Penuhi citarasa anda dengan gabungan perisa yang menambat selera!
Malaysia, 18 Oktober 2023 – Bersedia untuk menikmati ”Cheesy Garlic Sensation”! Hidangan baharu dengan gabungan sempurna keju dan bawang putih khas untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.
Terkenal sebagai restoran yang sentiasa menyediakan “sesuatu yang berbeza”, kali ini, Marrybrown menghidangkan pelbagai pilihan yang menyelerakan. Menu baharu ini menghidangkan pilihan menambat selera termasuk Double Cheesy Garlic Chicken Burger, Cheesy Garlic Chicken, Cheesy Garlic Chicken Meatballs, Triple Cheesy Bowl, Jejari Keju, dan Pai Mangga.
“Marrybrown dengan konsistennya telah menjadi salah satu restoran perkhidmatan pantas yang digemari oleh rakyat Malaysia, dan dedikasi kami untuk memenuhi permintaan para pelanggan dengan menyediakan pilihan menu yang inovatif merupakan satu keutamaan. Kami peka akan citarasa rakyat tempatan yang sentiasa menantikan sesuatu yang baharu demi pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan. Oleh itu, kami memperkenalkan Cheesy Garlic Sensation – kombinasi perisa yang melazatkan!” kata Dato’ Joshua, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Menu baharu ini didatangkan dengan pembuka selera, Cheesy Garlic Chicken Meatballs, yang pasti akan memikat cita rasa pelanggan. Bebola daging ayam keju yang dilimpahi dengan kuah pekat yang menyelerakan, bersama sos bawang putih untuk gabungan sensasi yang sempurna! Penggemar MB boleh menikmati hidangan ini dalam bentuk kombo yang dihidangkan bersama Coca-Cola, bermula harga dari RM21.99. Bagi penggemar keju, hidangan Triple Cheesy Bowl yang bermula harga dari RM17.50 boleh juga dijadikan pilihan! Hidangan ini digabungkan dengan kentang lenyek, jejari keju, dan bebola daging, yang dilimpahi dengan kuah pekat, keju dan sos bawang putih.
Bagi penggemar yang inginkan hidangan yang mengenyangkan, pilihlah kombo Double Cheesy Garlic Chicken Burger yang disempurkan dengan patty ayam bersama dengan dua jejari keju mozarela yang digoreng rangup dan dilimpahi dengan sos bawang putih, bermula harga dari RM22.99. Bagi mereka yang menginginkan kelainan, nikmatilah Kombo 2-pc Cheesy Garlic Chicken yang didatangkan dengan Ayam Rangup MB yang bersalut keju dan sos bawang putih, harga bermula dari RM23.99. Bagi mereka yang inginkan pilihan lengkap, nikmatilah Cheesy Garlic Chicken Box Meal yang didatangkan dengan 1 ketul Cheesy Garlic Chicken dan Double Cheesy Garlic Chicken Burger, bermula harga dari RM27.50. Hidangan kombo disediakan dengan kentang goreng dan Coca-Cola.
Sempurnakan hidangan anda dengan Pai Mangga MB! Dapatkan pencuci mulut istimewa ini pada harga tambahan RM4.50 apabila memesan mana-mana hidangan kombo. Bagi penggemar keju, nikmati 3 Jejari Keju hanya dengan harga tambahan RM7.90.
“Kami tidak sabar untuk menerima maklum balas positif daripada pelanggan dalam menerima keterujaan setelah menikmati keenakan hidangan terbaharu ini. Sekaligus menjadikan hidangan ”Cheesy Garlic Sensation” sebagai menu kegemaran mereka. Kami di MB akan terus berinovasi untuk menyediakan pengalaman pemakanan yang terbaik dan akan memperkenalkan banyak lagi pilihan menu yang baharu dalam masa terdekat ini,” kata Dato’ Joshua.
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.