Era baharu kesejahteraan mewah menanti, direka khusus untuk mengubah kediaman anda menjadi sebuah ruang istirahat selesa untuk rakyat Malaysia
Dari kiri: Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia, Kyle Choi, Ketua Pegawai Eksekutif Coway Malaysia, dan Edna Ho, Pakar Produk BEREX, mengambil gambar bersama barisan produk Coway BEREX semasa pelancaran rasmi Coway BEREX.
Kuala Lumpur, 7 November 2024 – Coway, syarikat Best Life Solution, telah melakar pencapaian baharu dengan pelancaran jenama kesihatan dan istirahat berinovatif yang dinanti-nantikan, Coway BEREX, yang direka untuk meningkatkan pengalaman istirahat rakyat Malaysia dalam keselesaan di rumah sendiri. Diilhamkan dari perkataan “Bed & Relax”, rangkaian ini menggabungkan penyelesaian paling maju dengan teknologi tertinggi dan reka bentuk canggih untuk membawa rakyat Malaysia ke era baru dalam beristirahat dan bersantai yang melangkaui kebiasaan.
Coway BEREX mempunyai misi penting untuk meningkatkan tahap berehat di kediaman rakyat Malaysia dengan memperkenalkan dimensi baharu keselesaan untuk semua. Coway BEREX ingin memberi kesegaran, mengembalikan tenaga dan memperkasakan rakyat Malaysia di tengah-tengah kesibukan kehidupan moden. Dalam usaha untuk mengurangkan tekanan dan memberi rasa santai, Coway BEREX menetapkan penanda aras baharu bagi keselesaan rumah secara menyeluruh, melambangkan masa depan di mana masa rehat dan santai di rumah bukan sebuah kemewahan tetapi satu keutamaan bagi kesejahteraan harian anda.
Berlandaskan inovasi sebagai teras ciptaannya, rangkaian pertama produk Coway BEREX memperkenalkan kerusi urut PEBBLE dan MINE serta MASSAGE BED yang inovatif,
masing-masing bertujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan rehat dan santai.
Tersedia dalam pilihan warna bergaya seperti Kelabu Mistik, Beige Gurun, Biru Sayup dan Merah Jambu Terracotta, PEBBLE merupakan sebuah kerusi urut hibrid dengan reka bentuk kepompong yang menawarkan 11 mod urutan dengan penggelek urut 3D yang boleh dilaras bagi urutan yang lebih kuat dan pengalaman urutan di rumah yang dipertingkatkan. Dilengkapi dengan sensor imbasan badan dan tetapan beg udara yang boleh dilaras, PEBBLE memastikan keselesaan yang diperibadikan, dilengkapi dengan 2-zon terapi haba bagi bahagian belakang dan pinggul. Selain itu, kusyen urutan haba tanpa wayar memberikan keselesaan tambahan di tempat yang memerlukan. Direka dengan rangka SL yang ergonomik, kerusi urut ini menekap sempurna di badan pengguna menerusi trek garisan-S untuk melegakan keletihan dari leher ke pinggang, manakala trek garisan-L melegakan keletihan dari pinggang ke paha.
MINE merupakan sebuah kerusi urut kompak yang direka bagi pengalaman urutan badan secara menyeluruh. Ia merupakan kerusi urut kompak pertama di Malaysia yang menawarkan terapi urut lutut ke betis yang boleh diubah. Dengan 12 mod urutan, teknologi imbasan badan canggih, rawatan haba 3-zon, kedudukan penggelek boleh laras dan ciri-ciri refleksologi seperti penggelek kaki dan beg udara; semuanya boleh didapati dalam satu reka bentuk menarik dan jimat ruang. Kerusi urut MINE boleh didapati dalam tiga pilihan warna anggun, Beige Champagne, Perang Mawar dan Hitam Mewah, pasti menjadi satu tarikan di mana-mana kediaman.
MASSAGE BED menawarkan urutan seluruh badan bertenaga tinggi dengan konsep trek urutan rata sepanjang 90 sentimeter yang menyasarkan seluruh bahagian tulang belakang hingga ke tulang ekor. Katil urutan ini mempunyai 30 mod urutan dengan pilihan 12 tahap kekuatan, kusyen urut dengan haba bagi lebih keselesaan serta sistem urutan termal 3D yang canggih dengan penggelek dihangatkan dan kedudukan penggelek boleh laras bagi kelegaan sasaran. Selain itu, ciri Bluetooth yang ada meningkatkan pengalaman urutan dengan audio yang menenangkan tatkala urutan kaki percuma memberikan kelegaan tahap profesional bagi ketidakselesaan di betis dan paha. MASSAGE BED ini juga boleh diubah kepada gaya ottoman apabila tidak digunakan, sesuai dengan mana-mana reka bentuk rumah kontemporari dengan pilihan warna Beige Champagne dan Hitam Mewah.
Kyle Choi, Ketua Pegawai Eksekutif Coway Malaysia berkongsi, “Di persimpangan antara teknologi dan kemewahan, Coway BEREX berhasrat untuk mencipta sebuah ruang harmoni yang mengubah setiap kediaman kepada sebuah ruang yang selesa dan menyegarkan. Ini mengukuhkan kepercayaan kami dalam kepentingan rehat yang berkualiti dan semua orang layak untuk berhenti, rehat dan kembali dengan jiwa baharu.”
Dari kiri: Kyle Choi, Ketua Pegawai Eksekutif Coway Malaysia dan Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia bersama trak Coway BEREX yang akan menjelajah ke jalanan untuk lawatan berpengalaman di beberapa lokasi di Lembah Klang iaitu Publika, Lot 10, Desa Park City dan The Exchange TRX sepanjang bulan November 2024.
Bulan November ini, Coway BEREX akan mengadakan lawatan trak berpengalaman dengan hentian di beberapa tempat popular seperti Publika dari 8 hingga 10 November, TRX Exchange dari 15 hingga 17 November, Lot 10 dari 18 hingga 24 November dan Desa Park City pada 30 November. Semua rakyat Malaysia dijemput hadir bagi meneroka “revolusi dalam istirahat” Coway BEREX dengan mencuba PEBBLE, MINE dan MASSAGE BED. Untuk menambah elemen menyeronokkan dan interaktif, lawatan ini turut menampilkan permainan di mana mereka yang hadir boleh mengambil bahagian untuk memenangi teh campuran atau minyak wangi dari Perfume Bar dan Tea Bar yang pasti akan mencipta kenangan manis serta diperibadikan dalam perjalanan istirahat mereka. Pelancaran Coway BEREX menandakan pencapaian penting dalam misi Coway untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. Dengan fokus kepada inovasi dan kesihatan, Coway kekal dalam mencatatkan standard baharu bagi keselesaan dan istirahat di rumah. Selain daripada produk-produk yang baru sahaja dilancarkan, lebih banyak produk baharu bakal dilancarkan di bawah rangkaian Coway BEREX yang akan mengembangkan landskap kehidupan dengan rehat berkualiti. Untuk maklumat lanjut, layari www.coway.com.my/products/berex.