Nikmati pemulangan hingga 30 hari untuk pesanan LazMall dan ubah fikiran tanpa kerumitan
Senario yang biasa dilalui oleh pelanggan dalam talian adalah apabila pakaian yang dibeli dalam talian untuk dipakai semasa majlis istimewa tidak begitu sesuai dengan potongan badan atau reka bentuk dan warna pakaian yang dibeli tidak seperti apa yang dibayangkan. Oleh itu, anda kini mahu mengembalikan pakaian tersebut – dengan dasar terbaharu pemulangan dan bayaran balik daripada Lazada, proses ini boleh diselesaikan dengan mudah dan pantas!
Sama ada anda mengubah fikiran atau menghadapi sebarang masalah dengan barangan anda, proses pemulangan dan bayaran balik kini lebih mudah dan cekap dengan Lazada. Anda kini dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih fleksibel dan tanpa bimbang!
Dengan dasar pemulangan dan bayaran balik baharu Lazada, pembeli boleh menikmati beberapa faedah utama:
Sama ada anda membatalkan pesanan sebelum dihantar, atau memulangkan item selepas penghantaran, Lazada bertekad untuk memudahkan pengalaman membeli-belah dalam talian anda dengan menawarkan kemudahan dan kebolehpercayaan yang diperlukan. Kini, anda boleh membuat pembelian dengan lebih yakin kerana setiap pesanan yang dibuat di platform Lazada dilindungi dasar pemulangan dan bayaran balik baharunya yang lebih jelas dan cekap untuk pengalaman yang lebih lancar dan menyeronokkan.
Untuk maklumat lanjut tentang dasar pemulangan dan bayaran balik Lazada, sila lihat apl Lazada atau klik pautan ini.