
Snek yang membesar bersama anda. Masih seperti yang dulu. Kini, lebih berkrim, dan serasi dengan gaya hidup anda hari ini.
Kuala Lumpur, 28 Julai 2025 – APOLLO, snek kegemaran zaman kanak-kanak yang mencipta memori indah buat rakyat Malaysia selama berdekad-dekad, kini kembali dengan wajah baru yang segar! Dengan rasa yang lebih kaya, tekstur yang lebih halus, dan penampilan baharu yang lebih ‘on point’, APOLLO tampil lebih segar dan sesuai dengan citarasa masa kini.
Kini, gaya snek bukan sekadar tentang rasa tetapi juga tentang keselesaan dan ‘vibe’, kemunculan gaya baharu APOLLO kekal dengan misinya: “Menghidangkan keceriaan dalam setiap kudapan, setiap saat dan setiap suasana.”
Logo baharu yang diperbaharui, dengan huruf “O” ikonik sebagai pusatnya, melambangkan semangat, komitmen dan simbol penjenamaan semula, optimisme serta keterbukaan terhadap masa depan APOLLO. “Ia merupakan satu penerimaan terhadap warisan kami, namun dengan dorongan jelas ke arah masa depan,” kata Warren Chan, Ketua Pemasaran APOLLO Food Holdings.
“Kami melangkah ke ruang digital dengan niat yang strategik,” ujar Chan. “Langkah ini sejajar dengan transformasi jenama serta evolusi strategi saluran pasaran kami. Pada tahap ini dalam perjalanan jenama kami, kami yakin bahawa kami mempunyai kisah yang lebih kukuh untuk dikongsikan dan suara yang lebih jelas untuk berhubung dengan generasi baharu pencinta snek di Malaysia.”
Chan menambah, “Penyegaran ini bukan sekadar perubahan visual—ia mencerminkan semangat dan aspirasi baharu. Kami sedang membentuk semula jenama APOLLO agar lebih berani, lebih ceria dan lebih selari dengan budaya snek masa kini. Matlamat kami mudah: untuk menyalakan semula rasa cinta terhadap jenama APOLLO, satu gigitan pada satu masa.”
Direka untuk pelbagai detik dalam kehidupan, saiz pek baharu ini menjadikan gaya snek tersendiri dengan lebih mudah dari sebelumnya. Sama ada sebagai penambah tenaga harian, pelengkap bekal harian, atau hidangan ringan untuk dikongsi bersama, dengan saiz yang sesuai untuk setiap keperluan. Pek 3 sesuai untuk memenuhi keinginan snek ketika dalam perjalanan, pek 6 ideal untuk individu dengan gaya hidup sibuk atau bersama keluarga kecil, manakala pek 8 merupakan stok pantry yang cukup untuk seisi keluarga yang gemar menikmati snek bersama. Dengan pelbagai cara untuk menikmati, pasti ada APOLLO yang sesuai untuk setiap situasi.
Koleksi baharu APOLLO menghidupkan semula semua kegemaran anda — dengan ‘upgrade’ yang lebih menarik. Setiap gigitan kini lebih berkrim, lebih berperisa, dan lebih menikmati.
Semua dihasilkan dengan penuh teliti dan dijamin kualiti tinggi. Disahkan HALAL, dengan kawalan kualiti yang ketat — memastikan setiap gigitan memberikan rasa, keselamatan dan kepuasan yang rakyat Malaysia kenali dan percaya.
Mulai Jun 2025, koleksi APOLLO yang diperbaharui ini boleh didapati di minimarket, pasar raya, hypermarket dan kedai serbaneka seluruh negara. Dengan penambahbaikan menyeluruh dan harga yang kekal mampu milik, APOLLO kini sesuai dalam gaya hidup rakyat Malaysia. Sama ada anda sedang mengimbau kegemaran lama atau mencuba sesuatu yang baru, APOLLO mengajak anda menikmati snek yang menggabungkan kualiti, nilai dan rasa nostalgia—dengan nafas yang lebih segar.