Ayam Brand; Tingkat Sokongan bagi Kanak-Kanak, Orang Tua dan Petugas Barisan Hadapan ketika Gelombang Ketiga

Shah Alam, 31 Mac 2021 – Gelombang ketiga penularan COVID-19 terus memberi kesan kepada rakyat Malaysia, terutama sekali mereka yang memerlukan dan petugas barisan hadapan.

Ayam Brand™ memahami cabaran mereka dan sekali lagi tampil dengan sumbangan produk makanan dalam tinnya yang berkhasiat dan enak.   

Musim perayaan menyaksikan peningkatan sumbangan biskut, kuih-muih dan limau mandarin kepada rumah kebajikan di seluruh negara, kanak-kanak, golongan berlainan upaya dan orang tua memerlukan makanan berkhasiat seperti sardin, tuna dan tenggiri serta pemakanan seimbang.

Ayam Brand bekerjasama dengan Angels’ Garden Global Centre bagi membantu 10 buah rumah kebajikan di Lembah Klang, dan menyumbang kepada pekerja kesihatan barisan hadapan dari lima buah hospital dan klinik di Kelantan dengan produk termasuk Ayam Brand Mackerel in Tomato Sauce 425g dan 300g, Ayam Brand Baked Beans in Tomato Sauce 425g dan 230g, Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce 300g dan 155g, Ayam Brand Saba Mayonnaise 160g, Ayam Brand Saba in Olive Oil 150g, Ayam Brand Sardine in Tomato Sauce 300g, dengan nilai sumbangan berjumlah melebihi RM10,000. 

Ayam Brand™ Tingkat Sokongan bagi Kanak-Kanak, Orang Tua dan Petugas Barisan Hadapan ketika Gelombang Ketiga

Sardin Ayam Brand datang dari lautan sejuk. Hidup di dalam persekitaran sejuk lampau menjadikannya lebih berlemak, lebih enak dan kaya dengan Omega 3. Saba, iaitu istilah Bahasa Jepun bagi ikan tenggiri Pasifik yang biasa dimakan di serata Jepun disebabkan nilai khasiatnya, mengandungi 50% lebih Omega 3. Menurut satu artikel oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, diet yang kaya dengan Omega 3 dikaitkan dengan proses penuaan yang baik seperti di Jepun, negara yang mempunyai jangka hayat tertinggi di peringkat global[1]. Sos tomatonya yang kaya mengandungi likopen, antioksidan paling kuat yang melindungi sel-sel daripada penuaan dan membantu mengawal tekanan darah.

“Pandemik ini telah memberi tekanan kepada kita semua. Bagi petugas barisan hadapan, waktu kerja yang panjang dan tahap stres menyebabkan ketiadaan masa untuk makan. Pasukan kami di Kelantan memaklumkan di sini ada keperluan yang boleh kami penuhi. Kami menawarkan sardin, tuna dan tenggiri yang sedia untuk dimakan dan berkhasiat supaya para petugas ini sentiasa bertenaga,” kata Teoh Wei Ling, Pengurus Pemasaran Ayam Brand.

Jenama tersebut menganjurkan dan menjadi tuan rumah kempen tanggungjawab sosial korporat tahunan yang telah berlangsung selama 13 tahun dan memberi manfaat kepada lebih 524 buah organisasi kebajikan dan NGO di Malaysia. 

“Pandemik ini telah mengubah mata pencarian dan gaya hidup ramai daripada kita dengan cara yang drastik. Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh NGO, apabila penderma mula kurang berderma disebabkan perubahan dalam keutamaan kewangan mereka. Kami terus memainkan peranan dengan menyumbangkan makanan berkhasiat kepada mereka yang memerlukan,” tambah Teo. 

Ayam Brand™ Tingkat Sokongan bagi Kanak-Kanak, Orang Tua dan Petugas Barisan Hadapan ketika Gelombang Ketiga
Petugas barisan hadapan menerima produk Ayam Brand di Klinik Kesihatan Kelantan

Penerima-penerima di Kelantan:-

      1. Hospital Raja Perempuan Zainab 2

      2. Hospital Tumpat

      3. Klinik Kesihatan Kota Jembal 

      4. Klinik Kesihatan n Pengkalan Chepa

      5. Klinik Kesihatan Ketereh 

Ayam Brand™ Tingkat Sokongan bagi Kanak-Kanak, Orang Tua dan Petugas Barisan Hadapan ketika Gelombang Ketiga
Ayam Brand bekerjasama dengan Angels’ Garden Global Centre untuk memberi sokongan kepada10 buah rumah kebajikan di kawasan Lembah Klang.

Penerima-penerima dari badan NGO:-

      1. Persatuan Kebajikan Ci-Hang Chempaka

      2. Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenang Budi Kuala Lumpur

      3. Pertubuhan Kebajian Anak-Anak Yatim & OKU Mesra Petaling Jaya

      4. Pusat Jagaan Kanak Ekliptik Klang

      5. Rumah Orang-Orang Tua Seri Setia Sungai Way

      6. House of Love (Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih)

      7. En Yuan Old Folk Home

      8. Persatuan Kebajikan Chen Ai OKU

      9. PJ-Rumah Juara

     10. Lovely Disabled Home 

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan inisiatif pantri makanan #AyamWithYou dengan melayari https://www.ayambrand.com.my


[1] www.en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_life_expectancy

© 2023 BlackButterfly DesignArts