunya halangan untuk berjaya adalah diri sendiri. Saya mencipta Naelofa supaya setiap wanita dapat terus maju ke hadapan. Selebihnya bergantung kepada diri mereka sendiri.

Dinobatkan sebagai Dewi Remaja Malaysia 2009/2010, Neelofa telah menyaksikan sendiri wanita-wanita yang mempunyai masalah keyakinan diri terutamanya dengan pilihan pemakaian dan ianya menjadi penghalang buat mereka untuk mencapai peluang dan kejayaan. Didorong oleh semangat untuk mencipta kelainan serta memberi peluang kepada wanita lain, penjenamaan semula Naelofar sudah pastinya membolehkan jenama itu memberi inspirasi kepada wanita moden pada hari ini untuk tampil berkeyakinan dengan pemakaian mereka.

Naelofar juga telah memperkenalkan logo baharu dan laman web yang telah terkini menjadikannya mudah dikenali tidak kira di mana juga anda berada. Logo baharu ini memaparkan warna jenama baharu “Naelofar Orange”, yang mencerminkan kekuatan dan keberanian jenama tersebut.                       

Bersempena dengan arah tuju baharu jenama tersebut, Naelofar bakal mengeluarkan koleksi “The Go Far Collection’’. The Go Far Collection bakal menampilkan identiti baharu jenama itu dengan wajah segar, ‘edgy’ dan moden. Koleksi tersebut mengetengahkan grafik polos, rekaan berjalur dan mengelakkan elemen rekaan yang tidak diperlukan, menghasilkan rekaan unik yang bersahaja.

Koleksi ini berani dan melambangkan arah tuju baharu yang tertulis dalam DNA jenama Naelofar. Melalui koleksi ini, Naelofar akan terus memberi inspirasi kepada wanita menerusi keberanian feminin dan pemerkasaan wanita. Koleksi ini kini boleh didapatkan di laman web Naelofar. Pelanggan setia Naelofar boleh menjangkakan koleksi-koleksi baharu dan menarik dalam beberapa bulan yang akan datang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Naelofar atau teruskan mengikuti perkembangan terkini di laman sosial mereka di Instagram atau Facebook.

© 2023 BlackButterfly DesignArts