Beramal bersama #SkuadKebaikan MILO® di Shopee sepanjang Ramadan demi membantu golongan yang memerlukan

Petaling Jaya, 4 Mei 2020: Sempena menyambut bulan Ramadan, MILO® telah melancarkan kempen #SkuadKebaikan yang menyatukan komuniti dalam talian di Malaysia untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Menerusi kerjasama dengan laman e-dagang Shopee, MILO® telah mewujudkan platform bagi pelanggan dalam talian untuk membuat sumbangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan agar mereka juga memperolehi manfaat kebaikan yang berkhasiat.  

#SkuadKebaikan MILO® didatangkan dengan empat pek ‘bundle’ yang mengandungi serbuk MILO® serta produk Nestlé yang lain bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155 setiap satu. Semua pembelian pek ‘bundle’ ini sepanjang bulan Ramadan akan didermakan kepada tujuh pertubuhan kebajikan di seluruh negara termasuk mereka yang terkesan oleh COVID-19. Pertubuhan yang dimaksudkan ialah Food Aid Foundation, Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur, Yellow House KL, Yayasan Sultanah Bahiyah, Yayasan Pesona, Persatuan Kebajikan Ummah dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare). 

Selain itu, 10% nilai kutipan pembelian produk MILO® (serbuk MILO® atau MILO® Mixes) di Shopee sepanjang tempoh kempen #SkuadKebaikan MILO® ini juga akan turut  disumbangkan dalam bentuk produk Nestlé kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang sama. 

Menurut Maria Murni Nur Azmi, Pengurus Pemasaran Pengguna – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, amalan berkongsi kebaikan merupakan tradisi yang diterajui sejak turun-temurun oleh jenama minuman coklat malt berkhasiat kegemaran rakyat itu. “Dalam menghayati pengertian Ramadan, amalan saling bantu-membantu amat digalakkan. Lebih-lebih lagi tahun ini di mana kita terpaksa berdepan dengan realiti baharu yang menjauhkan jarak antara satu sama lain.”  

Tambah beliau lagi, “Walaupun berjauhan ketika situasi yang tidak menentu ini, kami percaya amalan berkongsi kebaikan dapat menyatukan kita semua dan #SkuadKebaikan MILO® ini adalah salah satu cara Kita Jaga Kita. Justeru, kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk turut serta membantu kami supaya kebaikan ini dapat dikongsi dengan lebih ramai lagi golongan yang memerlukan supaya kita kekal bersatu dan bertenaga dalam menghadapi cabaran ini.” Untuk menyampaikan sumbangan #SkuadKebaikan MILO® serta berkongsi kebaikan tenaga berkhasiat MILO®, layari http://shopee.com.my/milo. Kempen tamat pada 23 Mei 2020.

© 2023 BlackButterfly DesignArts