Nikmati Kelazatan Premium dan Citarasa Unggul yang Pasti Memikat Selera Anda!
Kuala Lumpur, 3 Disember 2024 – Berita baik untuk para penggemar roti! Sunshine Bakeries dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran siri baharu Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk, yang membawa lebih banyak kenikmatan untuk para penggemar roti. Susulan kejayaan Hokkaido Milk Cream Cheese yang digemari ramai, siri ini kini menawarkan lima perisa hebat yang menjanjikan kemewahan aroma susu dan rasa berkrim yang pasti memikat selera anda.
Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk dikenali kerana teksturnya yang lembut dan kelazatan krimnya yang diadun sempurna, ia berjaya menawan hati semua penggemar roti. Didorong oleh permintaan yang semakin meningkat terhadap citarasa autentik dari Jepun, Sunshine Bakeries terus memenuhi selera pengguna, dengan menggunakan ramuan susu diperolehi daripada lembu yang dipelihara dalam persekitaran yang bersih di Hokkaido, Jepun. Terkenal dengan kualitinya yang unggul, roti premium ini pasti memberikan pengalaman yang serba mewah setiap kali anda menikmatinya.
Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk menampilkan inti krim yang diperbuat daripada susu Hokkaido terbaik, memberikan kenikmatan yang tiada tandingannya. Roti yang gebu lagi berkrim ini pasti larut di dalam mulut anda, mengubah persepsi anda tentang hidangan ringan dengan rasanya yang lebih enak dan memuaskan.
Siri Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk yang telah diperluaskan kini menampilkan lima perisa enak, di mana setiap satu dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan diperkaya dengan kemewahan susu Hokkaido:
Tidak kira sama ada anda mengidamkan sesuatu yang manis, berkrim, atau sedikit rasa kacang, siri Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk pasti dapat memenuhi selera semua orang — membolehkan anda menikmati citarasa premium dengan mudah dan menyelerakan.
Rangkaian Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk Sunshine Bakeries yang telah diperluaskan ini ideal untuk golongan profesional yang sentiasa sibuk, pelajar, keluarga, dan juga kanak-kanak yang mahukan snek premium untuk melapis perut. Diperakui Halal dan mengandungi 0% lemak trans, roti ini memberikan nikmat yang lebih sihat tanpa menjejaskan rasa. Kini, para pengguna boleh menikmati citarasa dari Hokkaido, tidak kira di mana mereka berada, dengan Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk Sunshine Bakeries!
Selain daripada Roti Berkrim SIGNATURE, Sunshine Bakeries turut menawarkan pelbagai pilihan roti yang menyelerakan, termasuk Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD, Roti Susu Hokkaido, Roti Mil Penuh 100% Australian Oat, dan Roti Soft White. Setiap roti dihasilkan secara teliti dan padat dengan kebaikan khasiat. Sunshine Bakeries turut menampilkan 2 pilihan varian perisa roti berkrim berkhasiat yang lain iaitu Cookies & Cream dan Creamy Vanilla, yang diperbuat menggunakan ramuan terbaik yang diperolehi dari seluruh dunia.
Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk kini boleh didapati di semua pasar raya dan kedai serbaneka utama di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba roti ini dan menikmati rasa premium dengan perisa hebat yang ditawarkannya.
Belum cuba, belum tahu! Alami kenikmatan Roti Berkrim SIGNATURE Signature Hokkaido Milk Sunshine Bakeries hari ini dan rasai tahap keenakan yang lebih tinggi. Sila layari laman sesawang Sunshine Bakeries, atau ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut!