You are currently viewing Beko Lancar Peti Sejuk Harvestfresh Serba Baharu Yang Mengadaptasi Kitaran Matahari

Beko Lancar Peti Sejuk Harvestfresh Serba Baharu Yang Mengadaptasi Kitaran Matahari

Teknologi canggih terbaharu untuk mengekalkan kesegaran makanan

Pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat bukan lagi satu gaya hidup hari ini malah ia sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan harian. Buah-buahan dan sayuran segar amat penting sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan yang sihat dan dapatan daripada pelbagai kajian telah menunjukkan diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayuran dapat mengurangkan risiko mendapat kanser dan penyakit kronik yang lain. Tetapi, bagaimana caranya kita memastikan kesegaran bahan-bahan tersebut lebih lama untuk hidangan yang lebih berkualiti dan pada masa yang sama menuju ke arah gaya kehidupan sifar-pembaziran?

Jenama Peralatan Rumah terkemuka dari Eropah – Beko berjaya menemui jalan penyelesaian dengan penghasilan peti sejuk Harvestfresh, satu lagi tambahan kepada rangkaian produk inovatif mereka.

Pertama seumpamanya, Beko membawakan kegembiraan dengan pelancaran teknologi canggih mereka, HarvestFresh, yang bermatlamat memperkasakan generasi baharu untuk Hidup Seperti Pakar atau Live Like a Pro, menyediakan kesejahteraan yang boleh diakses untuk semua rakyat Malaysia.

Teknologi canggih Harvestfresh yang dibangunkan untuk rangkaian peti sejuk Beko menggunakan bukan hanya satu, malahan tiga warna yang efektif – hijau, biru dan merah, yang menyerupai kitaran 24 jam matahari serta cahaya matahari semula jadi. Kombinasi ini akan mensimulasikan kitaran cahaya harian – termasuk waktu gelap – untuk mencipta suasana semula jadi bagi buah-buahan dan sayuran setelah lama ia dituai dan dibeli.

Kandungan vitamin dalam buah-buahan dan sayuran mula menyusut selepas ia dituai sehinggalah ke saat ia dimakan. Vitamin ini adalah sangat penting dalam meningkatkan sistem imun tubuh badan, menyokong fungsi kognitif otak yang sihat serta membekalkan antioksidan semula jadi untuk melindungi tubuh daripada penyakit. Kesemuanya amat diperlukan untuk memastikan kesihatan terutamanya dalam keadaan sekarang.

Tambahan lagi, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa teknologi kitaran matahari 24 jam membantu dalam mengekalkan kandungan vitamin A dan vitamin C dalam buah-buahan dan sayuran untuk tempoh yang lebih lama. Ini disah dan diluluskan oleh penyedia Total Quality Assurance terkemuka, Intertek Laboratories.

Kelebihan rangkaian Beko HarvestFresh tidak hanya setakat itu sahaja – ia juga didatangkan dengan sistem dwi-penyejukan NeoFrost yang mengekalkan suasana sejuk optimum, seterusnya membantu mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh yang lebih lama. Tidak seperti peti sejuk lain yang menggunakan sistem penyejukan tunggal, rangkaian Beko Harvestfresh menggunakan sistem penyejukan yang berasingan membolehkan keadaan kelembapan tinggi dikekalkan di dalam bahagian sejuk dan pada masa yang sama bahagian sejuk beku kekal kering dan tanpa fros. Keadaan ini juga menghalang pemindahan bau antara bahagian-bahagian tersebut, seterusnya mengekalkan kualiti udara di bahagian dalaman pada paras maksima.

Pemilik Beko juga akan merasakan ketenangan minda apabila mengetahui rangkaian peti sejuk ini dapat menjimatkan tenaga dengan teknologi ProSmart Inverter Compressor. Ia bermaksud anda akan mendapat penyejukan yang lebih cepat dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah, serta pengoperasian yang empat kali lebih senyap berbanding kompresor peti sejuk biasa. Ini membolehkan peti sejuk anda menyesuaikan keadaan dengan perubahan suhu dengan lebih cepat dan seterusnya membantu memberikan penjimatan ke atas bil anda. Jadi, jika peti sejuk anda menelan banyak tenaga, sudah tiba masanya untuk anda beralih kepada Beko.

Mengulas tentang pelancaran tersebut, En Chan Lock, Ketua Pegawai Eksekutif Beko Appliances Malaysia berkata, “Kami sudah mencapai satu lagi kejayaan di Beko Malaysia dengan menjadikan teknologi Harvestfresh ini tersedia di pasaran. Perkara ini merupakan salah satu inisiatif kami dalam menguatkan lagi komitmen untuk memperkasakan generasi baharu untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lestari.”

Sebagai ahli keluarga Arcelik yang juga komited kepada Matlamat Pembangunan Lestari 2030 Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kelestarian merupakan teras model perniagaan Beko. Jenama ini berusaha untuk tidak hanya melepasi kualiti standard bahkan menjaga kepentingan alam sekitar untuk memastikan kelestarian masa hadapan untuk semua. Teknologi Harvestfresh telah membantu dalam inisiatif utama jenama tersebut untuk mengatasi masalah pembaziran makanan dan mengurangkan jejak karbon sedikit demi sedikit.

Sebagai kelebihan tambahan, peti sejuk HarvestFresh dari Beko juga akan melengkapkan keindahan mana-mana rumah. Didatangkan dengan dua variasi warna yang bergaya dan versatil – Dark Inox dan Brshed Silver, ia memberikan sentuhan pereka dan dapat disesuaikan dengan mudah pada mana-mana rekaan dapur.

Untuk maklumat lanjut tentang Beko Malaysia dan mengetahui lebih mengenai peti sejuk HarvestFresh serta produk-produk Beko yang lain, sila layari www.beko.my

Anda juga boleh mengikuti mereka di Instagram https://www.instagram.com/beko.my/ dan Facebook www.facebook.com/BekoMalaysia.