Artbox Malaysia Kini Kembali dengan penuh kemeriahan: Siap Sedia untuk Merasai Pengalaman Artistik yang Luar Biasa 

Artbox dijadualkan akan kembali bermula 10-12 November dan 17-19 November di Sunway Pyramid

Kuala Lumpur, 7 November 2023 – Artbox Malaysia kini kembali selepas 4 tahun dengan menyediakan pengalaman luar biasa buat rakyat Malaysia. Acara tahun ini meraikan kepelbagaian seni yang tidak terhingga dan semestinya tidak boleh dilepaskan. Edisi ketiga yang ditujukan khas untuk tahun ini akan diadakan di tempat letak kereta luar Sunway Pyramid dengan tema Arcadia. Ia menampilkan lima elemen bagi tahun 2023; seni, suasana, makanan, muzik dan jualan yang pasti memukau! 

“Kami benar-benar percaya Artbox bukan sekadar sebuah acara. Di sini, kami menggabungkan semua elemen unik dari seluruh rantau ini lalu membentuk satu pengalaman yang menakjubkan.” kata Ken Chai (Adnology Labs) MY. “Setelah menyaksikan kejayaan kedua-dua edisi awal kami pada tahun 2018 dan 2019, kami yakin ini adalah babak yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Sertai kami ke dunia luar biasa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil berhubung serta menyaksikan rekaan, persembahan serta perkembangan karyawan kita.” Kent Teo (INVADE) SG.

Art: Pieces of Arcadia

Edisi tahun ini menampilkan pelbagai bentuk kesenian daripada seni urban jalanan hingga moden dan kontemporari. Ia melalui  pelbagai program, karya seni, pemasangan, pameran dan persembahan langsung oleh artis-artis terbaik di Asia Tenggara.

Pieces of Artbox: Hereafter 

Instalasi ini meneroka medium visual yang pelbagai serta merangkumi unsur interaktif dan ilusi. Para pengunjung akan terpegun dengan ciptaan yang luar biasa ini. 

Pieces of Artbox: Art pillars & Murals

“Vertival Kontena” ini menampilkan karya seni yang dihasilkan oleh seniman tempatan sebagai sebahagian daripada matlamat Artbox untuk memperkasakan budaya urban jalanan yang semakin terkenal. 

Artbox Malaysia Kini Kembali dengan penuh kemeriahan Siap Sedia untuk Merasai Pengalaman Artistik yang Luar Biasa

Experiential: Garden of Creation

Zon suasana memberi peluang kepada pengunjung untuk menyelami kesenian & kreativiti melangkau imaginasi mereka di setiap stesen. Ia juga mempersembahkan cara inovatif untuk menghubungkan orang ramai tanpa mengira usia. Pengunjung pasti akan berseronok dengan bengkel yang diadakan. 

Food: The Forbidden Bite

Artbox Malaysia Kini Kembali dengan penuh kemeriahan Siap Sedia untuk Merasai Pengalaman Artistik yang Luar Biasa

Suasana Artbox disempurnakan dengan pelbagai pilihan masakan. Tahun ini juga tidak mengecewakan. Nantikan pameran ciptaan juadah daripada pengusaha makanan & minuman, rakan kongsi serta jenama-jenama dari Asia Tenggara. Senarai ini termasuk vendor popular yang datang dari Thailand. Mereka akan menyediakan rasa yang lebih tulen bersama vendor F&B tempatan yang lain. 

Music: Sound of Bliss

Artbox akan bekerjasama dengan bakat di Malaysia yang bercita-cita tinggi serta ternama dalam usaha memberi ruang kepada para artis untuk mempersembahkan muzik terbaik sekali gus menghiburkan orang ramai dengan rentak lagu mereka yang menakjubkan. Semuanya berlangsung sambil menambah rasa tempatan yang menarik untuk merancakkan suasana. 

Artbox Malaysia Kini Kembali dengan penuh kemeriahan Siap Sedia untuk Merasai Pengalaman Artistik yang Luar Biasa

Retail: Shopping Paradise

Artbox berhasrat untuk menampilkan kraf dan produk kreatif daripada pelbagai jenama tempatan serta global. Ini sejajar dengan usahanya untuk menyokong dan memperkasakan keusahawanan sambil memberikan pengalaman membeli-belah unik buat para pengunjung. 

