Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 – AmanahRaya Real Estate Investment Trust (“AmanahRaya REIT”) hari ini mengumumkan bahawa Pemegang Amanahnya, Pacific Trustees Berhad, telah menandatangani perjanjian penyewaan jangka panjang dengan ALFA International College Sdn Bhd (“ALFA”) untuk hartanahnya di Subang Jaya, Selangor.
Perjanjian dengan ALFA bertepatan dengan tamatnya perjanjian penyewaan dengan Kolej Segi pada 28 Februari 2024. Ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi AmanarahRaya REIT dalam usahasama dengan institusi terkenal dengan program seni cemerlang yang berada di antara institusi pendidikan pilihan di Malaysia.
Perjanjian penyewaan dengan ALFA merangkumi tempoh sewaan selama 18 tahun pada pengaturan sewaan bersih dan dijangka mula beroperasi pada suku keempat tahun ini.
Hartanah ini terletak di kawasan perniagaan komersial Subang Jaya di USJ1, kira-kira 15 kilometer barat daya pusat bandar Kuala Lumpur. Ia mempunyai bangunan 12 tingkat yang dibina khas untuk tujuan pendidikan dan adalah pegangan bebas.
Data Utama Hartanah | |
Keluasan tanah | 51,957 kaki persegi |
Keluasan Sewa Bersih | 131,387 kaki persegi |
Pengarah Urusan AmanahRaya Kenedix REIT Sdn Bhd yang merupakan Pengurus kepada AmanahRaya REIT, Yang Mulia Tunku Rozita, berkata, ‘kami sangat teruja untuk mengalu-alukan ALFA sebagai penyewa jangka panjang baharu kami. Reputasi mereka sebagai institusi pendidikan yang berkualiti adalah sejajar dengan visi kami. Kami yakin ia akan menyumbang dengan ketara kepada kejayaan hartanah ini serta meningkatkan pendapatan harta bersih AmanahRaya REIT. Hartanah itu dijangka menjana aliran pendapatan yang konsisten dengan pengembalian sewa positif setiap 3 tahun, yang akan memberi manfaat kepada Pemegang Unit.
Tunku Rozita menambah, ‘kami ingin terus mengekalkan aset tersebut sebagai asas pendidikan dan sumbangan kepada elemen social serta pada masa yang sama melaksanakan strategi pengagihan semula aset untuk meningkatkan Agihan Seunit (DPU) dan harga saham kami, masing-masing.’
Sehingga kini, AmanahRaya REIT menyelia portfolio merangkumi 11 hartanah di seluruh negara, meliputi sektor pendidikan, pejabat, perindustrian, peruncitan, hospitaliti dan kesihatan.