BELI-BELAH, MAKAN & CAS SEMULA – SEKALI GUS DI SATU TEMPAT

the Curve menetapkan satu standard kelestarian baharu dengan pelancaran Stesen Pengecas EV yang paling banyak di pusat beli-belah di Petaling Jaya

Kuala Lumpur, 16 October 2023the Curve, pusat membeli-belah pejalan kaki yang ikonik di Mutiara Damansara dengan bangganya mengumumkan satu lagi langkah penting ke arah masa hadapan yang lebih hijau dengan pelancaran rasmi 16 stesen pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) di Aras B1 tempat letak kereta pusat membeli-belah tersebut.

Usaha ini telah diumumkan pada hari ini di pelancaran rasmi stesen pengecasan EV pusat membeli-belah tersebut bersama-sama dengan ChargeEV oleh Yinson Greentech – Pengusaha Titik Pengecasan pertama bagi the Curve dan dua rakan pengecasan EV baharu iaitu ChargeSini dan Carput.

Dimiliki dan dikendalikan oleh Boustead Curve, anak syarikat Boustead Properties Berhad, pelaksanaan inisiatif ini oleh the Curve mengukuhkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dan kemudahan untuk pelanggannya.

Pencapaian ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pusat beli-belah untuk memastikan kelestarian alam sekitar terjaga. Sebagai pelopor dalam amalan mobiliti hijau, the Curve telah memulakan inisiatif pengangkutan yang mengutamakan alam sekitar. Pusat beli-belah itu adalah yang pertama menyediakan kemudahan Pengecasan EV dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia) pada tahun 2015. Misi GreenTech adalah untuk melancarkan 300 buah stesen pengecasan EV di seluruh Malaysia pada 2016, di kawasan trafik tinggi seperti pusat membeli-belah, hotel, bangunan pejabat, dan kawasan kediaman, termasuk lebuh raya PLUS. Stesen ChargEV yang pertama telah beroperasi di the Curve. Penglibatan awal ini mengangkat the Curve sebagai penyokong mobiliti hijau, terbukti dengan komitmen berterusannya untuk memudahkan pengecasan EV.

Satu lagi pencapaian yang besar bagi the Curve ialah kedudukannya sebagai salah satu daripada pusat membeli-belah utama di Lembah Klang yang mempunyai bilangan stesen Pengecasan EV yang tertinggi, selepas Suria KLCC, menjadikannya pusat beli-belah di Petaling Jaya dengan bilangan stesen Pengecas EV yang tertinggi.

“Ini merupakan satu pencapaian yang besar bagi the Curve dan komitmen kami terhadap kelestarian. Kami faham bahawa masa depan pengangkutan adalah elektrik, dan kami berbangga untuk menerajui usaha bagi memudahkan dan meningkatkan kebolehcapaian untuk pemilik EV. The Curve bukan sekadar sebuah destinasi membeli-belah, malahan ia adalah titik pertemuan di antara kelestarian dan kemudahan,” kata Encik Jazmi Kamarudin, Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad.

“Melalui inisiatif ini, kami bukan sahaja menawarkan perkhidmatan tetapi juga menanamkan nilai berkenaan mobiliti dan alam sekitar. Oleh yang demikian, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi kami yang dihargai – ChargeEV oleh Yinson Greentech, ChargeSini dan Carput – untuk bersama menjayakan wawasan ini dan berganding tenaga untuk manfaat bersama,” tambahnya.

Penambahan stesen pengecas EV ini adalah sebahagian daripada agenda Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) Boustead Properties iaitu BIJAU untuk mewujudkan infrastruktur yang lebih hijau dan di samping menerapkan nilai-nilai ESG ke dalam setiap aspek strategi perniagaannya.

Melalui penetapan piawaian kelestarian baharu sebagai sebahagian daripada revolusi infrastruktur, pelancaran stesen EV di the Curve mendahului usaha sebagai destinasi membeli-belah utama untuk para pengguna EV di Damansara dan kawasan persekitarannya. Langkah perintis ini adalah penting bagi mempertingkatkan peranan pusat beli-belah terhadap aspek kelestarian alam sekitar dengan menawarkan lebih banyak stesen pengecasan berbanding mana-mana pusat membeli-belah lain di kawasan itu.

the Curve berada di barisan hadapan bagi menyokong pengguna EV dengan menyediakan 14 stesen pengecas EV yang terletak di kawasan strategik. Stesen ini direka untuk memberikan kemudahan dan kebolehcapaian yang terbaik untuk para pengunjung dan juga komuniti setempat. Tambahan pula, the Curve akan mengukuhkan lagi komitmen mereka terhadap infrastruktur EV, dengan rancangan penambahan stesen pengecasan untuk dipasang pada penghujung 2023, menjadikan jumlah bilangan stesen pengecas EV kepada 16.

Komitmen Curve terhadap kelestarian bukan sahaja memberikan  kemudahan kepada para pengunjung. Malahan, ia juga mengubah pengalaman membeli-belah menjadi lebih mesra alam, menjadikannya sebuah destinasi yang menarik untuk pengguna EV, yang kini boleh berbelanja, makan dan mengecas semula – semuanya di satu tempat! Inisiatif ini juga memberi sorotan terhadap komitmen Curve kepada komuniti setempat.

Di antara komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kelestarian alam sekitar di bawah Agenda BIJAU, the Curve juga akan memulakan pelbagai inisiatif kelestarian jangka panjang. Ini termasuk penubuhan stesen mengecas untuk kegunaan awam dan kediaman, dengan pengenalan e-motosikal untuk mengurangkan pelepasan karbon di tempat letak kereta bawah tanah.

Pusat beli-belah tersebut telah mencapai kemajuan yang besar dalam melaksanakan beberapa inisiatif kemampanan seperti lampu LED di tempat awam dan berjaya mengurangkan penggunaan tenaga dan emisi dengan ketara. Sebuah ruang khusus untuk program kitar semula telah diwujudkan, menggalakkan kesedaran alam sekitar di kalangan para pengunjung. Tambahan pula, pusat beli-belah tersebut turut beralih kepada sistem letak kereta digital dan tanpa tunai 100%, menawarkan kemudahan yang sejajar dengan amalan mesra alam. Sebagai sebahagian daripada usaha kelestarian berterusan the Curve, pemasangan panel solar pada bangunan telah dirancang untuk masa hadapan yang lebih hijau.

Peningkatan infrastruktur pengecasan EV oleh the Curve juga sejajar dengan sasaran kerajaan Malaysia untuk mewujudkan 10,000 buah stesen mengecas EV menjelang 2025, menyumbang kepada matlamat mobiliti hijau negara.

“Kami percaya bahawa secara kolektif, perubahan kecil boleh menghasilkan impak yang besar, dan melalui inisiatif ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat pilihan yang mengutamakan alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka. Bersama, kita sedang menghala ke arah masa depan yang lebih hijau, lebih lestari, dengan pengecasan EV,” kata Encik Jazmi.

Kini, the Curve mengalu-alukan semua pengunjung untuk menyertai pergerakan hijau dan menikmati pengalaman beli-belah yang lestari. Dengan adanya stesen pengecasan yang baharu, the Curve telah menetapkan standard untuk masa hadapan yang lebih hijau dan lebih mudah diakses.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thecurve.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts