Percutian eksklusif untuk berehat dan bersantai di kawasan desa di tempat penginapan BTS semasa penggambaran kandungan asal HYBE.
Penginapan yang luas ini akan memberi peluang untuk tetamu menikmati keindahan alam semula jadi PyeongChang di Korea Selatan terletak di sebuah kawasan pergunungan yang terkenal dengan hutan rimba dan pemandangan puncak bukit yang saujana mata memandang.
Dua tetamu bertuah dari seluruh dunia akan menikmati pengalaman santai seperti pengalaman yang BTS lalui semasa penggambaran rancangan mereka.
Kuala Lumpur, 27 Julai 2022 – Berita baik untuk peminat K-Pop! Penginapan luas di mana ikon pop abad ke-21, BTS, menginap semasa penggambaran kandungan asal HYBE iaitu IN THE SOOP BTS ver. Season 2, kini di Airbnb untuk penginapan semalaman buat julung-julung kalinya. Tetamu akan berpeluang untuk mencari ketenangan di kawasan desa yang subur menghijau di rantau Gangwon, Korea Selatan – seperti yang dilakukan oleh tujuh ahli tersebut sambil berehat dan menikmati kehidupan seharian dalam kandungan asal terbitan HYBE.
Semasa musim kedua IN THE SOOP BTS, ahli kumpulan tersebut mengalami momen-momen santai dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi di tengah-tengah kesibukan jadual mereka. Tetamu akan menginap di kediaman ini yang merupakan sebahagian daripada estet yang lebih besar, akan berpeluang mengalami semula momen-momen IN THE SOOP BTS kegemaran mereka, seperti:
Mengenai penginapan ini
Penginapan satu malam* pada 29 Ogos dengan harga hanya $7** – akan memberi peluang untuk dua tetamu bertuah menyelami pelbagai elemen yang dinikmati oleh kumpulan K-pop itu semasa mereka berada di penginapan ini beberapa bulan yang lalu, termasuk:
Cara untuk menempah
Tetamu boleh memohon untuk menempah penginapan ini bermula pada hari Selasa, 2 Ogos dari 11 pagi KST (Selasa, 2 Ogos pada 10 pagi MYT) di airbnb.com/inthesoopbts. Tetamu bertanggungjawab untuk merancang perjalanan mereka sendiri ke dan dari Seoul, Korea Selatan. Pengangkutan kereta ulang-alik akan disediakan untuk perjalanan 20 minit dari stesen KTX PyeongChang ke penginapan IN THE SOOP BTS.
Walaupun hanya satu penginapan semalaman akan ditawarkan, “geok jeong ma” (“jangan bimbang” dalam bahasa Korea) – peminat akan berpeluang untuk melihat penginapan IN THE SOOP BTS semasa menginap di penyenaraian lain yang berhampiran dengan penginapan ini tidak lama lagi.
Bagi mereka yang ingin menemui penginapan serupa yang dikelilingi oleh alam semula jadi, Airbnb baru-baru ini memperkenalkan cara baharu untuk mencari dan menemui penginapan seperti ini melalui Kategori Airbnb. Dengan 200,000 penginapan kawasan desa yang tersedia di seluruh dunia dan terdapat banyak percutian yang diilhamkan oleh “in the soop” (terjemahan bahasa Melayu → “Di dalam hutan”) .
Mereka yang berhasrat untuk menginap di IN THE SOOP BTS ver. ‘Pyeongchang’ Filming Location, diharap maklum bahawa peraturan penginapan ini mewajibkan pematuhan peraturan dan garis panduan tempatan yang berkenaan serta Amalan Keselamatan COVID-19 Airbnb, termasuk memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial mengikut ketetapan undang-undang atau garis panduan tempatan. Kakitangan yang berkerja di kawasan tersebut juga akan mematuhi peraturan dan garis panduan tempatan semasa di lokasi, dan akan mematuhi proses lima langkah pembersihan kami.
*Penginapan satu malam ini tersedia untuk seorang peserta dan rakan tetamu mereka, dan ia bukan satu pertandingan.
**Ditambah cukai dan yuran
Airbnb memantau kadar jangkitan COVID-19 dan polisi kerajaan Korea dengan teliti dan akan menawarkan kredit perjalanan Airbnb bernilai USD1,000 kepada tetamu yang menempah jika Airbnb mendapati perlu untuk membatalkan penginapan.