Artbox Malaysia Kini Kembali dengan penuh kemeriahan Siap Sedia untuk Merasai Pengalaman Artistik yang Luar Biasa

Artbox juga bekerjasama dengan rakan kongsi utama untuk merealisasikan acara hebat ini. Perkongsian ini termasuklah bersama Sunway Pyramid iaitu rakan kongsi tempat rasmi dan Fujifilm (Instax) sebagai rakan kongsi rasmi. Para pengunjung digalakkan melawat instax Mart yang mesra Instagram dan rasai pengalaman instax Pal terbaru. Pengunjung juga akan menerima gambar dan hadiah percuma. Dissy.co tampil sebagai rakan niaga rasmi untuk Artbox yang akan mengubah kemeja-T di tapak gerai mereka. Selain itu, nantikan artis Dissy pada hujung minggu tersebut. Mereka akan menjadi pengurus kedai sambil membuat TikTok live dan bermain permainan menarik bersama penonton. 

Seterusnya, Artbox juga bersama TikTok sebagai rakan kongsi media rasminya. Jadi, beberapa aktiviti menyeronokkan akan diadakan termasuk pengaktifan penebusan hadiah. Para pengguna akan melengkapkan tugasan dalam talian dan luar talian untuk mengumpul serta menebus mata. Pengunjung juga boleh melihat TikTok Creator Lounge untuk sesi pertemuan bersama ‘influencers’ TikTok serta menjadi tapak cipta kandungan buat mereka. 

Produk Vapour Vuse dan pengeluar kereta GWM juga merupakan pihak yang penting dalam acara ini. Vuse membolehkan pengunjung untuk melangkah masuk ke Portals to Inspiration dan berpeluang meneroka kreativiti terpendam mereka di samping meraikan kesenian serta muzik. Jadilah orang yang pertama dapat melihat Vuse GO 3000 yang baru sahaja dilancarkan bersama lapan perisa menarik. Vuse GO 3000 ini juga mempunyai Easy-View Liquid jadi anda tidak perlu meneka baki cecair anda lagi. Charge Beyond bersama Vuse dan serlahkan kreativiti terpendam anda sambil memenangi barangan menarik*Produk ini mengandungi nikotin dan boleh menyebabkan ketagihan.18+ sahaja.

Selain itu, pengguna juga boleh menyertai aktiviti hadiah misteri dengan muat naik foto ke Instagram dan tag GWM kemudian ‘follow’ media sosial GWM. Setelah selesai, mereka boleh pilih kotak yang mengandungi kad hadiah misteri. Pengguna boleh menebus hadiah tersebut di kaunter penebusan (sementara stok masih ada). 

Artbox Arcadia Tunnel diilhamkan oleh Kalista (Circle Studios)

Sementara itu, Artbox Arcadia Tunnel yang menawan diilhamkan daripada buku cerita tempatan iaitu Kalista. Terowong ini bertindak sebagai pameran mengasyikkan untuk buku cerita kami, “The Mysterious Gumgrumps,” sambil membawa pengunjung ke alam planet Kerokea. Terowong ini akan dihiasi dengan elemen bunga-bungaan bagi menghidupkan lakaran cerita itu. Beberapa aktiviti menarik boleh dinikmati oleh para pengunjung sepanjang perjalanan mereka di dalam terowong itu. Bukan itu sahaja, peserta yang berjaya melengkapkan aktiviti ini berpeluang menerima barangan dan hadiah istimewa. 

Datanglah ke Artbox Malaysia 2023 dari 10-12 November dan 17-19 November (3pm-11pm) untuk menyelami sambutan kesenian, detik suasana, muzik, makanan dan membeli-belah! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari artbox.my dan ikuti Artbox di Facebook serta Instagram. 

Artbox Malaysia Kini Kembali dengan penuh kemeriahan: Siap Sedia untuk Merasai Pengalaman Artistik yang Luar Biasa  – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts