You are currently viewing Bagaimana Golongan Belia Boleh Mengharungi ‘Norma Baharu’ Di Pasaran Kerja Tempatan
Candidates maintain discipline and responsibility in training classes.

Bagaimana Golongan Belia Boleh Mengharungi ‘Norma Baharu’ Di Pasaran Kerja Tempatan

  • Post category:Nasihat

Mencari penyelesaian yang sesuai untuk belia rentan dan membimbing graduan untuk mengatasi pengangguran di Malaysia

Sejak bertahun-tahun yang lalu, pengangguran belia merupakan salah satu masalah sosial yang masih sukar diatasi di Malaysia. Pada tahun 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia mencatatkan sejumlah 162,000 para graduan yang menganggur. Kini, dengan serangan wabak Covid-19, keadaan makin membimbangkan dengan kenaikan kadar pengangguran belia yang mendadak. Kesukaran mendapat pekerjaan menyebabkan kehilangan pendapatan dan pengumuman sekatan PKP di Malaysia menjejaskan ekonomi negara lalu memburukkan lagi keadaan bagi semua, termasuk para majikan.

Sedangkan para graduan pun sukar untuk mendapatkan pekerjaan pada hari ini, bayangkan betapa sukarnya lagi bagi golongan rentan. Terutamanya mereka yang tidak habis sekolah akibat masalah kewangan atau ketidakmampuan untuk menyelesaikan pengajian tinggi.

Golongan belia tempatan terutamanya yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau keluarga B40 biasanya memilih untuk berhenti sekolah. Menurut tinjauan baru-baru ini yang dibuat oleh Manforce Group Berhad (syarikat penyedia penyelesaian pekerja asing terkemuka di Malaysia), 85.5% daripada 404 peserta berusia antara 18-34 tahun memilih untuk berhenti sekolah kerana mereka kehilangan minat untuk belajar, sementara ada yang berpendapat bahawa dengan memberhenti sekolah, mereka dapat menyumbang pendapatan kepada isi rumah lalu tidak menambahkan beban keluarga. Namun, apa yang tidak terlintas di fikiran adalah kesan jangka masa panjang yang disebabkan pilihan mereka itu. Mereka mungkin akan menghadapi cabaran untuk berjaya di dunia pekerjaan yang semakin mementingkan pendidikan dan kemahiran. Ini menimbulkan persoalan: Bagaimana untuk mereka menyesuaikan diri dalam industri tanpa sijil dan kemahiran yang relevan dalam jangka masa panjang? Bagaimana untuk mereka bersaing dalam pasaran kerja ‘norma baharu’ yang amat mencabar? Adakah pilihan golongan belia untuk bekerja dan tidak ke sekolah membahayakan masa depan mereka?

Graduan baharu masih mampu mencari peluang pekerjaan dan berita terkini pasaran kerja melalui laman web yang berkaitan. Kumpulan rentan pula bukan sahaja mempunyai masalah untuk mendapatkan akses ke portal pekerjaan malah mereka mungkin tidak begitu mahir menggunakan portal yang tersedia. Bukan sahaja itu, dengan tahap pendidikan dan kemahiran yang tidak seberapa, golongan rentan menghadapi lebih masalah dalam pencarian kerja. Selain itu, majikan yang lebih rela menggaji pekerja asing menyusahkan lagi anak tempatan kita untuk memulakan kerjaya. Para majikan lebih suka menggaji pekerja asing atas sebab kesetiaan mereka dan juga kerana belia tempatan selalu dianggap bersifat manja.

Analisis Situasi Pengangguran Belia di Malaysia

Terdapat tiga kategori utama belia yang menganggur: graduan, belia luar bandar, dan belia bandar. Menurut analisis statistik remaja di Malaysia yang dibuat oleh UNICEF pada tahun 2019, kadar rasmi pengangguran belia (berumur 15-24 tahun) adalah 10.9%, tiga kali lebih tinggi daripada kadar purata nasional 3.3%. Belia yang tidak bekerja berjumlah hampir 60% daripada 504,000 yang kini menganggur. Ada juga kemungkinan besar bahawa jumlah pengangguran belia kurang dilaporkan kerana kerajaan tidak mempunyai data bagi mereka yang belum mendaftar diri sebagai ‘aktif mencari pekerjaan’. Sebagai contoh, data yang wujud tidak mengambil kira mereka yang berhenti sekolah dan ini menyebabkan mereka dikategorikan dalam golongan yang dilupakan.

Seperti mana yang telah disebut di atas, golongan belia rentan yang dikategorikan sebagai belia luar bandar lebih sukar mendapatkan pekerjaan berbanding graduan baharu. Walaupun banyak masalah pengangguran yang dihadapi oleh belia bandar juga dihadapi belia luar bandar, namun belia luar bandar terpaksa mengharungi sekatan yang lebih akibat lokasi kedudukan mereka yang terpencil dan peluang yang lebih terhad.

