Amorepacific Bekerjasama Dengan SJMC Untuk Program CSR 2022 Makeup Your Life

Kuala Lumpur,  1 Ogos 2022 – Amorepacific Malaysia, yang memiliki jenama kosmetik popular seperti Laneige, Sulwhasoo, Innisfree, Ryo dan Mise En Scene, akan bekerjasama dengan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) untuk program tanggungjawab sosial (CSR) ‘makeup your Life’ pada tahun ini.

Melalui program ini, Amorepacific Malaysia akan menawarkan pendidikan mengenai solekan dan penjagaan kulit untuk membantu pesakit kanser mencantikkan diri dan mendapat semula keyakinan diri semasa mereka menangani perubahan penampilan fizikal akibat rawatan kanser.

Pengurus Negara Amorepacific Malaysia, Margaret Chin berkata program itu bertujuan membantu pesakit kanser bangkit semula kehidupan harian mereka dengan penuh keyakinan melalui pelbagai petua dan produk solekan.

“Kemahiran solekan yang dipelajari daripada ‘makeup your Life’ apabila diamalkan boleh membantu meningkatkan keyakinan diri pesakit kanser. Kami memahami perasaan wanita yang terpaksa melalui perubahan penampilan fizikal mereka akibat rawatan. Kami berharap inisiatif ini akan membantu membuat perubahan dalam kehidupan mereka yang terjejas,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SJMC, Bryan Lin, menyatakan sokongannya terhadap inisiatif dan kerjasama ini dengan Amorepacific Malaysia.

“Sokongan emosi adalah sama penting dalam rawatan untuk pesakit kanser kami. Diiktiraf atas kepakaran dan kepimpinannya dalam pengurusan kanser, Pusat Kanser dan Radiosurgeri SJMC mengamalkan pendekatan holistik dan merupakan pusat kanser sehenti yang direka untuk menyediakan penjagaan hujung ke hujung yang memfokuskan pesakit.”

“Oleh itu, program ini melengkapkan rawatan sokongan pusat kami dalam menawarkan pendidikan dan sokongan yang diperlukan pesakit kanser untuk meringankan banyak aspek kehidupan seharian serta mengingatkan mereka bahawa mereka masih cantik walaupun berdepan cabaran,” kata Lin.

Program ‘makeup your Life’ tahun ini menyasarkan untuk mendekati 160 pesakit kanser di SJMC. Beberapa bengkel ‘makeup your Life’ akan dijalankan antara Ogos dan Disember 2022 bersempena dengan ulang tahun SJMC yang ke-37.

Program ‘makeup your Life’ adalah sebahagian daripada komitmen ‘2030 A MORE Beautiful Promise’ oleh Amorepacific. Syarikat itu melabur KRW100 bilion menjelang 2030 untuk menyokong kebebasan kewangan kumpulan yang terdedah dari segi sosial dan untuk memperkasakan rakyat untuk menjalani kehidupan lebih sihat dan mampan. Dilaksanakan terutamanya di Korea dan China, inisiatif ini bertujuan membantu mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kehidupan pesakit kanser wanita.

Di kedua-dua wilayah ini, inisiatif ini meliputi pendidikan pencegahan dan langkah saringan untuk membiayai pembedahan untuk wanita yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah. Dengan menyertai pergerakan yang diketuai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) yang dipanggil ‘Every Woman Every Child’, Amorepacific juga melaksanakan tanggungjawabnya sepenuhnya sebagai warga global yang bertanggungjawab, sekali gus menyumbang kepada A MORE Beautiful World. ‘makeup your Life’ ialah acara pendidikan yang penuh keseronokan yang akan merangkumi kelas penjagaan kulit dan solekan serta petua kesihatan oleh profesional penjagaan kesihatan.  Program ‘makeup your Life’ telah dijalankan sejak 2008 bermula dengan Korea Selatan dan kemudiannya diperluaskan ke wilayah lain termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Singapura, Thailand dan Malaysia.

© 2023 BlackButterfly DesignArts