MALAYSIA, 6 April 2021 – Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 telah menganugerahkan lebih daripada 50 gelaran anugerah berprestij kepada pelbagai pemaju hartanah yang bersaing untuk mencapai pengiktirafan dalam kategori-kategori berbeza di acara maya pertama mereka yang disiarkan secara lansung di Facebook.
Dianjurkan buat kali kedua di Malaysia, Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 menarik para pemaju dari seluruh rantau untuk bersaing dalam persekitaran yang sihat, serta bertindak sebagai platform untuk pemaju berhubung dan berkongsi pengalaman dari segi kemajuan teknologi, idea dan strategi permasaran.
“Objektif penganjuran Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pemaju-pemaju cemerlang yang layak memiliki anugerah di rantau ini, serta membangkitkan nama Malaysia di antara negara-negara ASEAN,” kata Encik Hagenz Choo, Pengarah Urusan Des Prix Infinitus Media.
“Kami sangat bangga kerana sebuah syarikat dari Malaysia, Des Prix Infinitus Media, telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan anugerah hartanah yang akan menghubungkan Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain serta mengalakkan ekonomi tempatan pada masa yang sama,” ujar Yang Berhormat Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Setiap penyertaan telah melalui prosedur penilaian yang sangat teliti dan menyeluruh oleh para juri Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN; Arkitek Low Wei Choon, Pengetua T-A Square International, Cik Stephanie Teong, Pengarah T-A Square International, dan Dr. Daniele Gambero, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REI Group of Companies.
“Semua penyertaan yang diterima kali ini menunjukkan peningkatan yang ketara apabila dibandingkan dengan tahun sebelumnya dan setiap projek mempunyai ciri unik mereka, malah terdapat beberapa projek inventif yang sangat menarik perhatian kami. Ini telah menimbul kesukaran untuk kami membuat keputusan untuk menentukan pemenang tetapi selepas perbincangan yang panjang lebar, kami berjaya sebulat suara memutuskan para pemenang yang paling layak,” komen salah seorang hakim.
Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 bertindak sebagai pengawal selia industri, dimana ia mendorong para pemaju untuk membina bangunan-bangunan berkualiti yang mampu bersaing dengan negara-negara serantau. Ini memastikan industri tempatan sentiasa berkembang dan menetapi standard kualiti yang ditentukan yang juga berfungsi sebagai penanda aras industri hartanah.
Dengan Malaysia menerajui inisiatif ini di rantau ASEAN, Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 akan menyaksikan lebih lagi penyertaan serta perkembangan serantau dalam tahun yang akan datang.
Layari https://aseanpropertydeveloperawards.com/ untuk maklumat lanjut.