Ini tidak bermaksud bahawa belia luar bandar tidak aktif mencari pekerjaan. Peluang pekerjaan di kawasan luar bandar bukanlah yang paling menarik dari segi upah, dan pekerjaan di kawasan ini mungkin hanya terbatas pada pekerjaan perladangan atau pertanian. Oleh kerana itu, kebanyakan belia luar bandar berhijrah ke bandar untuk meneroka peluang pekerjaan yang lebih menarik. Akan tetapi mereka mungkin menghadapi masalah dalam pencarian kerja berbanding golongan belia bandar yang lebih mahir menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan akses ke portal pekerjaan. Untuk mendapatkan pekerjaan bergaji rendah atau tahap permulaan juga tidak begitu mudah kerana majikan memerlukan mereka yang mempunyai kemahiran atau kelayakan yang bersesuaian.

Majikan tempatan juga lebih bergantung pada pekerja asing bukan hanya kerana mereka lebih setia kepada pekerjaan berbanding pekerja tempatan, tetapi juga kerana kebanyakan majikan tempatan menganggap pekerja tempatan kuat menuntut dan tidak boleh diharap, dan mungkin tidak mempunyai dorongan untuk bekerja lalu susah untuk menyesuaikan diri berbanding pekerja asing. Ini menghasilkan masalah dimana majikan beranggapan bahawa belia tempatan tidak berminat untuk bekerja walhal para belia pula tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mencari kerja. Bagaimana belia tempatan mampu memperoleh pekerjaan jika mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya?

Inisiatif tertentu diperlukan untuk menutup jurang pengangguran belia di pasaran kerja dan program latihan kemahiran perlu dipertingkatkan untuk persediaan tenaga kerja tempatan. Menurut Dato’ Paul Wong Boon Ming, Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas Manforce Group Berhad, kekurangan kemahiran perlu diatasi dengan penyediaan program latihan kerana tanpa program yang bersesuaian, industri akan tetap menghadapi cabaran untuk memperoleh individu yang berkemahiran walaupun dengan peningkatan jumlah pencari kerja. Masalah ini akan berterusan apabila keperluan majikan sukar untuk ditemui di pasaran buruh.

“Pendidikan sering dianggap sebagai alat mobiliti sosial yang penting oleh para pendidik kerana ia membolehkan seseorang itu mendapatkan peluang pekerjaan yang bermakna lalu menyelesaikan masalah kemiskinan. Walau bagaimanapun, sama ada kumpulan rentan ini diberi peluang untuk meningkatkan diri masing-masing masih dipersoalkan. Mereka tidak patut diabaikan kerana setiap daripada mereka sudah pasti dapat membawa kebaikan yang tersendiri ke industri,” kata Dato’ Paul.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mencatatkan bahawa bilangan graduan yang menganggur pada tahun 2019 adalah 170,300 orang. Graduan penganggur aktif terdiri daripada 74.8% daripada jumlah graduan penganggur. Sebaliknya, jumlah graduan di luar tenaga kerja (suri rumah, pelajar, pesara, dll) pada tahun 2019 adalah 869,800 orang – nombor ini telah meningkat sebanyak 7.6% berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun sedemikian, kita tidak boleh menyalahkan pasaran kerja sepenuhnya kerana kebanyakan belia terutama yang berada di kawasan bandar tidak mahu bekerja tanpa gaji yang sesuai pada pandangan mereka walaupun mereka tidak mungkin memiliki pengalaman yang relevan dan tidak mahu atau mampu bekerja lebih masa. Memandangkan situasi semasa yang sangat mencabar bagi semua pihak, kita memerlukan penyelesaian yang dapat memanfaatkan para majikan dan para belia terutamanya mereka yang terdiri daripada kumpulan rentan. Bagi mereka yang masih berusaha mencari pekerjaan untuk memperoleh pendapatan, demikian adalah beberapa perkara penting yang perlu diingatkan untuk mengatasi masa yang sukar ini dalam pencarian kerja:

(1) Jangan memilih-milih, pentingkan fleksibiliti

Pada waktu yang mencabar seperti ini, ianya penting untuk berfikiran terbuka dan kekal fleksibel dalam pencarian kerja. Walaupun keselamatan pekerjaan adalah faktor penting yang harus anda utamakan, anda perlu memahami bahawa ekonomi hari ini masih tidak stabil akibat perjuangan setiap perniagaan untuk bertahan akibat penangan Covid-19.

Jangan terlalu memilih kerana sikap ini akan menyebabkan pengangguran yang berterusan. Ingatlah bahawa pengetahuan tentang sesuatu pekerjaan atau industri sememangnya penting, tetapi kemahiran praktikal juga mampu menambah nilai anda sebagai seorang pekerja!

