Bagaimana Protein Boleh Membantu Anda Menghindari Tabiat Makan Kurang Sihat Pada Musim Cuti

Susan Bowerman, Senior Director of Worldwide Nutrition Education and Training, Herbalife.

Musim cuti ialah masa untuk bersama-sama rakan taulan, keluarga tersayang dan sudah tentu menikmati makanan lazat. Tetapi kebanyakan sajian dan hidangan yang kita nikmati semasa bercuti mungkin mengandungi banyak kalori tetapi rendah kandungan nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh badan kita.

Satu cara untuk menghindari manisan dan makanan kurang sihat pada musim ini ialah menambah lebih banyak protein ke dalam setiap sajian sambil mengurangkan karbohidrat dan lemak terproses. Anda akan rasa lebih kenyang, sekali gus mengurangkan kemungkinan anda makan berlebihan dan mengelakkan kudapan yang kurang sihat.

Peranan Protein

Protein berfungsi membantu anda membina dan mengekalkan jisim otot pejal. Protein merupakan bahan binaan asas bagi tulang, otot, kulit, darah dan tisu penghubung.  Protein juga menjadikan makanan lebih mengenyangkan, dan sedikit protein dalam sajian dan kudapan membantu mengawal selera sepanjang hari dan memastikan semua orang dapat memenuhi keperluan protein masing-masing yang berbeza, bergantung kepada saiz dan komposisi badan.

Bagaimana Protein Boleh Membantu Anda Menghindari Tabiat Makan Kurang Sihat Pada Musim Cuti

Makanan yang kaya dengan protein seperti daging lembu, daging ayam, telur, kekacang, dan bijian juga membekalkan vitamin B, vitamin E, zat besi, zink, dan magnesium. Apabila anda menambah protein sambil mengurangkan kalori kosong, anda mendapat manfaat menerusi nutrien tambahan yang diperlukan oleh badan anda.

Bagaimana Untuk Mengelakkan Makan Berlebihan Semasa Cuti

Berikut adalah cara menggantikan bahan lain dengan protein sambil anda memuaskan selera anda pada musim cuti:

Ambil Sarapan Sihat yang Kaya Dengan Protein

Mulakan hari anda dengan sarapan yang kaya dengan protein – kira-kira 25 gram sudah memadai. Daripada mengambil bijirin sarapan, cubalah minuman shake pengganti makanan atau emping oat yang diadun serbuk protein. Kajian mendapati sarapan kaya protein bukan sahaja memastikan anda kenyang sehingga waktu makan tengah hari, tetapi juga membnatu mengurangkan pengambilan makanan sepanjang hari.

Mengamalkan Pengambilan Kudapan Sihat

Seboleh-bolehnya jangan menghadiri parti pada musim cuti dengan perut kosong. Nikmati kudapan yang mengenyangkan sebelum bertolak, seperti yogurt Greek asli atau keju kotej tanpa lemak bersama buah-buahan, atau kepingan snek yang kaya dengan protein sebelum keluar rumah.

Anda juga boleh membawa kudapan berprotein tinggi yang mudah dibawa bersama anda, seperti kacang tanpa garam atau bar protein jika anda memerlukannya,

Jadi Pemilih Semasa Bercuti

Makanan membentuk sebahagian besar daripada budaya Malaysia, lebih-lebih lagi pada musim cuti dengan sambutan biasanya bertumpu kepada pelbagai hidangan yang lazat. Bagaimanapun, kita boleh memilih sajian lebih sihat untuk mengelakkan keinginan untuk memuaskan selera tanpa batas.

Untuk hidangan sampingan, elakkan makanan berkanji seperti nasi putih, roti, kentang lenyek dan pasta tepung putih. Sebaik-baiknya lebihkan sayur-sayuran, kekacang dan bijian seperti lentil, quinoa, atau pasta berasaskan sayur kacang.

Sebagai hidangan utama, cuba salad dengan protein tambahan daripada ayam atau makanan laut dengan edamame, tofu, atau sayur kacang sebagai sampingan.

Bagaimana Protein Boleh Membantu Anda Menghindari 
Tabiat Makan Kurang Sihat Pada Musim Cuti

Anda tidak perlu mengelakkan sama sekali makanan kegemaran anda semasa cuti. Satu petua yang boleh digunakan ialah mengelakkan hidangan yang biasa anda nikmati sepanjang tahun seperti biskut cip coklat dan sebaliknya menjamah hidangan istimewa yang hanya boleh diperolehi pada musim cuti atau perayaan ini, seperti biskut halia atau kek buah kering.

Jangan lupa untuk meneruskan (atau memulakan) rutin senaman anda – bukan sahaja anda akan rasa lebih sihat, tetapi tampak lebih menarik pada musim cuti ini.

© 2023 BlackButterfly DesignArts