Anchor Food Professionals Terus Mendorong Kebangkitan Negara Menerusi Kempen “Anchor Legendairy Dream Rewards”

Kempen Ini Membekalkan Sokongan kepada Para Pengguna serta Perusahaan F&B di Seluruh Malaysia

Kuala Lumpur, 30 September 2021 Anchor Food Professionals kembali dengan kempen Anchor Legendairy Dream Rewards” yang akan berlangsung dari 1 September hingga 31 Disember 2021. Tahun ini, kempen tersebut mengunjurkan sokongannya kepada lebih 1,300 perusahaan bakeri, restoran, dan kafe di seluruh Malaysia.

Berdasarkan kenaikan mendadak kegiatan digitalisasi dan pentingnya daya capaian pengguna dalam talian pada masa kini, Anchor Food Professionals mengambil peluang untuk memberi dukungan kepada para pengusaha perniagaan makanan tempatan untuk meluaskan lagi capaian digital mereka menerusi pelbagai inisiatif sosial dan digital.

Menurut Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan bagi Fonterra Brands Malaysia, Anchor Food Professionals sedar betapa pentingnya aspek keterlihatan sesebuah jenama di pentas dalam talian kerana pengguna kini lebih cenderung ke arah platform sosial dan e-dagang. “Wabak COVID-19 telah menjejaskan ramai pengusaha makanan tempatan, namun pada masa yang sama, ia juga telah membuka banyak peluang baharu. Digitalisasi antaranya, menawarkan kelebihan akses yang besar kepada entiti-entiti perniagaan masa kini bagi kemudahan para pengguna. Oleh itu, Anchor Food Professionals berhasrat  untuk membantu para pengusaha makanan tempatan dengan meningkatkan pengaruh digital mereka di seluruh negara menerusi kempen ini,” ujar Tan.

Anchor Food Professionals Terus Mendorong Kebangkitan Negara Menerusi Kempen “Anchor Legendairy Dream Rewards”

Selain memberi sokongan kepada pengusaha makanan pada waktu yang mencabar ini, Anchor Food Professionals turut menggandakan usaha kempennya menerusi peraduan berperingkat nasional. Para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik  bernilai sehingga RM100,000 bagi setiap resit yang dihantar. Untuk mengambil bahagian, pengguna hanya perlu membeli makanan atau minuman yang dilazatkan oleh produk Anchor dengan nilai minimum RM8, dan mengirimkan gambar resit menerusi laman web peraduan ini. Resit yang diperoleh daripada kedai makanan, perkhidmatan bawa pulang dan penghantaran oleh bakeri, restoran atau kafe yang terlibat dalam peraduan ini layak untuk dihantar. Menerusi peraduan ini, Anchor Food Professionals telah menjalin kerjasama dengan rangkaian perusahaan makanan tempatan serta bakeri, restoran, dan kafe yang terkemuka seperti Secret Recipe, The Coffee Bean and Tealeaf, US Pizza, RT Pastry, Daboba, Brew House, dan banyak lagi. Kini, pengguna dapat menikmati keenakan Anchor serta berpeluang memenangi hadiah menarik.

“Susulan daripada kejayaan kempen tahun lalu, kami sekali lagi ingin mengukir senyuman pada wajah rakan-rakan penaung serta pelanggan kami dengan hadiah-hadiah yang lebih menarik untuk dimenangi. Matlamat kami di Anchor Food Professionals adalah untuk menyediakan solusi-solusi yang bertepatan dengan situasi semasa, dan diiringi dengan harapan untuk menyuntik dorongan kepada masyarakat. Kami berharap kempen ini dapat menjadi sumber keceriaan serta mencungkil semangat perpaduan dalam kalangan kita dalam keadaan yang mencabar ini,” tambah beliau.

Para peserta yang berminat untuk menyertai peraduan ini boleh mendaftar masuk ke www.dreamwithanchor.com dan mengirimkan gambar resit mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini serta kempen “Anchor Legendairy Dream Rewards”, sila layari laman www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY dan www.instagram.com/anchorfp.my.

Anchor Food Professionals Terus Mendorong Kebangkitan Negara Menerusi Kempen “Anchor Legendairy Dream Rewards”
© 2024 BlackButterfly DesignArts