Bercuti tanpa kerisauan dengan pelan Insurans Perjalanan terbaru daripada SeaMoney dan Allianz yang memberi jaminan keselamatan sedunia

Mulai dari RM3 sehari, pelancong dapat menikmati ketenangan minda dengan pelan Insurans Perjalanan yang boleh didapati pada platform Shopee.

Bercuti tanpa kerisauan dengan pelan Insurans Perjalanan terbaru daripada SeaMoney dan Allianz yang memberi jaminan keselamatan sedunia

Kuala Lumpur, 15 April, 2024 – SeaMoney, bahagian perkhidmatan kewangan Sea Limited, meluaskan tawaran insuransnya melalui SeaInsure Agency Malaysia Sdn. Bhd, agen insurans yang dilantiknya, dengan pelancaran Insurans Perjalanan di bawah penjaminan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad. Disediakan melalui platform Shopee mulai hari ini, pelan insurans tersebut menawarkan perlindungan perjalanan yang holistik dan mudah diperoleh dengan beberapa klik sahaja.

Bermula dengan harga yang mampu milik serendah RM3 sehari untuk perjalanan domestik, pakej insurans ini juga meliputi pelancong antarabangsa bermula dari RM10 sehari. Menawarkan liputan yang komprehensif, pelan ini merangkumi liputan sebanyak RM150,000 bagi Faedah Kemalangan Peribadi dan sehingga RM165,000 untuk Faedah Berkaitan Perubatan, termasuk pendapatan hospital dan perlindungan Covid-19.

Untuk memberi ketenangan fikiran bagi pelancong, pelan Insurans Perjalanan ini juga melindungi pengguna dari kesulitan perjalanan yang mungkin dihadapi, termasuk liputan untuk pemotongan perjalanan, kelewatan perjalanan, kelewatan bagasi, dan juga pembatalan perjalanan. Penambahan tambahan polisi juga tersedia untuk pengguna dengan gaya hidup yang lebih aktif, termasuk liputan pilihan bagi aktiviti sukan, peralatan sukan, dan aktiviti pendakian gunung altitud tinggi.

Sempena pelancaran pelan Insurans Perjalanan, pengguna layak menerima diskaun 25% ke atas premium mereka. Selain itu, pelancong berkumpulan juga dapat menikmati diskaun 5% bagi setiap orang yang diasuransikan apabila mereka melancong dalam kumpulan 5 orang atau lebih. Proses pembelian juga dibuat mudah dengan pelbagai kaedah pembayaran yang tersedia, termasuk pelan ansuran sehingga 12 bulan apabila mereka membayar dengan  SPayLater.

“Mengembara selalu menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh ramai rakyat Malaysia yang ingin menyanjungi masa lapang mereka atau memanfaatkan sepenuhnya musim perayaan dan cuti sekolah. Dengan menjalin kerjasama bersama Allianz, kami bertuju untuk memudahkan proses perolehan insurans perjalanan bagi rakyat Malaysia, memberikan mereka ketenangan minda semasa melancong dengan hanya beberapa klik sahaja,” kata Alain Yee, Ketua SeaMoney Malaysia. “Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan rakan-rakan strategik insurans kami pada masa akan datang dalam usaha untuk memperluaskan katalog insurans kami dengan harapan menjadikan insurans sesuatu yang lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia di mana-mana sahaja.”

Mengenai kerjasama ini, Sean Wang, CEO Allianz General berkata, “Insurans perjalanan merupakan bentuk perlindungan yang penting namun sering diabaikan. Terdapat banyak perkara yang boleh merosakkan pengalaman yang menyeronokkan. Melalui perkongsian ini, kami sangat gembira untuk melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia dalam industri insurans dan memastikan mereka dilindungi supaya mereka boleh melancong tanpa rasa risau dan dengan keyakinan penuh.”

Boleh diakses melalui aplikasi atau laman web Shopee, pembelian pelan Insurans Perjalanan anda boleh dilakukan dalam 5 langkah mudah:

Bercuti tanpa kerisauan dengan pelan Insurans Perjalanan terbaru daripada SeaMoney dan Allianz yang memberi jaminan keselamatan sedunia
Bercuti tanpa kerisauan dengan pelan Insurans Perjalanan terbaru daripada SeaMoney dan Allianz yang memberi jaminan keselamatan sedunia
Bercuti tanpa kerisauan dengan pelan Insurans Perjalanan terbaru daripada SeaMoney dan Allianz yang memberi jaminan keselamatan sedunia
Bercuti tanpa kerisauan dengan pelan Insurans Perjalanan terbaru daripada SeaMoney dan Allianz yang memberi jaminan keselamatan sedunia
Bercuti tanpa kerisauan dengan pelan Insurans Perjalanan terbaru daripada SeaMoney dan Allianz yang memberi jaminan keselamatan sedunia

Langkah 1: Isikan butiran perjalanan seperti Destinasi, Tarik Perjalanan & Bilangan Pengembara

Langkah 2: Isikan butiran peribadi dan pilih manfaat / premium tambahan bagi perlindungan dalam tempoh perjalanan

Langkah 3: Bagi pembelian perjalanan berkumpulan, isikan maklumat tambahan pelancong lain seperti Nama Penuh & No Kad Pengenalan

Langkah 4: Sahkan butiran maklumat perjalanan sebelum proses semak keluar

Langkah 5: Pilih kaedah pembayaran dan klik ‘Pay Now’ untuk meneruskan proses semak keluar

Untuk maklumat lanjut mengenai Insurans Perjalanan di platform Shopee, layari https://shopee.com.my/m/travel-insurance

Bercuti tanpa kerisauan dengan pelan Insurans Perjalanan terbaru daripada SeaMoney dan Allianz yang memberi jaminan keselamatan sedunia – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts