Bersedia Untuk Dibawa Ke Dunia Pengembaraan Dan Keseronokan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Pelbagai Aktiviti Menyeronokkan dan Interaktif Menampilkan Watak daripada Pixar, Marvel, Disney Princess dan Star Wars Menanti Pengunjung pada Julai ini

Bersedia Untuk Dibawa Ke Dunia Pengembaraan Dan Keseronokan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Sepang, 12 Julai 2024Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat beli-belah berjenama terulung Jepun, menjemput pengunjung untuk memulakan pengembaraan menarik yang menampilkan watak kegemaran daripada Pixar, Marvel, Disney Princess dan Star Wars bersempena sambutan ulang tahun ke-9 pusat membeli-belah itu.

Berlangsung sepanjang bulan Julai, para pengunjung yang melawat Sunshine Square di Tingkat Bawah pusat membeli-belah itu akan menemui pelbagai paparan ikonik, tarikan bertema yang menyeronokkan dan aktiviti menarik termasuk aktiviti hands-on, yang menjanjikan peluang yang tidak berkesudahan untuk pengunjung menghayati dunia watak kegemaran mereka, seperti Lightning McQueen dari Cars, Spider-man, Disney Princess dan Star Wars.

Bersedia Untuk Dibawa Ke Dunia Pengembaraan Dan Keseronokan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

TJ Cheah, Naib Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd mengalu-alukan kehadiran pembeli daripada semua lapisan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan dan kemesraan sambutan ulang tahun pusat beli-belah itu. Sorotan aktiviti kempen dan tarikan yang akan membawa pembeli ke alam fantasi yang luar biasa termasuk bengkel melukis pasir kraftangan yang menampilkan Puteri Disney, bengkel topeng DIY Marvel, Permainan Xbox Cars dan gerai foto Star Wars yang direka untuk merakam detik kenangan bersama rakan dan keluarga.

Bersedia Untuk Dibawa Ke Dunia Pengembaraan Dan Keseronokan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
Bersedia Untuk Dibawa Ke Dunia Pengembaraan Dan Keseronokan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
Bersedia Untuk Dibawa Ke Dunia Pengembaraan Dan Keseronokan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

“Sambutan kejayaan pusat membeli-belah ini melangkaui tarikan dan aktiviti yang menarik, kerana kami menawarkan lebih banyak lagi untuk menunjukkan penghargaan atas sokongan berterusan pembeli kami selama ini. Sepanjang perayaan selama sebulan, bukan sahaja pembeli akan diberi ganjaran dengan hadiah eksklusif apabila menamatkan pengembaraan di sini, malah mereka juga layak untuk penebusan hadiah eksklusif seperti topeng muka premium Hijiriko, serta ganjaran pulangan tunai sehingga RM50 untuk pembelian minimum. Penebusan boleh dibuat di kaunter yang terletak di Tingkat Bawah pusat beli-belah itu,” kata Cheah.

Untuk memeriahkan lagi sambutan tahun ini, MOP KLIA berusaha keras menerusi kerjasama dengan kedai, COMMON SENSE, jenama kemeja-t terkemuka negara, dalam menawarkan pakaian dan barangan dengan harga yang menarik, berserta baucar tunai percuma kepada pembeli yang layak di sepanjang tempoh sambutan ulang tahun. Di samping itu, pembeli akan teruja untuk menemui barisan promosi F&B dan jualan dengan diskaun sehingga 90% di kedai-kedai yang mengambil bahagian, membolehkan pembeli menikmati penjimatan hebat pada pelbagai pilihan tempat makan dan produk sepanjang bulan.

MOP KLIA terletak di lokasi strategik hanya 8 minit dari KLIA (Terminal 1) dan KLIA 2 (Terminal 2) dan kira-kira 45 minit dari Pusat Bandar KL. Pusat beli-belah ini mudah diakses melalui pelbagai lebuh raya seperti ELITE, LDP, KESAS, MAJU Expressway, North South Expressway Central Link, dan NKVE. Berkunjung ke MOP KLIA juga mudah kerana terdapat banyak perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan.

Untuk informasi selanjutnya mengenai tawaran, promosi dan aktiviti terkini di MOP KLIA, layari
mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA/ atau www.facebook.com/MOPKLIA.

© 2024 BlackButterfly DesignArts