Astro Radio Mengaktifkan ‘Kami Care Helpline’ Untuk Membantu Rakyat Malaysia

Kuala Lumpur, 2 Julai 2021 – Astro Radio melancarkan Kami Care Helpline, yang disediakan sekarang kepada rakyat Malaysia yang terjejas, untuk permohonan bantuan menerusi talian WhatsApp dari kesemua jenama Astro Radio. Pemohon berpeluang menerima barangan keperluan harian seperti beras, gula, garam, tepung, biskut, teh, makanan dalam tin dan mi segera, semasa situasi yang mencabar ini.  

Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, berkata, “Kami berharap Kami Care Helpline membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapat barangan keperluan harian mereka ketika waktu sukar ini. Kami berusaha untuk meningkatkan sokongan bantuan dan jangkauan kami kepada mereka yang memerlukan menerusi kempen ‘Kami Care’ dan berkongsi lebih maklumat pada masa akan datang.”

Astro Radio Mengaktifkan ‘Kami Care Helpline’ Untuk Membantu Rakyat Malaysia

Semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan menerusi WhatsApp pada bila-bila masa, setiap hari melalui talian Kami Care Helpline di bawah. Pendengar juga boleh menghantar permohonan bagi pihak orang lain yang memerlukan bantuan. Permohonan Kami Care Helpline perlu disertakan nama penerima, nombor telefon, alamat rumah, dan maklumat ringkas mengapa mereka memerlukan bantuan ini. Mereka yang layak akan dimaklumkan secara langsung dan penghantarkan barangan keperluan dijalankan setiap hari.

Talian WhatsApp Kami Care Helpline:

Jenama radio Melayu
016 5127777 – ERA
016 2570000 – ERA Sabah
016 3150000 – ERA Sarawak
016 3260000 – SINAR
016 7369999 – GEGAR
016 9175555 – ZAYAN
Jenama radio Inggeris
016 6249999 – HITZ
016 4985555 – HITZ Sabah
016 532 7777 – HITZ Sarawak
016 4935555 – MIX
016 5108888 – LITE
Jenama radio Cina & Tamil
016 5073333 – MY
016 8718888 – MY Sabah
016 5413333 – MY Sarawak
016 7459999 – MELODY
016 9988889 – GOXUAN
016 4913333 – RAAGA

Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan media sosial jenama-jenama Astro Radio: ERA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, HITZ, MIX, LITE, MY, MELODY, GOXUAN, dan RAAGA

© 2023 BlackButterfly DesignArts