AXXESS Perkenalkan Pelan Insurans Khas Covid-19 Yang Pertama Di Malaysia

Perlindungan dilancarkan tepat pada masanya seiring PKPB yang dilaksanakan di Selangor, KL dan Putrajaya

Kuala Lumpur, 29 December 2020 – Kebelakangan ini, negara kita telah mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 yang tertinggi, dengan angka rekod mencecah ratusan kes harian. Di tengah-tengah gelombang ketiga penularan wabak ini, ramai rakyat Malaysia giat mencari pelan insurans khas untuk melindungi kewangan mereka sekiranya dijangkiti virus. Dalam usaha memenuhi keperluan ini, sebuah organisasi yang prihatin – AXXESS – menawarkan pelan insurans AXXESS Covid-19 Protect kepada semua rakyat Malaysia yang berusia antara satu bulan hingga 65 tahun. Polisi insurans ini ditaja jamin oleh AIA General Berhad.

Pelan yang disediakan untuk tempoh terhad ini menawarkan bayaran RM2,000 kepada pemegang polisi apabila disahkan dijangkiti Covid-19 di Malaysia dan dimasukkan ke hospital akibatnya. Malah, ciri paling menarik  pelan ini ialah perlindungannya sah untuk tempoh tiga bulan dengan bayaran premium sekali hanya RM28.50 (termasuk cukai), menjadikannya pelan yang benar-benar termampu. Jadi tidak menghairankan jika jualan polisi ini telah melonjak dalam sejak beberapa minggu lepas tatkala kes Covid-19 berleluasa di Sabah dan Kedah. Di samping itu, PKPB pula telah dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 14 Oktober, memandangkan kawasan-kawasan tersebut juga diklasifikasikan sebagai zon merah.

Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia akibat Covid-19 atau kemalangan, penama atau ahli keluarga pemegang polisi akan menerima bayaran tambahan RM10,000. Dengan demikian, AXXESS Covid-19 Protect menawarkan jumlah bayaran sehingga RM12,000.

Pelan AXXESS Covid-19 Protect boleh dibeli di dalam talian dan proses pembelian mengambil masa hanya beberapa minit. Mereka yang melanggan akan menerima pengesahan polisi mereka sepantas empat hari.

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, Executive Chairman of Shieldcard Holdings

“Lonjakan angka jangkitan yang dilaporkan di Malaysia amat membimbangkan. Sebab itulah kami menawarkan pelan Covid-19 Protect, yang buat masa ini merupakan satu-satunya pelan insurans yang diketahui sebagai dirangka khas untuk Covid-19 di Malaysia. Tiada syarat dikenakan ke atas pelan; ini bermakna anda tidak perlu menjadi pemegang polisi insurans, pelanggan syarikat telekomunikasi, pelanggan e-Dompet atau menjalani pemeriksaan kesihatan, dan lain-lain. Anda hanya perlu melanggan dan menerima perlindungan,” kata Y.A.M. Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, Pengerusi Eksekutif Shieldcard Holdings – syarikat induk AXXESS.

Richard Devaraj, CEO of AXXESS

“Polisi ini bukan sahaja membuat bayaran kepada rakyat Malaysia sekiranya mereka dijangkiti virus Covid-19, tetapi juga jika berlaku kejadian tidak diingini, iaitu kematian yang disebabkan oleh Covid-19 atau kemalangan. Apa yang kami tawarkan ialah sebuah produk yang benar-benar unik yang memberikan nilai hebat, serta sangat termampu pada harga hanya 31 sen sehari,” kata Richard Devaraj, Ketua Pegawai Eksekutif AXXESS.

“Malah rakyat Malaysia yang sudah mendaftar untuk pelan insurans perubatan atau kad perubatan sedia ada boleh mendapat manfaat daripadanya, kerana pelan AXXESS Covid-19 Protect menawarkan pembayaran sebagai tambahan kepada apa-apa tuntutan lain yang dibayar oleh penanggung insurans lain, yang biasanya hanya melindungi kos kemasukan hospital. Ini amat berguna kepada mereka yang mengalami kehilangan pendapatan kerana dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19, atau yang menanggung perbelanjaan tambahan akibatnya. Secara alternatif, mereka boleh membuat pilihan menerima bayaran daripada pelan AXXESS, tanpa membuat tuntutan daripada mana-mana polisi insurans, yang boleh menjejaskan premium mereka,” jelas beliau.

Di samping pelan AXXESS Covid-19 Protect, AXXESS juga semakin diiktiraf kerana menawarkan produk inovatif dan program manfaat insurans yang melibatkan kerjasama unik dengan penyedia insurans dan perkhidmatan lain. Syarikat ini juga menawarkan produk alternatif termampu kepada pelan insurans berasaskan amalan perbelanjaan harian individu.

Malah pada bulan lepas, AXXESS telah melancarkan AXXESS Lifeline, pelan perlindungan Kemalangan Diri yang menawarkan bayaran tergabung bernilai RM500,000 sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian, dengan premium cukup rendah iaitu hanya RM9.99 sebulan.

Bayaran RM500,000 yang ditawarkan oleh AXXESS Lifeline termasuk pembayaran tunai sekali gus RM100,000, dan juga baucar dan manfaat bagi keperluan asas keluarga untuk tempoh tiga tahun seterusnya, termasuk manfaat perubatan (pesakit dalam dan luar), petrol, barangan runcit, utiliti, telekomunikasi, produk penjagaan peribadi dan kesihatan, pakaian, perabot dan peralatan rumah, tambah nilai e-dompet, perkhidmatan langganan, dan lain-lain – pada asasnya membiayai keperluan sara hidup keluarga untuk membantu mereka berdikari sekiranya ahli keluarga mereka meninggal dunia.

Maklumat lanjut tentang AXXESS Covid-19 Protect serta produk dan perkhidmatan inovatif lain boleh didapati di www.axxess.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts