Apa Ada Di Atas Pinggan Anda? Ciri Baharu AIA Vitality Food Tracker Galak Tabiat Pemakanan Lebih Sihat

Apa Ada Di Atas Pinggan Anda? Ciri Baharu AIA Vitality Food Tracker Galak Tabiat Pemakanan Lebih Sihat
Ketua Pegawai Kesihatan AIA Malaysia, Heng Zee Wang, memperkenalkan program AIA Vitality bersama ciri terkini – AIA Vitality Food Tracker, yang direka untuk menggalakkan tabiat pemakanan yang lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2024 – AIA Malaysia memperkenalkan ciri baharu dalam program AIA Vitality iaitu AIA Vitality Food Tracker (Penjejak Makanan). Pelancaran AIA Vitality Food Tracker bertujuan untuk menggalakkan tabiat pemakanan yang lebih sihat dalam kalangan ahlinya dengan memantau pengambilan makanan dan membantu mereka membuat pilihan pemakanan dengan lebih bijak.

Dilancarkan pada tahun 2016, AIA Vitality merupakan program kesihatan dan kesejahteraan komprehensif yang melengkapkan ahli dengan pengetahuan, alat dan motivasi untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Dengan menyepadukan prinsip sains tingkah laku, AIA Vitality menggalakkan tabiat kesihatan yang mampan dan memberi ganjaran kepada ahli dalam bentuk manfaat dan diskaun menarik atas usaha mereka mengambil langkah proaktif ke arah kesihatan yang lebih baik. Program ini menyokong pendekatan holistik untuk kesejahteraan, termasuk pelaksanaan aktiviti fizikal yang kerap, pemakanan seimbang, dan pemeriksaan kesihatan rutin.

Apa Ada Di Atas Pinggan Anda?
Ciri Baharu AIA Vitality Food Tracker
Galak Tabiat Pemakanan Lebih Sihat
Para tetamu berpeluang merasai sendiri pengalaman interaktif menggunakan AIA Vitality Food Tracker disamping menerima pandangan dan maklum balas yang diperibadikan tenatang kombinasi hidangan mereka daripada pakar diet.

Dengan AIA Vitality Food Tracker, ahli boleh memperoleh sehingga lima mata AIA Vitality setiap hari sehingga had tahunan sebanyak 1,825 mata. Ahli yang memuat naik sekurang-kurangnya tujuh gambar hidangan dalam tempoh seminggu akan menerima maklum balas yang diperibadikan daripada pakar pemakanan yang akan membantu mereka membuat pemilihan pemakanan yang bijak.

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Kesihatan AIA Malaysia berkata, “Sejak dilancarkan, AIA Vitality telah mencapai perkembangan yang ketara dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan membuat pilihan gaya hidup yang lebih baik. Dengan setiap inovasi dan kemajuan, kami telah memperkasakan ahli kami untuk makan dengan lebih baik, bergerak lebih aktif dan mengutamakan waktu rehat mereka. Kini dengan ciri baharu AIA Vitality Food Tracker, kami dapat menyokong ahli kami untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat untuk mencapai matlamat kesejahteraan mereka.”

Apa Ada Di Atas Pinggan Anda?
Ciri Baharu AIA Vitality Food Tracker
Galak Tabiat Pemakanan Lebih Sihat
Ahli AIA Vitality hanya perlu memuat naik gambar hidangan mereka dan Food Tracker yang dikuasakan oleh AI akan memberikan maklum balas dan panduan yang diperibadikan untuk membantu mengubah hidangan mereka kepada pilihan yang lebih sihat.

Ahli AIA Vitality hanya perlu mengambil gambar dan memuat naik hidangan mereka untuk meraih mata dan menerima penarafan untuk makanan mereka. AIA Vitality Food Tracker yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) adalah intuitif – memberikan maklum balas dan panduan yang diperibadikan untuk mengubah makanan menjadi satu pencapaian ke arah Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Bagi meraikan pelancaran itu, rakan media telah dijemput ke majlis makan tengah hari interaktif untuk mengetahui ciri AIA Vitality Food Tracker dengan lebih terperinci. Acara itu menampilkan bar makanan yang disediakan oleh rakan AIA Vitality, Salad Atelier serta kehadiran pakar diet daripada rakan AIA Vitality, Naluri  yang memberikan pandangan dan maklum balas yang diperibadikan tentang pilihan makanan para tetamu. Duta AIA Malaysia dan ikon skuasy negara, Datuk Nicol David turut hadir berkongsi pandangan dan petua mengenai pemakanan sihat.

Apa Ada Di Atas Pinggan Anda?
Ciri Baharu AIA Vitality Food Tracker
Galak Tabiat Pemakanan Lebih Sihat
Ketua Pegawai Kesihatan AIA Malaysia, Heng Zee Wang (paling kanan) dan Duta AIA Malaysia Datuk Nicol David (kedua dari kanan) bersama dengan Pakar Diet dari Naluri (dua dari kiri) sedang berkongsi pandangan dan tip mengenai pemakanan sihat.

AIA Vitality Food Tracker memanfaatkan prinsip sains tingkah laku untuk memacu penambahbaikan jangka panjang dalam tabiat pemakanan. Dengan menyepadukan ciri ini, AIA Malaysia meneruskan komitmennya untuk melengkapkan ahli dengan alat dan motivasi yang diperlukan untuk menangani isu obesiti dan meningkatkan tahap kesihatan mereka secara keseluruhan bagi menyokong Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Individu yang berminat boleh melayari www.aia.com.my/en/aia-vitality/vitalitystarter.html untuk menyertai program AIA Vitality Starter secara percuma selama 3 bulan.

Untuk maklumat lanjut tentang AIA Vitality, sila layari www.aia.com.my 

© 2024 BlackButterfly DesignArts