Berdiri Teguh Seiringan Rakyat Malaysia
Coway Malaysia Tutup Tirai 2021 Dengan Keprihatinan

Coway meluaskan initiatif tanggungjawab sosial korporat dan terus menghulurkan bantuan kepada pelbagai golongan masyarakat

Kuala Lumpur, 24 Januari 2022 – Tatkala Malaysia terus berjuang menentang pandemik Covid-19, Coway telah mengambil insiatif untuk bangkit dan memupuk semangat ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’ dengan semua di Malaysia sepanjang tempoh yang mencabar ini – dengan melancarkan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang tahun yang lepas.

Selaras dengan kempennya Kita Berdiri Teguh Seiringan [“We Stand as One” (WSAO)], yang telah mendapat perhatian media sosial sejak pelancaran pada bulan September, Coway telah menghulurkan bantuan kepada pelbagai organisasi bukan kerajaan (NGO). Inisiatif CSR ini adalah sebahagian daripada komitmen Coway untuk berdiri seiring dengan rakyat Malaysia dalam perjuangan menentang cabaran yang dihadapi semasa pandemik.

Sebagai syarikat Best Life Solution, Coway Malaysia berusaha secara aktif untuk mengubah kehidupan dan membantu masyarakat yang memerlukan. Salah satu daripada cara untuk memberi kesan bermakna kepada masyarakat adalah menerusi kempen WSAO, yang memperlihatkan semangat perpaduan sebagai satu masyarakat untuk mengatasi cabaran sepanjang tempoh yang sukar ini demi kebaikan negara Malaysia. Kempen ini juga mempergiat usaha berterusan CSR Coway dan sekali gus menunjukkan komitmennya kepada kesihatan dan kesejahteraan setiap rakyat Malaysia.

“Ini adalah semangat ‘Cowayian’ (warga Coway) kami dan cara kami menunjukkan kebaikan dan keprihatinan kami. Seperti kata pepatah Inggeris, “when the going gets tough, the tough gets going.” Apabila kita menghadapi kesukaran hidup, kita perlu menguatkan semangat dan mengharungi saat sukar itu dengan tabah. Oleh itu, walau bagaimana sulitnya keadaan, kita boleh mengatasinya jika ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’. Dengan itu, kami sentiasa mengalu-alukan peluang untuk menabur bakti dan membantu mereka yang memerlukan. Kempen ini hanyalah sebahagian daripada rangka kerja jangka panjang CSR Coway di Malaysia dan kami sudah merancang untuk terus memperkenalkan lebih banyak inisatif bagi menambah baik kesihatan negara ini secara keseluruhan,” kata Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Antara inisiatif CSR yang dijalankan baru-baru ini termasuk berganding bahu dengan rakan artis tempatan (KOL) untuk membantu anak-anak yatim di Lembah Klang, bekerjasama dengan Food Aid Foundation (FAF), Ronald McDonald Sensory Room (RMSR) dan Yayasan Chow Kit (YCK).

Menerusi kerjasama dengan ramai KOL, yang antaranya termasuk Dr Say Shazril, Imran Aqil, Santhi Raj, Gan Mei Yan dan Emily Chan, Coway Malaysia telah membantu lima rumah anak yatim dengan menghulurkan sumbangan kewangan berjumlah RM100,000 dan tajaan penulen udara dan air Coway yang disertakan dengan khidmat servis percuma. Selain itu, keperluan asas seperti bekalan makanan dan barangan lain yang diperlukan oleh rumah anak yatim juga telah disumbangkan.  

COWAY Kita Berdiri Teguh Seiringan 1
Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway Malaysia (dua dari kanan) dan Chris Noh, Ketua Bahagian Pemasaran Coway Malaysia (kanan) bersama dengan wakil-wakil Food Aid Foundation (kiri) semasa pengagihan pek makanan untuk mangsa banjir baru-baru ini.

Coway Malaysia juga bekerjasama dengan FAF untuk membekalkan barangan runcit dan makanan sudah dimasak kepada masyarakat yang memerlukan, termasuk rumah orang kurang upaya, gelandangan, keluarga B40 di kawasan bandar dan luar bandar, serta mangsa-mangsa banjir yang melanda negara kita baru-baru ini. Program yang berterusan ini dimula sejak Disember 2021, dengan matlamat untuk membantu 7,600 keluarga.

Untuk memastikan kanak-kanak di Malaysia mendapat penjagaan yang sewajarnya, Coway Malaysia telah membantu sekira-kiranya 100 kanak-kanak menerusi YCK dengan membekalkan keperluan asas sekolah dan penjagaan hidup. YCK adalah sebuah NGO yang membekalkan keperluan kanak-kanak dan remaja di kawasan sekitar Chow Kit. YCK mempunyai pusat kanak-kanak dan rumah perlindungan untuk kanak-kanak yang memerlukan tempat tinggal sementara.

Di samping itu, Coway Malaysia memberi sumbangan kewangan kepada program Bilik Sensori Rumah Ronald McDonald untuk menyokong 35 bilik sensori di pusat-pusat pendidikan istimewa di seluruh negara. Sumbangan ini akan membantu menyediakan peralatan deria – yang diperlukan untuk merangsang daya pembelajaran kanak-kanak autistik dan juga latihan untuk jurulatih di pusat-pusat ini.

Coway Malaysia juga terharu dengan pengiktirafan yang diterima untuk inisiatif CSR daripada CSR Malaysia. Perancangan CSR selama lebih setahun dan pelaksanaannya secara terperinci untuk membantu orang ramai telah membolehkan Coway mendapat pengiktirafan masyarakat dan menerima Company of the Year Award – Overall Excellence in Community and Public Health Initiatives (Anugerah Syarikat Terbaik – Kecemerlangan Keseluruhan dalam Masyarakat dan Insiatif Kesihatan Awam) di bawah kategori Perkakasan Rumah daripada Sustainability & CSR Malaysia Awards 2021.

“Di Coway, kami mengutamakan inisiatif CSR kami dalam usaha untuk membolehkan semua rakyat Malaysia membina kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia. Kami komited untuk menghulurkan bantuan kepada semua dengan kecanggihan inovasi teknologi kami. Kami akan terus berusaha untuk memainkan peranan penting dalam program CSR kami dengan melaksanakan lebih banyak inisiatif pada masa hadapan,” kata Choi.

Untuk memperlihatkan usahanya dan menggalakkan lebih banyak sokongan masyarakat, Coway telah menyiarkan bahagian kedua video kempen WSAO bagi memaparkan inisiatifnya dan semangat perpaduan berganding bahu dengan rakyat Malaysia untuk mengatasi cabaran hidup.

Untuk menonton video WSAO yang bersemangat dan memberi inspirasi ini, sila ke Coway Malaysia YouTube atau kunjungi coway.com.my/westandasone untuk maklumat lanjut tentang inisiatif CSR Coway.

© 2024 BlackButterfly DesignArts