Amway Malaysia: Menitikberatkan Pengambilan Protein Secara Serius

Pakar Pemakanan mencadangkan keperluan tubuh badan yang sihat dan kuat bagi memupuk kesedaran sewaktu tempoh endemik

Kuala Lumpur, 24 November 2021 – Protein merupakan aspek yang penting dalam setiap diet pemakanan bagi menjana tenaga. Ini kerana ia merupakan makronutrien penting yang diperlukan oleh setiap sel dalam badan. Demi mengekalkan kesihatan yang baik serta meningkatkan sistem pertahanan semula jadi tubuh badan, ianya penting untuk kita memantau tabiat pemakanan harian. Pada masa kini, ianya amat penting untuk mengamalkan pengambilan protein yang mencukupi dalam usaha untuk kekal sihat. Masyarakat juga telah mula memberi penekanan kepada gaya hidup yang sihat.

Kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan[1] telah menunjukkan bahawa pengambilan protein rakyat Malaysia secara purata sebanyak 57g adalah lebih rendah berbanding jumlah pengambilan yang disarankan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia iaitu sebanyak 83g sehari. Masalah kekurangan protein boleh meningkatkan risiko penyakit kulit, rambut dan kuku serta masalah tulang rapuh, kehilangan otot dan jangkitan.

Amway Malaysia, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan, amat percaya kepada kepentingan pengambilan protein, keperluan untuk menguatkan sistem pertahanan badan serta kepentingan untuk mempraktikkan gaya hidup sihat. Amway Malaysia juga mensasarkan untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang keperluan untuk meningkatkan kadar pengambilan protein untuk kekal sihat dan kuat, di kala negara beralih ke peringkat endemik.

Baru-baru ini, Amway Malaysia telah mendedahkan bahawa 7 daripada 10 rakyat Malaysia telah mula mempunyai kesedaran untuk menjalani gaya hidup sihat serta mengambil berat tentang sumber pengambilan harian mereka sama ada ketika makan, minum mahupun sewaktu mereka menelan. Sebuah kajian Pengguna Amway Global yang dijalankan di kalangan 1,000 rakyat Malaysia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah berjaya membuat suatu perubahan positif sepanjang tempoh pandemik, seperti mengamalkan diet (53%), mengamalkan rutin kecergasan (55%), pengambilan multivitamin atau suplemen (56%) dan penjagaan diri (45%). Selain itu, sebanyak 74% pengguna di Malaysia juga telah melihat kebolehkesanan sebagai faktor penting yang mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan untuk membeli produk-produk kesihatan.

Hasil kajian tersebut menggambarkan bahawa rakyat Malaysia berjaga-jaga dengan pengambilan makanan mereka dalam usaha untuk kekal sihat serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan terjamin, lebih-lebih lagi semasa pandemik. Keperluan untuk mengambil tahu tentang sumber dan kandungan sesuatu produk memberi impak yang besar dalam mempengaruhi kepercayaan pengguna terhadap sesebuah syarikat.

Pakar pemakanan, Indra Balaratnam berkata “Kami perhatikan bahawa orang ramai telah mula menjalani kehidupan yang lebih baik semasa pandemik, di mana mereka, secara sendirinya telah mula belajar tentang ilmu nutrisi apabila menyedari bahawa betapa pentingnya untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Secara amnya, masyarakat lebih mengenali protein sebagai sebuah suplemen untuk pembinaan otot diikuti dengan senaman, dan dalam masa yang sama telah mengabaikan fungsinya untuk membaiki tisu badan, mengekalkan jisim otot serta menjana tenaga.

“Protein amatlah penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik. Manfaat-manfaatnya berkait dengan perkembangan tubuh badan, metabolisma, pemulihan, keseimbangan cecair serta kesihatan imun,” ujar beliau

“Bagi menjamin kadar pengambilan yang mencukupi, anda boleh mengambil makanan seperti daging, ikan, telur, produk tenusu, biji-bijian, kacang dan kekacang secara mudahnya. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil serbuk protein bagi melengkapi kekurangan protein, bergantung kepada keperluan badan anda.” tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, masyarakat harus kekal berwaspada walaupun Malaysia sedang beransur untuk mencapai kadar penuh vaksinasi serta pemansuhan sekatan perjalanan. Hal ini kerana, ianya penting untuk memastikan keadaan tubuh badan yang lebih kuat dan sihat. Sekiranya kita gagal untuk berbuat demikian, segala usaha yang dibina serta perubahan positif yang telah dilakukan akan menjadi sia-sia.

Walaupun tabiat hidup rakyat Malaysia kini telah beralih ke arah gaya hidup yang lebih berwaspada, namun terdapat juga di kalangan mereka yang masih menghadapi kesukaran untuk menyeimbangkan pengambilan nutrisi berikutan kepelbagaian makanan yang sedia ada.

Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei mengulas “Kita haruslah sentiasa peka akan keperluan tubuh badan kita disamping mempunyai kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini bagi memastikan kita mendapat nutrisi yang tepat. Amway berpegang teguh kepada pepatah, ‘Mencegah lebih baik daripada merawat’, sehubungan dengan itu, kami di Amway komited untuk memberi pendedahan kepada orang ramai dengan ilmu yang benar mengenai kesihatan dan gaya hidup sihat agar mereka dapat membuat keputusan yang bijak berkaitan dengan kesihatan dan keseimbangan gaya hidup mereka.

“Kami cenderung untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan dengan lebih baik serta membuat perubahan positif. Dilengkapi dengan maklumat yang tepat, keinginan untuk mengambil langkah-langkah positif serta akses kepada jenama-jenama suplemen protein seperti Nutrilite™, jenama suplemen protein No 1 di dunia,[2] pengambilan produk yang asli, selamat dan berkesan dalam melengkapkan pengambilan protein pengguna dapat dijamin. Tambahan lagi, produk-produk ini telah ditanam, dituai serta diproses di ladang organik Amway yang diperakui. Bersama, kita dapat melahirkan masyarakat yang sihat di samping membina negara yang lebih utuh,” ujar beliau

Bagi mempertingkatkan lagi kefahaman tentang protein serta kepentingan untuk mempunyai sistem ketahanan badan, Amway sedang mengorak langkah menganjurkan sebuah kempen kolaborasi bersama dengan pakar kesihatan, pakar pemakanan, influencer sosial dalam berkongsi tentang kepakaran dan pandangan mereka demi menggalakkan pengambilan kadar harian protein yang tepat. Amway juga akan menganjurkan sebuah sesi secara maya yang dikenali sebagai, “Start Your Day Right with A Healthier Drink” pada bulan Disember ini, di laman Facebook Amway. Sesi tersebut akan diulas  oleh panel-panel yang terdiri daripada pakar nutrisi, jurulatih kecergasan serta pakar pemakanan.


[1] National Health Morbidity Survey 2014: Malaysian Nutrition Survey (MANS): https://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2014-MANS-VOLUME-2-SurveyFindings.pdf

[2] https://www.euromonitor.com/amway-claims Source Euromonitor International Limited; Vitamins and Dietary Supplements, World GBN, Retail Value RSP, % breakdown, 2021.

© 2023 BlackButterfly DesignArts