AYAM MAK-MAK CILI API DARIPADA THE CHICKEN RICE SHOP PASTI MENGHANGATKAN LAGI SEMANGAT PERAYAAN!

Menu terbaharu TCRS pilihan paling sempurna untuk memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan Syawal

AYAM MAK-MAK CILI API DARIPADA THE CHICKEN RICE SHOP PASTI MENGHANGATKAN LAGI SEMANGAT PERAYAAN!

Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 – Bersempena dengan ketibaan Ramadan tahun ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) teruja untuk mengumumkan tentang pelancaran menu terbaru mereka, Ayam Mak-Mak Cili Api, yang boleh didapati di seluruh negara di semua cawangan TCRS hingga 12 Mei 2024.

Sesuai untuk dijadikan menu berbuka puasa sambil meraikan bulan yang mulia, juadah terkini TCRS ini bertujuan untuk memeriahkan lagi saat bersama yang tersayang. Hidangan istimewa yang juga sempurna sebagai hidangan Hari Raya, Ayam Mak-Mak Cili Api menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan. Menu yang lazat ini merupakan hidangan ayam masak lemak cili api, berkuah santan pekat dan pedas yang pasti menjadi tumpuan pada perayaan Ramadan dan Raya tahun ini.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd turut menyatakan kepentingan amalan makan bersama keluarga dan sahabat, lebih-lebih lagi pada musim perayaan demi membina ikatan kasih sayang dan semangat kebersamaan.

“Kami berasa sangat teruja untuk menyajikan kepada pelanggan kami kelazatan juadah yang seolah-olah masakan di rumah kepada pelanggan kami bagi meningkatkan lagi kemeriahan sambutan yang dinanti-nantikan ini. Sama ada untuk dinikmati bersama keluarga, rakan-rakan atau yang tersayang, kelazatan Ayam Mak-Mak Cili Api kami pasti membuat anda meminta lagi!”

AYAM MAK-MAK CILI API DARIPADA THE CHICKEN RICE SHOP PASTI MENGHANGATKAN LAGI SEMANGAT PERAYAAN!

Tersedia dalam tiga set berbeza, Set Ucu, Set Mak Ngah dan Set Bonda, tawaran yang pelbagai ini dapat memenuhi setiap keperluan pelanggan. Set Mak Ngah dan Set Bonda yang tersedia dengan hidangan sampingan seperti ‘Nyonya Pai Tee’, ‘Penang Rojak’, ‘Penang Famous Chicken Rolls’ dan pilihan sayur-sayuran merupakan pilihan yang sesuai untuk kumpulan bersaiz besar. Tidak lupa juga dengan minuman terbaru Air Tangan Kaklong sebagai pelengkap hidangan!

Untuk waktu berbuka puasa, TCRS juga menyediakan perkhidmatan bawa pulang (takeaway) dan penghantaran supaya para pelanggan dapat menikmati kelazatan TCRS di mana sahaja mereka berada.

TCRS berpegang teguh pada komitmen mereka untuk menggembirakan pelanggan dengan menyediakan pilihan menu yang sesuai untuk setiap waktu dan perayaan. Ia sejajar dengan dedikasi TCRS untuk menyampaikan invoasi kulinari, memupuk perpaduan dan mendatangkan kegembiraan kepada komuniti.

“Di TCRS, kami amat berbangga dengan misi kami untuk menyediakan pengalaman menjamu selera yang luar biasa sambil meraikan kepelbagaian budaya tempatan. Kami percaya akan peranan makanan dalam usaha untuk memupuk semangat kebersamaan dan mendatangkan kegembiraan. Untuk meraikan ketibaan Ramadan dan Syawal tahun ini, kami menjemput orang ramai untuk menikmati keenakan menu baharu kami yang menjanjikan kenangan manis yang berkekalan,” kata Kah Yong.

Untuk maklumat lanjut tentang menu Ayam Mak-Mak Cili Api, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/ 

AYAM MAK-MAK CILI API DARIPADA THE CHICKEN RICE SHOP PASTI MENGHANGATKAN LAGI SEMANGAT PERAYAAN! – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts