‘Anugerah Hero ERA Sarawak’ hargai jasa warga Sarawak

Calonkan nama hero pilihan di Facebook dan Instagram ERA Sarawak

  • Sempena sambutan Hari Malaysia, ERA Sarawak menganjurkan ‘Anugerah Hero ERA Sarawak’, untuk memberi penghargaan kepada warga Sarawak yang telah bekerja keras untuk membantu golongan terjejas sepanjang pandemik ini. Pencalonan untuk anugerah ini bermula 30 Ogos hingga 13 September dan boleh dibuat menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram ERA Sarawak.
  • Peminat ERA Sarawak boleh mencalonkan individu yang bersesuaian berdasarkan usaha dan pengorbanan yang dihulurkan dari segi masa, tenaga dan jenis bantuan. Pencalonan perlu disertakan bersama butiran-butiran peribadi individu yang dicalonkan seperti nama, nombor telefon dan maklumat mengenai sumbangan atau pengorbanan yang dilakukan oleh individu tersebut.
  • Penerima-penerima anugerah akan diumumkan pada 16 September bersamaan dengan Hari Malaysia, dengan tujuan meraikan insan-insan yang bergelar ‘hero’ ini. Calon-calon yang terpilih akan ditemu bual bersama personaliti ERA Sarawak di udara dan menerima sebuah plak (plaque) istimewa dari ERA Sarawak.
  • Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi era.je atau ikuti ERA Sarawak di laman-laman media sosial.
© 2023 BlackButterfly DesignArts