Berayun ke Multiverse bersama SPIDER-MAN™: NO WAY HOME™ di AXN Asia bermula 17 Julai 2022!

Tandakan kalendar anda untuk menyaksikan aksi epik adiwira kegemaran ramai, di sebalik tabir filem dan ciri-ciri istimewa dalam siaran di AXN Asia.

Tidak puas menonton aksi hebat filem SPIDER-MAN™: NO WAY HOME™? Kami dengar keinginan anda! KC Global Media dengan bangganya mengumumkan kemunculan pertama SPIDER-MAN™: NO WAY HOME™ yang akan ditayangkan pada Ahad 17 Julai, jam 9:45 malam di saluran AXN Asia (Astro Ch 701 dan TM Net Ch 453), saluran hiburan umum Bahasa Inggeris yang terkemuka!

Peminat filem SPIDER-MAN™ dan MARVEL™ boleh sekali lagi menikmati pengembaraan yang paling menarik dimana adiwira mesra jiran kegemaran ramai membuka topeng buat pertama kalinya dalam sejarah sinematik SPIDER-MAN™. Saksikan pendedahan identiti dan putaran plot terbesar dalam siri  filem SPIDER-MAN™ yang paling epik ini apabila Peter Parker (dibintangi Tom Holland) secara tidak dijangka mendedahkan kewujudan multiverse sambil mencuba untuk merahsiakan semula identitinya sebagai SPIDER-MAN™.

Berayun ke Multiverse bersama SPIDER-MAN™ NO WAY HOME™ di AXN Asia bermula 17 Julai 2022
Tom Holland sebagai Peter Parker/Spider-Man dalam SPIDER-MAN: NO WAY HOME terbitan Columbia Pictures

Apa yang lebih teruja lagi, AXN Asia akan menampilkan beberapa ciri khas dalam siaran di halaman Facebook mereka mulai 12 Julai untuk peminat SPIDER-MAN™!

Para peminat dijemput menonton AXN Asia di saluran Astro Ch 701 dan TM Net Ch 453 pada 17 Julai, jam 9.15 malam untuk menonton karya retrospektif khas selama 30 minit yang meraikan 20 tahun tayangan SPIDER-MAN™ di panggung sebagai pendahulu kepada SPIDER-MAN ™: NO WAY HOME™ dan untuk mengimbau kembali detik “Spidey-Tingle” kegemaran mereka!

Untuk maklumat lanjut mengenai AXN Asia, sila layari http://axn-asia.com/

© 2023 BlackButterfly DesignArts