Angkasawan Pertama Malaysia, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Memulakan Siri Jelajah IKEA ke Seluruh Negara, Sempena ‘Pendaratan’ Koleksi Angkasa Lepas Baharu IKEA

Koleksi baharu ini bertujuan menginspirasikan generasi peneroka angkasa lepas akan datang

Kuala Lumpur, 3 November 2023 – Ambil perhatian semua! Koleksi angkasa lepas baharu IKEA sudah bersedia mendarat di Malaysia! Koleksi AFTONSPARV bakal mengorbit gedung-gedung IKEA di seluruh negara, dengan penampilan khas angkasawan pertama Malaysia, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor serta aktiviti-aktiviti hebat yang menanti pelanggan di setiap perhentian!

Angkasawan Pertama Malaysia, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Memulakan Siri Jelajah IKEA ke Seluruh Negara, Sempena ‘Pendaratan’ Koleksi Angkasa Lepas Baharu IKEA

AFTONSPARV merupakan koleksi baharu untuk kanak-kanak daripada IKEA yang membawa keajaiban angkasa lepas ke rumah anda. Daripada permainan lembut hinggalah kepada kadbod kapal angkasa dan khemah roket, koleksi ini bertujuan mencetuskan imaginasi, kreativiti dan semangat pengembaraan dalam kalangan bakal angkasawan dan penjelajah muda.

Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys, berkata “Di IKEA, kami percaya cara terbaik untuk kanak-kanak belajar, membesar dan berkembang adalah melalui permainan – dan rumah adalah taman permainan mereka yang paling penting. Jadi, koleksi AFTONSPARV yang dihasilkan bersama dengan kolaborasi kanak-kanak kecil berumur tiga hingga tujuh tahun, menawarkan peluang tanpa had untuk permainan kreatif dan lakon peranan, yang kami harap akan menyemarakkan semangat dan cinta mereka terhadap angkasa lepas.”

Berilhamkan misinya untuk memupuk generasi peneroka angkasa lepas masa depan, IKEA Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar untuk satu siri jelajah ke seluruh negara. Angkasawan pertama Malaysia itu akan berkunjung ke gedung-gedung IKEA di seluruh negara untuk berkongsi pengalamannya tentang penerokaan angkasa lepas dengan pelanggan IKEA serta peminat angkasa lepas.

“Apakah cara lebih baik untuk kanak-kanak belajar tentang penerokaan angkasa lepas, kalau bukan secara langsung daripada rakyat Malaysia pertama yang telah pergi ke sana dan kembali? Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar untuk menawarkan pelanggan kami peluang unik ini, selaras dengan misi kami untuk menjana perubahan positif dalam kehidupan orang ramai melalui pengalaman baharu dan membantu mereka memiliki impian yang lebih besar,” tambah Pruys.

“Saya tidak sabar untuk bertemu rakyat Malaysia, termasuk ibu bapa dan anak-anak mereka di gedung IKEA di seluruh negara, dan saya teruja untuk bekerjasama dengan IKEA bagi menginspirasikan rasa cinta terhadap penerokaan angkasa lepas — yang sentiasa menjadi minat saya,” kata Dato’ Dr . Syeikh Muszaphar. “Imaginasi adalah pencetus yang memacu kita untuk bermimpi besar dan berusaha menggapainya. Dengan berkongsi pengalaman saya, saya berharap dapat menggalakkan anak-anak muda dan rakyat Malaysia, tidak kira di mana jua mereka berada, untuk mengejar minat mereka, baik besar mahupun kecil.”

Siri jelajah ini akan bermula dari 8 November 2023, dengan pelancaran rasmi di Aras 1 Pusat Beli-belah IPC dengan kerjasama IKEA Damansara pada jam 3:30 petang. Pengunjung juga boleh menyaksikan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar di IKEA di Cheras, Tebrau dan Batu Kawan pada tarikh-tarikh berikut:

  • 10 November pada jam 3:20 petang – IKEA Cheras
  • 19 November pada jam 3:30 petang – IKEA Tebrau
  • 25 November pada jam 3:45 petang – IKEA Batu Kawan

Koleksi AFTONSPARV

Koleksi AFTONSPARV menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka sifat ingin tahu mereka terhadap angkasa lepas, dengan reka bentuk yang mengutamakan kelestarian. Ia sejajar dengan komitmen IKEA untuk menghasilkan penyelesaian permainan yang lestari, selamat, dan menyeronokkan. Permainan lembut dalam koleksi angkasa lepas tersebut diperbuat daripada poliester kitar semula, manakala kadbod dalam khemah roket mengandungi sekurang-kurangnya 70% daripada bahan kitar semula.

Koleksi AFTONSPARV Ikea akan tersedia ada di gedung-gedung IKEA mulai 9 November 2023. Untuk lebih banyak penyelesaian permainan IKEA, sila layari ikea.my.  

© 2023 BlackButterfly DesignArts