ARTBOX, acara gaya hidup terbesar Singapura, kembali lebih besar, lebih hebat dan lebih menarik daripada sebelum ini dengan dos keseronokan, hasil kolaborasi dengan SGAG

Acara diadakan dalam tempat tertutup untuk pertama kali memberikan pengunjung keselesaan berhawa dingin, membentuk semula pengalaman pasar malam walaupun pada siang hari

Kuala Lumpur, 20 Disember 2022 – ARTBOX, acara gaya hidup terbesar Singapura, kini kembali setelah tiga tahun – lebih besar, lebih bagus dan lebih menarik dalam erti kata sebenar berbanding sebelum ini – dengan barisan serba baharu sekurang-kurangnya 300 penjual dari Asia Tenggara memberikan pengalaman runcit dan F&B, serta pemaparan hasil kesenian oleh artis tempatan di Ekspo Singapura. Dianjurkan oleh Invade, edisi akan datang ARTBOX akan diadakan di dalam tempat tertutup buat pertama kali sejak dilancarkan pada 2017, menyediakan pengunjung dengan keselesaan berhawa dingin sambil mereka menikmati keraian pengalaman pasar malam, walaupun pada siang hari, yang hasil daripada ruang yang direka bentuk dengan pintar dan pemasangan lampu di dalam ruang  9,822 meter persegi (bersamaan dengan 1⅓ padang bola).

ARTBOX tahun hadapan ini dianjur bersama dengan SGAG, satu daripada penerbit kandungan digital bagi Milenial dan Gen Z yang paling pesat tumbuh di Asia Tenggara. Pengunjung akan dihiburkan sepanjang acara dengan aktiviti dan acara lawak jenaka tempatan, disediakan oleh kumpulan paling lawak dan lucu daripada pasukan SGAG. Pengunjung yang telah mengikuti SGAG dalam talian kini boleh mengenali lebih dekat secara bersemuka untuk pertama kali di dalam suasana offline dengan aktiviti seronok seperti Kejuaraan Goyang Kaki Kebangsaan (National Shake Leg Championship), majlis jumpa dan kenal peminat dan permainan mini yang julung kali diadakan sepanjang acara ini.

Dalam tempoh dua penghujung minggu pada bulan Februari dan Mac 2023, pengunjung juga bakal menikmati persembahan penciptaan gourmet dari usahawan dan jenama F&B Asia Tenggara, pengalaman beli-belah unik memaparkan produk kraf dan inovatif daripada jenama tempatan dan global, dan struktur imersif serta pengalaman interaktif disusun secara kolaborasi dengan artis terbaik rantau ini di bawah satu bumbung.

“Menepati tema Vision tahun hadapan, kami mahu pengunjung kami menzahirkan wawasan paling liar mereka di dalam pengalaman pasar malam yang disusun rapi ini – bagi mencipta kenangan baharu jenama, mengambil bahagian di dalam pengalaman unik dan membolehkan mereka berhubung dengan dunia sekali lagi,” kata Kent Teo, Pengasas dan CEO Invade. “Kami juga menganjur bersama acara dengan SGAG bagi menyuntik dos jenaka lucu mereka pada festival ini dan pada masa sama, menyediakan ruang offline interaktif bagi pencipta ekonomi tempatan dan serantau.”

“Kami bakal menganjurkan bersama ARTBOX dengan Invade buat pertama kali dan mengalu-alukan kedatangan semula pengunjung ke festival kegemaran semua dengan jenama lucu SGAG yang menjamin menyebabkan rakyat Singapura tidak kering gusi,” kata Adrian Ang (Xiao Ming), Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Kreatif SGAG. “Nantikan acara lucu melepasi halangan sukar, cabaran-cabaran menghiburkan, aktiviti roaming dan majlis jumpa dan mesra bersama peminat sepanjang acara berlangsung. Kami akan menanggalkan apa sahaja yang menghalang perkara tidak konvensional menjadi ruang konvensional seperti Ekspo Singapura.” ARTBOX akan diadakan pada 24 hingga 26 Februari dan 3 hingga 5 Mac 2023, dari 12pm hingga 11pm di Dewan 6 Ekspo Singapura. Tiket-tiket acara adalah berharga $5 seorang manakala harga pembelian awal ialah $4.50 seorang, boleh diperoleh sehingga 31 Disember 2022. Pengunjung yang mahu berkunjung ke semua enam hari acara boleh memilih Pas Musim $30 seorang dengan kemasukan ke dewan diutamakan. Maklumat tambahan boleh diperoleh di https://www.artbox.sg/. 

ARTBOX, acara gaya hidup terbesar Singapura
© 2023 BlackButterfly DesignArts