Pandangan Lebih Jelas dengan Kaedah Penjagaan Mata Terkini oleh Pengamal Penjagaan Mata yang Dipercayai.
Dua tahun yang baru berlalu telah banyak mengajar kita tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Ia telah memberi kita masa untuk benar-benar memahami cara terbaik untuk kita menjaga diri dari segi kesihatan mental, fizikal dan emosi untuk mengekalkan kesejahteraan diri dan ini termasuk organ utama sistem visual kita: mata. Mata berhak mendapat perhatian selari dengan organ penting kita yang lain kerana kesihatan mata dapat menentukan kualiti hidup kita.
Salah satu perkhidmatan kesihatan yang biasa diperoleh rakyat Malaysia ialah pemeriksaan mata secara berkala untuk mendapatkan cermin mata baharu yang sepadan dengan keperluan mereka. Lebih daripada 22% rakyat Malaysia melawat pakar oftalmologi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan mata demi kesihatan optimum. Pengamal penjagaan mata juga menyediakan pelbagai perkhidmatan optik yang berbeza, termasuk Pengurusan Kawalan Miopia Kanak-Kanak, dispensi Kanta Tambahan Progresif, Kanta Sentuh Khusus dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan visual setiap individu. Perkhidmatan khusus ini bertujuan untuk menyediakan lebih daripada pilihan konvensional kepada mereka yang memerlukan dengan penyediaan bantuan visual yang lebih berkualiti dan berkesan.
Dengan mengambil langkah tambahan ini untuk memastikan mata anda dijaga dengan betul, anda mengurangkan risiko gangguan mata seperti glaukoma, retinopati diabetes, degenerasi makula berkaitan usia (AMD), katarak, dan pelbagai penyakit mata yang lain.
Penjagaan Mata untuk Sebarang Keadaan
Ralat pembiasan boleh dibahagikan kepada Miopia (Rabun dekat), Hiperopia (Rabun jauh), Presbiopia (Rabun tua) dan Astigmatisme (Rabun silau). Melalui kajian yang dilakukan oleh National Eye Survey, usaha sama antara Jabatan Oftalmologi daripada universiti perubatan terkemuka di Malaysia mendapati bahawa ralat pembiasan merupakan masalah penglihatan yang paling kerap dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Situasi ini perlu dipandang serius kerana masalah penglihatan sangat mempengaruhi kualiti hidup setiap individu.
Penjagaan Kanta Sentuh
Ramai yang masih tidak mengetahui bahawa kanta sentuh adalah peranti perubatan yang mesti dipreskripsi oleh pakar penjagaan mata bertauliah bagi mengelakkan sebarang risiko seperti jangkitan kuman dan memastikan keselesaan yang optimum. Walaupun kanta sentuh adalah antara pilihan yang dipercayai, berkesan dan mudah didapati dari pasaran, risiko jangkitan mata akan semakin meningkat jika anda tidak mengendalikan dan menjaga kanta sentuh anda dengan betul. Kanta sentuh yang diperoleh dari sumber yang tidak sah dan tidak mengikuti garis panduan yang betul boleh mendatangkan masalah yang tidak diingini.
Sebagai alternatif kepada cermin mata konvensional, kanta sentuh juga boleh mengurangkan kesan presbiopia (rabun tua – kehilangan secara beransur-ansur keupayaan mata untuk fokus pada objek dekat disebabkan faktor usia) yang boleh dirawat dengan menggunakan kanta sentuh multifokal. Sebaliknya, bagi individu yang mempunyai astigmatisma, boleh berunding dengan pakar optometrist anda berkaitan kanta sentuh lembut toric. Kanta ini mempunyai rekaan khusus bagi membetulkan astigmatisma kornea atau lentikular. Kanta sentuh ini biasanya tersedia dalam pilihan pakai buang harian atau bulanan untuk mengikut bajet dan memenuhi keperluan gaya hidup anda.
Di samping itu, kemajuan teknologi di sebalik kanta sentuh lembut juga boleh mengurangkan kemungkinan mengalami gejala mata kering dengan pengenalan bahan seperti silikon hidrogel, pengenalan ‘kanta air’ dan banyak lagi. Terdapat beberapa keadaan mata yang boleh dirawat dengan menggunakan kanta sentuh termasuk rawatan orthokeratologi. Walau bagaimanapun, anda perlu sentiasa merujuk kepada pakar penjagaan mata untuk penentuan kanta sentuh yang terbaik berdasarkan kelengkungan kornea, keadaan permukaan mata dan tabiat gaya hidup anda. Tambahan pula, nasihat pakar juga diperlukan semasa memilih kanta sentuh guna semula untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan sewaktu pemakaian.
Masalah penglihatan kanak-kanak sering diabaikan kerana mereka terlalu muda untuk mengadu atau memahami sifat sebenar penglihatan yang jelas atau kabur. Ada juga kejadian sesetengah ibu bapa tidak mengambil perhatian yang serius apabila si kecil mengadu tentang masalah penglihatan mereka. Ini pula akan menyebabkan penglihatan si kecil menjadi semakin teruk setelah dewasa. Kanak-kanak, seperti orang dewasa, juga terdedah kepada risiko penyakit mata seperti retina terkoyak, makulopati (kemerosotan makula), dan gangguan penglihatan binokular seperti strabismus (mata juling) dan amblyopia (mata malas).
Jawapan terbaik bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah mata adalah untuk mendapatkan cermin mata untuk “membetulkan” penglihatan mereka. Walau bagaimanapun, kanak-kanak mungkin tidak memahami kepentingan pembetulan yang diperlukan ini. Miopia, iaitu penglihatan kabur pada jarak jauh – jika tidak dirawat boleh memberi kesan besar kepada perkembangan anak kita. Ini amat ketara dari segi koordinasi pergerakan, kebolehan pembelajaran serta keterikatan emosi semasa mereka membesar. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan si kecil menerima sokongan yang ideal daripada pakar penjagaan mata yang dipercayai untuk melengkapkan permintaan visual mereka.
Pakar optometris anak anda mungkin mengesyorkan jenis kanta optik khusus atau kanta sentuh sebagai sebahagian daripada program yang dikenali sebagai Kawalan Miopia Kanak-Kanak yang melibatkan perundingan profesional dan penyesuaian preskripsi yang akan dipantau sepanjang tahun terutamanya pada tahun pertama. Program ini bertujuan untuk memperlahankan perkembangan masalah rabun dan mengelakkan kerabunan pada usia awal. Program ini boleh diperoleh dari peruncit optik seperti MOG Eyewear, salah satu peruncit optik terkemuka di Malaysia yang boleh memeriksa dan menilai kesihatan mata anak anda dengan bantuan optometris kanak-kanak melalui satu set ujian khusus untuk menangani isu myopia dalam kalangan kanak-kanak.
Semakin berusia, keupayaan penglihatan dekat dan jauh kita semakin menurun. Kanta tambahan progresif, juga dikenali sebagai PALs, adalah satu kemajuan teknologi luar biasa yang dapat menggabungkan beberapa keperluan visual ke dalam satu kanta untuk meningkatkan kejelasan penglihatan pada semua jarak. Kekuatan kanta berbeza secara progresif dari jauh ke pertengahan ke keperluan penglihatan dekat memudahkan anda boleh mengubah jarak fokus dengan selesa. Anda boleh membaca pada jarak dekat, bekerja pada jarak sederhana atau memerhati sesuatu dari jauh dengan hanya sepasang cermin mata. Ringkasnya, kanta progresif menampung pelbagai keperluan visual dalam satu kanta dan menghapuskan keperluan untuk kerap bertukar cermin mata.
Walaupun ada di antara kita yang akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri, kadar keberjayaan pemakaian cermin ini sangat tinggi. Penyesuaian yang lebih pantas boleh dilakukan di bawah bimbingan pengamal penjagaan mata profesional dimana anda boleh mencuba kanta jenis ini di peringkat penilaian di kedai sebelum mendapatkannya untuk keperluan diri sendiri. Perkhidmatan sedemikian boleh didapati daripada MOG Eyewear atas dasar temu janji.
Gejala ketegangan mata kerap terjadi disebabkan penggunaan mata secara berterusan yang menyebabkan keletihan mata. Anda juga mungkin merasakan ketidakselesaan dengan masalah kekeringan mata atau penglihatan yang kabur. Jika masalah penglihatan tidak dirawat, maka akan timbulnya masalah postur dimana anda perlu menegangkan leher untuk melihat dengan lebih dekat dan jelas. Tabiat ini melemahkan otot leher dan bahu yang seterusnya boleh menyebabkan kesakitan badan.
Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, dan Novartis Corporation mendapati bahawa adalah dianggarkan seramai 3.6 juta orang di Malaysia menghidap migrain. Walaupun gejala ini mungkin disebabkan oleh tekanan kerja atau jadual tidur yang tidak teratur, sakit kepala yang berulang dan kerap tanpa tanda pulih ini mungkin juga disebabkan preskripsi cermin mata atau kanta yang salah. Kita mungkin menganggap bahawa gejala migrain selalunya disebabkan oleh gaya hidup seseorang dan Paracetamol boleh digunakan sebagai penawar biasa, namun itu, gejala ini barangkali disebabkan pemakaian cermin mata yang salah.
Pemasangan cermin mata digital untuk mendapatkan ukuran paling tepat untuk cermin mata baharu anda
Mata anda memainkan peranan penting dalam banyak aspek kehidupan harian demi mencipta kehidupan yang indah dan bermakna. Oleh itu, kita perlu menjaga kesihatan mata kita dengan baik. Kini terdapat lebih banyak pilihan untuk penjagaan kesihatan mata kerana pakar penjagaan mata mampu menawarkan pelbagai jenis rawatan untuk memenuhi permintaan visual kita yang semakin meningkat.
Melalui pemeriksaan dan penilaian berkaedah, anda boleh menikmati pilihan rawatan yang sempurna untuk keadaan mata anda sama ada untuk Pengurusan Miopia Kanak-kanak, PALs atau untuk mencari kanta sentuh yang paling sesuai dengan mata anda. Dengan perundingan yang betul daripada pembekal penjagaan mata profesional, anda boleh menikmati kesihatan penglihatan yang optimum dalam setiap peringkat kehidupan.