Hanya RM1 untuk Menaiki Belon Udara Panas dengan ‘Rakan Cashless’ Karnival Jom Heboh
Putrajaya, 28 Jun 2022 – DuitNow, inisiatif kebangsaan yang disokong oleh PayNet bagi memodenkan sistem pembayaran runcit dan memacu inovasi e-Pembayaran di Malaysia, menawarkan pengalaman sekali dalam seumur hidup kepada mereka yang suka aktiviti yang mencabar iaitu peluang untuk menaiki belon udara panas, tinggi di ruang udara Putrajaya semasa Karnival Jom Heboh – DuitNow.
Dengan pembayaran hanya RM1, melalui DuitNow QR, para pengunjung boleh menikmati pengalaman menaiki belon udara panas. Mula beroperasi dari 8:00 pagi hingga 11:00 pagi dan 6:00 petang hingga 9:00 petang pada 25 dan 26 Jun, belon udara panas ini akan naik terapung ke udara dari tapak karnival di Anjung Floria.
DuitNow menyasar untuk menunjukkan betapa mudah menggunakan perkhidmatannya untuk urus niaga kecil. Tahap keserasian DuitNow QR yang tinggi membolehkan pengguna mengimbas dan membayar dengan mana-mana perbankan mudah alih atau e-Dompet. Para peniaga dan pengguna boleh berurus niaga dengan mudah menggunakan satu kod DuitNow QR sahaja.
Pengarah Pembayaran dan Perkhidmatan Runcit PayNet, Khairuan Abd Rahman berkata, “DuitNow berasa amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Karnival Jom Heboh sebagai ‘Rakan Cashless Jom Heboh’. Kod QR adalah penyumbang utama dalam memacu ekonomi tanpa tunai, yang didorong peningkatan penggunaan e-Pembayaran oleh segenap lapisan masyarakat, terutamanya di kalangan golongan B40. Sebagai peneraju utama inisiatif ini, dan memandang aktiviti e-Dagang dan peruncitan berbilang saluran kini sudah menjadi suatu kebiasaan, adalah penting untuk DuitNow memastikan bahawa setiap titik sentuh para peniaga diterapkan ke dalam kehidupan seharian kita.”
Selain daripada menikmati pengalaman menaiki belon udara panas, orang ramai juga boleh menikmati pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan di khemah PayNet DuitNow, termasuk aktiviti belon buih, lukisan muka dan sudut Instagram, sesuai untuk merakamkan detik berharga bersama keluarga. Seterusnya, DuitNow merancang untuk membawa belon udara panas tersebut dan aktiviti-aktiviti yang selainnya ke negeri-negeri lain selepas Putrajaya.