Allianz Malaysia dan Universiti Malaya Lancarkan Allianz Centre for Governance  

Allianz Malaysia dan Universiti Malaya Lancarkan Allianz Centre for Governance  

Kuala Lumpur, 10 December 2024 – Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) dan Universiti Malaya (UM) hari ini melancarkan Allianz Centre for Governance (ACFG), sebuah inisiatif strategik untuk menjalankan penyelidikan mengenai tadbir urus dan bidang berkaitan.

Terletak di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi di UM, pusat itu akan berfungsi sebagai platform utama untuk penyelidikan akademik dan penglibatan awam, dengan tumpuan untuk mengukuhkan integriti perniagaan dan menyokong pembaharuan dalam amalan tadbir urus.

Pelancaran tersebut yang bertepatan dengan Hari Anti Rasuah Antarabangsa yang jatuh pada 9 Disember  berlangsung di Perpustakaan Memorial Za’ba di UM.

Allianz Malaysia dan Universiti Malaya Lancarkan Allianz Centre for Governance  

“Inisiatif ini mencerminkan pemahaman kami bahawa organisasi besar seperti Allianz mesti memimpin melalui teladan, bekerjasama dengan kerajaan, perniagaan, masyarakat beradab dan media untuk mencipta perubahan yang bermakna,” kata Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Allianz Asia Pasifik.

Sebelum penubuhan Pusat tersebut, Allianz Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam organisasi untuk menyokong tadbir urus yang baik dan membanteras amalan tidak beretika dalam industri, termasuk:

  • Allianz Road Rangers: Dilancarkan pada 2017, inisiatif ini memastikan proses tuntutan yang adil dan telus untuk pelanggan insurans motor, melindungi mereka daripada amalan eksploitatif dan mengurangkan risiko penipuan insurans motor.
  • Rombakan Panel Bengkel: Pada 2020, Allianz Malaysia menjalankan proses tender terbuka untuk memilih pembaik kereta yang bertauliah, meningkatkan ketelusan dan piawaian perkhidmatan dalam proses tuntutan motor.
  • Kerjasama dengan RasuahBusters: Allianz Malaysia menjadi rakan gabungan dengan RasuahBusters, sebuah gerakan akar umbi yang berdedikasi untuk memerangi rasuah di Malaysia, seterusnya menunjukkan komitmennya terhadap integriti dan amalan perniagaan yang beretika.

“Dengan pelancaran Allianz Centre for Governance hari ini, kami mengambil langkah berani seterusnya dengan menginstitusikan usaha kami. Penyelesaian yang didorong oleh penyelidikan, berteraskan data dan analisis pakar, jauh lebih berkemungkinan membawa kepada langkah anti rasuah yang berkesan daripada dasar reaktif berdasarkan tekanan politik atau sentimen popular,” kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia.

ACFG ialah kerjasama tiga tahun dengan UM dan menandakan sebuah peristiwa penting dalam komitmen berterusan Allianz Malaysia terhadap amalan perniagaan beretika dan pematuhan kepada standard tertinggi integriti korporat.

© 2024 BlackButterfly DesignArts