AMWAY Bantu Pelajar Sekolah Kekal Sihat Dan Selamat

Kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan meneruskan usaha untuk memperkukuhkan sistem pertahanan badan kanak-kanak

Kuala Lumpur, 17 November 2021 – Pelajar sekolah dari PPR Desa Rejang Setapak telah menerima suplemen kesihatan untuk membina sistem pertahanan badan yang kuat berikutan dengan situasi semasa. Hal ini dapat dicapai apabila Amway Malaysia, sebuah syarikat kesihatan dan gaya hidup sihat menjalankan sebuah program bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Inisiatif ini bertujuan untuk mempertingkatkan sistem pertahanan badan kanak-kanak di samping memberi pendedahan kepada keluarga di bandar tentang kepentingan memperkukuhkan sistem pertahanan semulajadi dan perkembangan tumbesaran.

Seramai 100 kanak-kanak dari PPR Desa Rejang Setapak telah menerima sebanyak 200 produk suplemen kesihatan Nutrilite™ daripada Amway. Mereka juga akan terus menerima suplemen tersebut untuk tempoh 6 bulan.

“Kami berharap inisiatif ini dapat membantu memperkukuhkan sistem pertahanan semulajadi badan kanak-kanak dan perkembangan tumbesaran serta menyumbang ke arah kesihatan mereka secara keseluruhannya semasa pandemik. Pada ketika ini kanak-kanak sudah mula kembali ke sekolah, pelancaran pelan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masih belum dimuktamadkan, jadi kita masih perlu berjaga-jaga dan melindungi anak-anak kita. Meskipun mereka telah divaksinasi, mereka masih perlu mempunyai sistem pertahanan badan yang kuat,” tambah Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Berpandukan pada visi kami untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih baik, Amway percaya akan kepentingan untuk menyokong dan membuat perubahan dalam kehidupan masyarakat setempat, terutamanya di lokasi Amway beroperasi. Amway turut komited dengan kerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu menyokong komuniti PPR dalam usaha untuk membina masyarakat yang sihat,” tambahnya lagi

Sepanjang November 2021, Malaysia telah merekodkan lebih daripada 340,000 kes COVID-19 kanak-kanak, dan ini mendatangkan kerisauan tentang kesan pandemik dalam jangka masa panjang terhadap kesihatan dan perkembangan tumbesaran kanak-kanak. Kerjasama Amway dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ini amat relevan bagi memastikan kanak-kanak kekal sihat dan selamat.

“Kami berbesar hati atas sokongan yang diberikan oleh Amway Malaysia kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam usaha kami untuk menjaga kebajikan kanak-kanak ini lebih-lebih lagi pada masa sekarang, di mana mereka harus hadir ke sekolah secara fizikal namun keselamatan mereka tidak terjamin. Kami percaya dengan mempertingkatkan sistem imun kanak-kanak, ianya akan mendatangkan kebaikan kepada kesihatan mereka secara menyeluruh,” kata Che Samsuzuki bin Che Noh, Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat.    

Program perintis ini melibatkan 35 buah keluarga daripada PPR Desa Rejang Setapak. Semasa pembentangan berkenaan suplemen kesihatan Nutrilite™ berlangsung, pasukan Amway telah berkongsi mengenai kepentingan membina imun yang lebih kuat dan ilmu pemakanan yang lebih sihat bagi mengurangkan risiko jangkitan.

AMWAY Bantu Pelajar Sekolah Kekal Sihat Dan Selamat
Siti Rozaini Binti Hassan (centre) and her children who received the Nutrilite health supplement package.

“Saya berbesar hati atas bimbingan yang diberikan oleh Amway Malaysia dalam membantu kami menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sewajarnya. Inisiatif untuk memberikan perlindungan tambahan kepada anak-anak kami dengan produk yang dipercayai serta memastikan mereka mempunyai sistem pertahanan badan yang kukuh dalam menjalani kehidupan menjangkau pandemik amatlah dihargai. Terasa bagus apabila kami tahu ada yang mengambil berat tentang diri kami,” kongsi Siti Rozaini Binti Hassan, ibu yang berumur 39 tahun dari PPR Desa Rejang Setapak..

AMWAY Bantu Pelajar Sekolah Kekal Sihat Dan Selamat
Fazila (centre) from PPR Desa Rejang Setapak and her children who are benefitting from the presentation of Nutrilite health supplements.

“Saya amat bimbang dengan anak saya yang apabila dia harus kembali semula ke sekolah. Dengan sokongan membantu meningkatkan imuniti anak saya, saya berasa lega kerana dia  mendapat perlindungan yang baik. Terima Kasih Amway kerana membantu kami”, kata Fazilah  ibu yang berumur 39 tahun dari PPR Desa Rejang Setapak.

Formula Sepanjang Hari Nutrilite Bio C Plus, Minuman Nutrilite Botanical Campuran Ceri Bersama  Likuoris & Kunyit, dan Nutrilite Kids Gula-Gula Berperisa Dengan DHA adalah antara beberapa suplemen kesihatan Nutrilite™ yang dibentangkan. Produk-produk ini telah dijamin tulen, selamat dan berkesan kerana semua bahan-bahan di dalam rangkaian produk Nutrilite™ telah dikesan. Justeru itu, pengguna dapat mengetahui tentang asal usul suplemen pemakanan mereka dan bagaimana ianya dihasilkan.

Amway telah berkolaborasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak tahun 1980-an. Syarikat Amway juga telah memberikan dana projek sebanyak RM555,000 untuk membina enam buah rumah anak angkat di Kuala Selangor. Sejak itu, Amway dan Jabatan Kebajikan Masyarakat terus bekerjasama dalam beberapa projek iaitu Program ‘One by One’, Projek ‘HeadSTART’ dan banyak lagi inisiatif sosial korporat untuk membantu keluarga terkesan dalam sesebuah komuniti.

© 2023 BlackButterfly DesignArts