AXN Asia Mengajak Rakyat Malaysia Untuk Menyertai Selebriti Indonesia, Afgansyah Reza dan Isyana Sarasvati untuk Meneroka Indonesia dalam Produksi Original Pengembaraan realiti baharu, AXN Ultimate Challenge Indonesia

Produksi original realiti baharu AXN Asia mengikuti Afgan dan Isyana dalam pengembaraan mencabar merentasi 3 pulau ikonik di Indonesia

Kuala Lumpur, 28 Oktober 2021 – Dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia (MOTCE), KC Global Media mengumumkan pelancaran siri televisyen dan digital baharu bertajuk AXN Ultimate Challenge, yang akan dilancarkan pada Khamis, 25 November jam 8:30 malam, MYT (7:30 malam, JKT) di saluran hiburan umum bahasa Inggeris terkemuka, AXN Asia dengan penstriman ke seluruh dunia melalui saluran YouTube rasmi AXN bermula Sabtu, 27 November.

Dihoskan oleh Richard Kyle, siri multimedia enam bahagian ini akan dibintangi oleh pemenang anugerah Selebriti Indonesia, pelakon dan penulis lagu Afgansyah Reza (aka Afgan) dan graduan Nanyang Academy of Fine Arts dan Royal College of Music London, Isyana Sarasvati penyanyi hebat yang menyanyikan soundtrack Indonesia lagu A Whole New World, untuk filem ciptaan semula Aladdin, 2019. Pasangan ini dan rakan-rakan pengembaraan mereka, Reza Chandika (#TeamAfgan) dan Rara Sekar (#TeamIsyana), akan membawa penonton global dalam perjalanan menakjubkan, termasuk pengembaraan epik dan cabaran yang mendebarkan kerana mereka akan mengalami dan menangkap pemandangan dan suasana yang menarik untuk media sosial dengan destinasi pulau yang menakjubkan di Indonesia: Labuan Bajo (terkenal dengan Taman Negara Komodo, lokasi snorkeling dan kelawar flying fox), Mandalika di Lombok (terkenal dengan litar perlumbaan yang mendebarkan, taman air dan aktiviti sukan air), dan Bali (destinasi percutian pantai kegemaran setiap pelancong).

George Chien, Pengasas Bersama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KC Global Media Asia berkata, “Siri ini menunjukkan komitmen berterusan AXN Asia untuk mempamerkan produksi original Asia rentas pelbagai media dengan meletakkan personaliti dan destinasi Asia sebagai tumpuan. Indonesia adalah salah satu negara Asia dengan pelbagai landskap dan budaya, menawarkan pengembaraan yang menarik dan unik. Kerjasama kami dengan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia memberikan peluang yang lebih besar untuk menggambarkan pemandangan indah Indonesia, penonton dapat mengikuti Afgan dan Isyana meneroka pulau-pulau yang indah dan mendalami budaya mereka sambil melakukan cabaran mendebarkan dalam pengembaraan mereka.”

Sandiaga Salahuddin Uno, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia berkata, “Kami berharap melalui AXN Ultimate Challenge Indonesia, kami dapat memperkenalkan destinasi utama di Indonesia, khususnya Labuan Bajo, Mandalika dan Bali. Labuan Bajo, merupakan pintu masuk untuk melihat Komodo, biawak terbesar di dunia dan di mana anda juga boleh mengalami pengalaman mengelilingi Taman Negara Komodo di atas kapal. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti trekking, snorkeling dan menyelam. Tidak jauh dari Labuan Bajo dan Bali,  terdapat Mandalika. Tempat di mana terdapat persisiran pasir putih lembut dan pada masa yang sama pantai luncur air dengan keindahan terumbu karang. Selain itu, Mandalika juga mempunyai budaya unik suku Sasak Sade, kita dapat melihat sendiri kehidupan orang Lombok dan jangan lupa untuk membeli kain tenunan tradisional Sasak, tenun. Akhirnya, Bali, siapa yang tidak mengenali Bali? Dikenali sebagai Pulau Dewa, dengan keindahan alam semula jadinya di mana anda boleh menikmati pelbagai aktiviti di sini dari pengembaraan, masakan dan sehingga ke budayanya yang memukau. Anda juga boleh mencuba aktiviti menarik seperti meluncur air, flyboarding dan paragliding. Dari sini anda boleh melihat banyak cara untuk menikmati keindahan pantai Indonesia. Wonderful Indonesia menanti anda untuk menikmati pengalaman indah anda.”

Setiap episod menjanjikan peminat akan berada di pinggir tempat duduk mereka sambal melihat Afgan dan Isyana, bersama rakan-rakan perjalanan mereka, mencabar zon selesa mereka melalui cabaran yang menguji minda, kekuatan, dan kefahaman media sosial mereka. Sambil itu, temui pelbagai buday, hidangan gastronomi yang menyelerakan, dan keajaiban alam semula jadi yang indah yang ditawarkan di Indonesia. Dari meneroka Pink Beach di Labuan Bajo ke flyboarding di Tanjung Benoa dan paragliding di Nusa Dua, Bali; peminat boleh menghidupkan semula kenangan manis mereka di Indonesia merentasi darat, laut dan langit dengan Afgansyah Reza dan Isyana Sarasvati serta dihiburkan dengan drama, aksi dan pengembaraan tanpa henti.

Sempena tayangan perdana, AXN Asia dan komuniti Instagram tempatan @CameraIndonesia (Indonesia), @InstaSG (Singapura), @IGersMalaysia (Malaysia), dan @IGersManila (Filipina) akan bersatu untuk menghidupkan “ASEAN Insta-meet”, sebuah pergerakan sosial yang diterajui komuniti yang mengumpulkan pengiat Instagram ASEAN untuk berkongsi pandangan mereka (POV) mengenai memori destinasi kegemaran mereka di Indonesia melalui seni fotografi. Posting dengan memori yang paling mengharukan akan dipilih dari setiap negara dan pengiat Instagram yang menang akan dinobatkan sebagai “AXN Asia’s Ultimate Travel Insider” di negara mereka serta dihadiahkan sebuah DJI’s Pocket 2, kamera tangan 3-paksi terkecil, sesuai untuk menangkap kenangan indah untuk perjalanan mengelilingi dunia. Kempen sosial media “ASEAN Insta-meet” akan bermula pada 25 November hingga 13 Disember dan terbuka kepada semua pengguna Instagram yang menetap di Indonesia, Singapura, Malaysia dan Filipina.

Jangan lupa untuk melayari akaun Instagram AXN Asia untuk adegan yang tidak disiarkan dari pengembaraan Afgan dan Isyana yang tidak dapat dilupakan dan menemui kisah-kisah menyayat hati dan ketabahan rakyat Indonesia yang ditemui sepanjang perjalan mereka.

AXN Ultimate Challenge Indonesia akan dilancarkan pada Khamis 25 November, dengan episod baru ditayangkan pada setiap hari Khamis dan Jumaat di saluran AXN Asia di seluruh Asia Tenggara. Rakyat Malaysia akan dapat menonton siri pengembaraan realiti ini di ASTRO saluran 701 dan Unifi TV saluran 453. Peminat global juga boleh menonton siaran perdana secara digital setiap hari Sabtu di saluran YouTube AXN Asia bermula pada hari Sabtu 27 November.

© 2023 BlackButterfly DesignArts