Berani Menjadi Bintang Baharu The Face Shop

Kuala Lumpur, 6 Julai 2020 – THE FACE SHOP, jenama kecantikan terkemuka Korea, memulakan Kempen #EcoBeautySquadMY, pencarian seluruh negara untuk bintang tempatan baharu di Malaysia. Bermula 6 Julai, pertandingan ini bertujuan mencari personaliti muda yang mewakili etos kecantikan sebenar dan semula jadi jenama ini.

Kempen ini menggalakkan setiap orang untuk “Berani Menjadi” atau “Dare to Be” dalam Bahasa Inggeris, dan mengkehendaki peserta untuk menyatakan apa yang dimaksudkan dengan tema tersebut, sama ada ia bermakna rasa selesa dengan diri sendiri atau yakin dengan ciri terbaik seseorang. Tanpa memerlukan pengalaman, kempen ini memberikan peluang hebat bagi insan berbakat untuk bersaing  merebut pengalaman hidup yang menarik.

“Kami adalah penyokong kecantikan dalaman dan luaran yang terhasil daripada menyantuni kulit dan planet kita dengan hormat. Di THE FACE SHOP, produk kami direka untuk penjagaan pelbagai jenis kulit dan memenuhi keperluannya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi berasaskan tumbuh-tumbuhan yang terbukti lembut serta berkesan,” kata Encik Steven Jeong, Pengarah Perniagaan LG Household & Health Care Sdn Bhd. “Dengan pencarian di seluruh negara di Malaysia dan Singapura, kami ingin mencari bakat baharu yang berkongsi falsafah kami dan menghayati pendekatan bersih, sederhana dan semula jadi yang didukung oleh THE FACE SHOP. Kami berharap dapat membentuk mereka menjadi bintang besar media sosial yang seterusnya.”

Pemohon pencarian #EcoBeautySquad dikehendaki menyerlahkan kecantikan semula jadi mereka, menunjukkan  kekuatan dalaman dan keinginan mereka untuk menjadi pencetus trend yang berani. Pemenang #EcoBeautySquad Malaysia akan menerima pakej Hadiah Utama yang komprehensif termasuk kontrak 12 bulan dengan THE FACE SHOP, bekalan rangkaian produk THE FACE SHOP untuk 12 bulan dan banyak hadiah lagi, yang jumlahnya bernilai sehingga RM20,000.

Pemohon akan melalui beberapa pusingan penyingkiran maya. Pada peringkat awal, 100 peserta yang disenarai berpeluang untuk menghadiri bengkel maya bersiri yang pertama di Malaysia, dimulakan dengan kursus pengenalan, diikuti dengan tiga sesi bertema.

Bengkel ini akan diketuai oleh mentor dan personaliti media sosial popular Venice Min, seorang wanita muda berbakat besar yang berlatih sebagai penari balet sebelum beralih ke bidang peragaan dan lakonan. Hari ini, beliau juga seorang usahawan dan penyokong pemerkasaan wanita dan sangat percaya bahawa kerja keras serta peningkatan diri yang berterusan adalah kunci kejayaan.

Dalam bengkel maya ini, beliau akan membimbing peserta mengenai teknik dan strategi untuk berjaya dalam dunia digital. Setiap bengkel akan fokus pada topik tertentu, diiringi dengan cabaran penyingkiran untuk mengenal pasti mereka yang akan melangkah ke peringkat seterusnya. Selain itu, tiga pemenang cabaran yang terbaik dari setiap bengkel akan menerima hadiah menarik. Pada penghujung bengkel, sepuluh (10) finalis akan dipilih untuk menyertai acara finale seharian yang akan diakhiri dengan pengumuman pemenang Hadiah Utama.

CARA PENYERTAAN
Pertandingan #EcoBeautySquadMY terbuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas. Untuk menyertai:
* muat naik gambar atau video anda (tidak melebihi 1 minit) di Instagram, dengan satu fakta menarik mengenai diri anda yang menjadikan anda pilihan utama sebagai bintang baru #EcoBeautySquad
* isi borang google di bit.ly/EcoBeautySquadMY
* hashtag #EcoBeautySquadMY dan tag @thefaceshopmalaysia
* tetapkan profil anda ke ‘umum’
 
Itu sahaja yang perlu dilakukan untuk peluang memenangi pengalaman mengubah hidup bersama THE FACE SHOP!
 
Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan kreativiti dan keaslian, tahap keterbabitan dan seberapa baik ia melengkapkan nilai dan imej THE FACE SHOP.
 
Tarikh tutup penghantaran penyertaan: 16 Ogos 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai THE FACE SHOP serta terma dan syarat Kempen #EcoBeautySquadMY, sila kunjungi www.thefaceshop.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi di www.facebook.com/thefaceshopmalaysia & www.instagram.com/thefaceshopmalaysia.

Berani Menjadi Bintang Baharu The Face Shop
© 2023 BlackButterfly DesignArts