Anugerah Aurora Tech 2025: Memperluaskan Sokongan untuk Inovator Wanita dalam Teknologi

Mempercepatkan pembangunan syarikat pemula yang diterajui wanita dalam industri teknologi yang pesat berkembang di Malaysia.

Anugerah Aurora Tech 2025: Memperluaskan Sokongan untuk Inovator Wanita dalam Teknologi

Kuala Lumpur,  1 October 2024 – inDrive secara rasmi telah membuka permohonan untuk Anugerah Aurora Tech 2025, sebuah inisiatif di bawah program inVision. Anugerah ini didedikasikan bagi mengiktiraf dan menyokong pengasas syarikat pemula IT wanita di seluruh dunia. Usahawan wanita dalam industri teknologi di Malaysia digalakkan untuk memohon bermula hari ini sehingga 21 November 2024.

Melihat kepada ekosistem teknologi Malaysia yang terus mengalami pertumbuhan pesat, ekonomi digital negara dijangka menyumbang sebanyak 25.5% kepada KDNK menjelang tahun 2025, didorong oleh kemajuan dalam pengkomputeran awan, analitik data, dan kecerdasan buatan (AI). Ekosistem syarikat pemula Malaysia telah disenaraikan di tempat ke-36 di peringkat global, dengan hab utama seperti Kuala Lumpur muncul sebagai pusat inovasi fintech, e-dagang, dan kesihatan digital. Lebih 3,000 syarikat pemula beroperasi di Malaysia dan disokong oleh rangkaian pemangkin, inkubator, dan pelabur yang dinamik.

Anugerah Aurora Tech 2025: Memperluaskan Sokongan untuk Inovator Wanita dalam Teknologi

Meskipun kejayaan ini, wanita masih kurang diwakili dalam jawatan kepimpinan dalam sektor teknologi. Kajian inDrive pada tahun 2024 mengenai wanita dalam teknologi di Malaysia mendedahkan bahawa hanya 5 peratus usahawan teknologi adalah wanita. Satu halangan besar yang dikenal pasti ialah kekurangan saluran maklumat yang berkesan mengenai kerjaya STEM dan persepsi bahawa industri ini didominasi oleh lelaki. Ramai wanita juga melaporkan tekanan yang tinggi dan persaingan dalam tenaga kerja teknologi.
 
Namun begitu, wanita Malaysia kini mencabar stereotaip ini di mana kajian menunjukkan bahawa pelajar dan pekerja wanita dalam syarikat teknologi memilih haluan mereka berdasarkan sebab-sebab pragmatik dan tidak dipengaruhi oleh faktor jantina. Dengan peningkatan inovasi yang diterajui wanita, penyediaan sumber, bimbingan, dan pendedahan adalah penting bagi memastikan kejayaan mereka.

Anugerah Aurora Tech 2025: Memperluaskan Sokongan untuk Inovator Wanita dalam Teknologi

Anugerah Aurora Tech 2025 memperkenalkan beberapa kemas kini bagi menyediakan lebih banyak sumber dan peluang kepada usahawan wanita di seluruh dunia:
Peningkatan Dana Hadiah: Sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam industri teknologi, dana hadiah telah ditingkatkan secara ketara. Pembahagian hadiah baru adalah seperti berikut:
Hadiah Pertama: $30,000
Hadiah Kedua: $20,000
Hadiah Ketiga: $15,000
Hadiah Keempat: $10,000
Hadiah Kelima: $10,000
 
Proses Penilaian Diperhalusi: Proses permohonan kini merangkumi tiga peringkat penilaian: senarai panjang, senarai pertengahan, dan senarai pendek. Selepas penilaian awal oleh penganalisis dana teroka, 100 peserta akan dipilih untuk sesi pembentangan. Lima belas daripada peserta ini akan mara ke peringkat akhir senarai pendek.
 
Peluang Bimbingan Diperluas: Peserta yang disenarai pendek akan mendapat manfaat daripada program bimbingan yang dipertingkatkan, termasuk sesi bersama pakar industri terkemuka. Program bimbingan ini akan berlangsung selama 2 hingga 2.5 bulan dan akan memberi pandangan serta panduan kritikal bagi membantu peserta memperhalusi projek mereka dan melaksanakan perubahan strategik.
 
Asya Vildt, Pengarah Kecemerlangan Operasi dan Kelestarian di inDrive, menjelaskan komitmen syarikat terhadap pemerkasaan wanita: “Menyokong wanita dalam teknologi bukan sekadar menyediakan peluang yang sama; ia juga membuka potensi penuh inovasi. Usahawan wanita membawa perspektif baharu yang penting dalam menangani cabaran kompleks masa kini. Di inDrive, kami komited untuk mewujudkan peluang memperkasakan wanita untuk memimpin dalam bidang teknologi, kerana kejayaan mereka membawa perubahan positif merentasi industri dan komuniti. Anugerah Aurora Tech mencerminkan kepercayaan kami terhadap kuasa kepimpinan yang pelbagai demi membentuk masa depan yang lebih baik dan lestari.”
 
Shaerine Irwina Kaur, Pengurus Komunikasi SEA di inDrive, berkata: “Industri teknologi di Malaysia mempunyai potensi pertumbuhan yang besar, terutamanya dengan kemajuan pesat dalam inovasi digital di pelbagai sektor. Pengasas wanita, khususnya, berada di kedudukan yang tepat bagi menerajui penyelesaian yang berimpak dan transformatif. Kami melihat peluang yang besar untuk mereka membawa perspektif baharu, memanfaatkan teknologi canggih, dan mengubah industri tradisional.
 
Menyokong usahawan wanita melalui inisiatif seperti Anugerah Aurora Tech adalah penting, bukan sahaja dalam menangani jurang jantina, tetapi juga dalam memperkasakan mereka untuk mengembangkan usaha niaga mereka dan memberi inspirasi kepada generasi inovator akan datang. Dengan berbuat demikian, kami membina ekosistem yang lebih inklusif, dinamik, dan berdaya saing bagi memberi manfaat kepada semua pihak, di samping menggalakkan jangka panjang kelestarian dan kepelbagaian dalam landskap teknologi Malaysia.”
 
Usahawan wanita digalakkan untuk menghantar permohonan di www.auroratechaward.com. Butir-butir penting anugerah adalah seperti berikut:
 
Kriteria Kelayakan

Usahawan wanita yang memenuhi kriteria berikut digalakkan untuk memohon:
 
Kepimpinan: Syarikat pemula mesti diasaskan atau diketuai oleh wanita.
Pembiayaan: Syarikat pemula tidak boleh menerima sebarang pembiayaan  melebihi $4 juta (anggaran MYR 16.5 juta), termasuk pusingan permulaan (seed round).
Umur Syarikat Pemula: Syarikat pemula tidak boleh lebih daripada 5 tahun.
Minimum Produk Boleh Dipasarkan: Prototaip yang berfungsi diperlukan; projek yang berada di peringkat idea tidak layak.
Tarikh-tarikh Penting
Tempoh Permohonan: 2 September – 21 November 2024
Pengumuman Finalis:  Musim Bunga 2025, antara bulan Mac hingga Mei
Pengumuman Pemenang: Musim Bunga 2025

© 2024 BlackButterfly DesignArts