AKHIRI TAHUN INI DENGAN PROMOSI TRIO BONANZA SALE-BRATIONS 2023 ANJURAN LG MALAYSIA

AKHIRI TAHUN INI DENGAN PROMOSI TRIO BONANZA SALE-BRATIONS 2023 ANJURAN LG MALAYSIA

Nikmati tawaran eksklusif untuk produk LG yang dapat mempertingkatkan gaya dan keselesaan rumah anda!

Kuala Lumpur, 28 November 2023 – LG Malaysia bersedia untuk mengakhiri tahun ini dengan menganjurkan promosi Trio Bonanza Sale-Brations 2023 yang sangat dinanti-nantikan! Promosi yang berlangsung di seluruh negara dari sekarang hingga 31 Disember 2023 ini menjanjikan tawaran yang luar biasa kepada rakyat Malaysia untuk menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh keselesaan dan positif.

Sempena promosi Trio Bonanza Sale-Brations, para pelanggan boleh melawati pengedar sah LG terdekat dan berpeluang menerima rebat yang besar mencecah hingga RM2,000 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go eWallet atau kredit S Pay Global[1] dengan pembelian produk LG terpilih[2] seperti TV LG OLED yang terkemuka, LG CordZero™ yang terbaharu, LG WashTower™, dan Peti Sejuk LG InstaView™. Di samping itu, pelanggan boleh meningkatkan penjimatan mereka dengan rebat tambahan hingga RM400 apabila mereka membeli dua atau lebih produk LG terpilih[3] daripada kategori yang berbeza, dengan nilai minimum RM4,000 dalam satu resit.

“Di LG Malaysia, kami berdedikasi untuk mewujudkan pengalaman Life’s Good untuk pelanggan kami. Sempena mengakhiri tahun 2023, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan yang telah diberikan. Matlamat promosi Trio Bonanza Sale-Brations adalah untuk mewujudkan keselesaan dan kegembiraan dalam kehidupan pelanggan kami sempena kita menutup tirai tahun 2023 serta mengalu-alukan ketibaan 2024 dengan penuh semangat,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia.

“Trio Bonanza Sale-Brations juga mencerminkan komitmen LG Malaysia untuk menyediakan peralatan rumah yang canggih kepada isi rumah Malaysia. Matlamat utama kami adalah untuk memastikan setiap kediaman di negara ini dilengkapi dengan peralatan yang terbaik untuk gaya hidup yang dipertingkatkan.”

Untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet atau kredit S PAY GLOBAL, lengkapkan borang penyerahan dalam talian di https://www.lg.com/my/promotions/lgrewards-trio-bonanza-yes-2023 sebelum 11.59 malam pada 31 Januari 2024.

Sertai LG dalam meraikan penutupan tahun 2023 dengan keselesaan dan kegembiraan. Untuk maklumat lanjut tentang LG dan promosi mereka, sila layari lawan web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di  https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk maklumat, berita, dan promosi terkini.

© 2023 BlackButterfly DesignArts