Apakah Yang “Biasa” Bagi Anda? Avon Ingin Tahu!

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2022 – Anjal, seperti jeli yang kenyal? Besar, seperti belon yang cantik? Lembut, umpama bantal yang gebu? Manakah antara ketiga-tiga perkataan tersebut yang menggambarkan payudara anda? Avon menyeru wanita dan lelaki seluruh dunia untuk berkongsi tiga definisi mereka melalui kempen #NormalForMe bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini.

Avon akan menganjurkan Kempen #NormalForMe secara global sepanjang bulan Oktober sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan perbualan dan pemahaman tentang kanser payudara. Sebagai sebuah syarikat peneraju kecantikan yang menghargai golongan wanita sepanjang 30 tahun selaras dengan “Breast Cancer Promise”, Avon memfokuskan kesedaran tentang pengesanan awal kanser payudara kerana ianya mampu menyelamatkan nyawa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Avon, Angela Cretu berkata, “Kami mahu menormalisasikan perbualan tentang kesihatan payudara dan membantu orang ramai supaya tahu akan tanda-tanda awal kanser payudara dan langkah penjagaan yang boleh diambil. Kami menyeru wanita dan lelaki di luar sana untuk berkongsi tiga perkataan yang menggambarkan payudara mereka di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk membantu meningkatkan kesedaran dan mengingatkan orang ramai akan pentingnya pemeriksaan kendiri. Bangkit dan bantu dalam mencegah kanser payudara dengan berkongsi tiga perkataan yang anda rasa mampu untuk mengajak rakan, ibu mahupun kakak anda untuk melakukan pemeriksaan. Periksa. Kongsi. Senyum.”

Wakil Avon dari seluruh dunia akan berkongsi tiga perkataan mereka melalui video sosial sambil bercerita tentang payudara mereka dalam keadaan “biasa”. Matlamatnya jelas – untuk mengetahui payudara anda dalam keadaan “biasa”, anda akan mengetahui dengan serta-merta jika sesuatu terasa berbeza, atau tidak pada tempatnya. Sebagai sebahagian daripada kempen #NormalForMe ini, Avon Malaysia akan bekerjasama dengan tiga pejuang kanser payudara – Saliza Khalid, Hiba Abdul Rahman dan Navi Indran Pillai yang akan berkongsi kisah inspirasi mereka untuk membantu ramai wanita supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara. Dengan kempen yang dipacu di peringkat akar umbi dan disertai oleh penyertaan aktif daripada wakil-wakil Avon, ia menunjukkan bahawa syarikat peneraju kecantikan ini bersungguh-sungguh dalam memacu perubahan dan menjadikan dunia yang lebih baik untuk wanita, sekaligus menjadikan dunia lebih baik untuk semua.

Sempena kempen #NormalForMe, Avon Malaysia akan mengadakan kempen pengumpulan dana yang menampilkan pilihan produk terlaris Avon termasuk wangian, pakaian intim dan produk penjagaan kulit dari 1 hingga 31 Oktober 2022.

Usaha murni Kanser Payudara Avon Malaysia bermula pada tahun 1994 melalui pelancaran Kempen Kesan Barah Awal (KEBAL), yang kemudiannya dilancarkan semula sebagai Kiss Goodbye to Breast Cancer (KGBC) pada 2002 oleh Menteri Kesihatan Malaysia ketika itu. Dalam tempoh 28 tahun, kempen itu telah menyumbang lebih RM2 juta kepada hospital, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak yang berkaitan. Ini termasuk pendermaan berbentuk wang, penajaan mesin mamogram dan biopsi kepada pusat kanser payudara, dan saringan mamogram secara percuma turut dilaksanakan sebagai program jangkauan. Melalui kerjasama dengan rakan perkongsian strategik, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kementerian Kesihatan, Avon Malaysia juga telah menjelajah seluruh negara untuk menyebarkan pengetahuan tentang Pemeriksaan Kendiri Kanser Payudara ke kawasan bandar dan luar bandar dalam dekad yang lalu.

Bulan Kesedaran Kanser Payudara berlangsung sepanjang Oktober dan Kempen #NormalForMe Avon bermula secara rasmi pada 1 Oktober 2022.

Cara-cara untuk orang ramai menyertai kempen ini:
● Avon menyeru semua orang yang mempunyai akaun Facebook, Instagram atau Twitter untuk menyertai bulan Kesedaran Kanser Payudara ini.
● Kongsi tiga perkataan yang paling tepat menggambarkan payudara anda dan gunakan hashtag #NormalForMe
● Bantu kami meningkatkan kesedaran tentang pengesanan awal kerana pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa!

Lawati shop.avon.my dan beli produk sambil bantu mengumpul dana untuk rakan kongsi amal kanser payudara kami, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk membiayai pemeriksaan payudara, program jangkauan dan penyebaran maklumat kepada orang ramai di Malaysia.

Apakah Yang “Biasa” Bagi Anda? Avon Ingin Tahu! – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts