Anothersole dan Sanrio Perkenal Koleksi ‘Forever Hello Kitty’ yang Comel dan Menggamit Nostalgia

  • Kempen ini menggunakan tanda pagar #anothersolemy dan #sanriomalaysia untuk perkongsian di media sosial
Anothersole dan Sanrio Perkenal Koleksi ‘Forever Hello Kitty’ yang Comel dan Menggamit Nostalgia

Kuala Lumpur, 24 Januari 2024 – anothersole, jenama kasut dan aksesori yang terkenal, mengumumkan pelancaran koleksi ‘Forever Hello Kitty’ yang sudah lama ditunggu-tunggu! Koleksi itu menampilkan Hello Kitty, satu ikon Sanrio yang tidak asing lagi di seluruh dunia.

Koleksi ‘Forever Hello Kitty’ menyuntik nafas baharu kepada produk-produk utama anothersole, seperti kasut sukan 247yang popular, kasut ‘flat’ Anytime, sandal, dan Beg Mini ANEW yang bergaya. Semua produk ini diterapkan unsur Hello Kitty, termasuk reben ikoniknya, serta menggunakan warna seperti krim, merah jambu pastel dan merah terang yang mewakili watak comel itu. Namun, paling mencuri perhatian ialah kasut ‘flat’ Anytime yang menampilkan tali kasut satin dan ilustrasi Hello Kitty yang sedang mengintip bagi menyerlahkan ikon yang memikat hati itu.

Kolaborasi unik itu menyatukan satu ikon klasik dengan fesyen kontemporari, direka khas untuk mereka yang tercari-cari fesyen yang sesuai untuk orang dewasa, berfokuskan keselesaan, dan bertemakan Hello Kitty.

“Koleksi ‘Forever Hello Kitty’ adalah untuk menghargai peminat Hello Kitty, yang membesar dengan watak kegemaran itu yang mempunyai tempat istimewa dalam hati mereka. Kami berbesar hati menjadi pemegang lesen untuk Hello Kitty buat julung kalinya di bawah jenama anothersole, serta melancarkan kempen ikonik ini bagi meraikan kerjasama pertama antara jenama kami dengan Sanrio,”[U1]  kata pengasas anothersole, Benny Chee.

Anothersole dan Sanrio Perkenal Koleksi ‘Forever Hello Kitty’ yang Comel dan Menggamit Nostalgia

Hello Kitty Marshmallow (Hitam) dan Hello Kitty Mini Bag (Cream Night)

Rangkaian baharu tersebut boleh didapati di kedai dan secara dalam talian. Setiap produk bukan hanya direka dengan teliti untuk menonjolkan watak Hello Kitty, tetapi juga mengekalkan unsur klasik dan keselesaan, dan sesuai untuk penggayaan harian. Malah itu, kedai anothersole akan diserikan dengan hiasan yang bertemakan Hello Kitty, seperti stiker dan grafik lantai Hello Kitty yang menakjubkan serta mesej ‘Forever Hello Kitty’.[U2] 

Lebih menarik lagi, anothersole turut memperkenalkan penapis Instagram yang merangkumi unsur reka bentuk daripada koleksi ‘Forever Hello Kitty’. Ciri inovatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran jenama dengan melibatkan para peminat serta menggalakkan mereka untuk berkongsi hantaran tentang jenama itu di media sosial. Jadi, penapis ini turut berfungsi sebagai satu jemputan untuk menyertai komuniti ‘Forever Hello Kitty’ yang menyeronokkan.

Selain itu, pelanggan yang mengunjungi kedai anothersole sepanjang tempoh pelancaran bermula dari 24 Januari akan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang imersif. Peminat Sanrio dan anothersole juga digalakkan untuk menggunakan tanda pagar #anothersolemy dan #sanriomalaysia apabila berkongsi hantaran tentang koleksi ini di media sosial, bagi menyerlahkan gaya hidup mereka.

Susulan pelancaran kedai fizikal di Malaysia pada penghujung 2023 di Seibu TRX, pusat membeli-belah mewah Jepun, koleksi eksklusif ini melambangkan satu lagi pencapaian penting buat anothersole. Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan koleksi ‘Forever Hello Kitty’, layari https://intl.anothersole.com/.

© 2024 BlackButterfly DesignArts