Belia harungi norma baharu di tempat kerja 1
Candidates following the SOPs requiring social distancing seats during the briefing of Manforce Group’s Malaysians Development Uplift Programme (MDUP) in a conference hall.

(gambar di atas diambil sebelum FMCO)

Calon-calon yang mengikuti SOP mematuhi jarak sosial semasa taklimat Program Pembangunan Insan Malaysia (MDUP) Manforce Group di dewan persidangan.

(2) Latih kemahiran anda dan teruskan belajar

Bak kata Steve Jobs, ‘stay hungry, stay foolish’. Pembinaan kemahiran yang pelbagai dapat meningkatkan daya tarikan anda kepada para majikan. Sebagai penyelesaian bagi masalah pemberhentian sekolah, program pencegahan dan ‘peluang kedua’ telah dibangunkan demi membantu dan menghubungkan semula golongan belia yang berisiko tinggi ini ke dunia pekerjaan. Pada masa yang sama, progam-program ini dapat memastikan anak muda kita memahami lalu melampaui jangkaan para majikan waktu bekerja.

Belia harungi norma baharu di tempat kerja 1
A tutor conducting a virtual interview with potential candidates for Manforce Group’s MDUP.

(gambar di atas diambil sebelum FMCO)

Seorang pelatih yang menjalankan temu ramah dalam talian bersama calon yang berpotensi untuk MDUP Manforce Group.

Terdapat sebilangan program peluang kedua yang boleh diterokai bagi mereka yang berhenti sekolah, tidak dapat melanjutkan pelajaran akibat masalah kewangan, atau mereka yang menganggur. Salah satu inisiatif seperti ini adalah Program Pembangunan Insan Malaysia (MDUP) yang telah diaktifkan oleh Manforce Group, syarikat penyedia penyelesaian pekerja asing terkemuka di Malaysia. MDUP dilancarkan pada Februari 2020 sebagai jalan penyelesaian bagi para belia untuk mengembangkan lagi kemahiran mereka melalui latihan industri asas demi meningkatkan peluang pekerjaan. Sehingga Mac 2021, Manforce Group telah berjaya melatih kumpulan graduan pertama mereka yang terdiri lebih daripada 70 individu, dengan 70% graduan yang telah memulakan kerjaya mereka di syarikat perkilangan seperti Maxter Glove, Panasonic, George Kent dan lain-lain, sementara selebihnya memilih untuk meneruskan pengajian mereka.

(3) Motivasi adalah kunci kejayaan

Tetapkan sasaran yang kukuh dan fahami apa yang anda inginkan dengan memberi tumpuan kepada peluang yang wujud dalam dunia pekerjaan dan pengajian. Jangan menahan diri dan teruskan motivasi untuk mencapai matlamat baharu. Anda pasti akan lebih bahagia pada akhirnya. Motivasikan diri untuk berjaya kerana kejayaan itu mampu membawa kebahagiaan yang tak terkira.

Belia harungi norma baharu di tempat kerja 1
Candidates remain motivated in class despite the current uncertainties.

(gambar di atas diambil sebelum FMCO)

Calon-calon bermotivasi di dalam kelas pada waktu semasa yang tidak menentu.

(4) Kekal berdisiplin ketika bekerja jarak jauh

‘Norma baharu’ bermaksud banyak syarikat baru-baru ini telah memberi pilihan kerja jarak jauh untuk para pekerja bermula tahun 2021 dan seterusnya. Kebanyakan pengambilan pekerja pada waktu ini adalah untuk pekerjaan jarak jauh. Dengan pekerjaan jenis ini, tanggungjawab perlu dipikul dengan sebaiknya oleh para pekerja untuk mendapatkan kepercayaan para majikan.

Belia harungi norma baharu di tempat kerja 1
Candidates maintain discipline and responsibility in training classes.

(gambar di atas diambil sebelum FMCO)

Calon menjaga disiplin dan tanggungjawab dalam kelas latihan.

Antara ciri yang paling penting untuk pekerja jarak jauh adalah disiplin. Dengan tidak menghadiri pejabat secara fizikal, seseorang itu mungkin bebas daripada gangguan yang berkaitan dengan rakan sekerja dan politik pejabat tetapi tidak mungkin mereka terlepas dengan masalah yang tersendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa golongan belia rentan mungkin tidak bersuara dan tidak berdaya untuk memulihkan keadaan mereka namun mereka tidak patut dipinggirkan. Mereka perlu dibantu dan diberi peluang untuk berhubung dengan pasaran kerja secara praktikal supaya mereka boleh mendapatkan penyelesaian yang bersesuaian untuk berjaya dalam kehidupan.