AirTrunk Membuka Pusat Data Sedia AI di Malaysia Bagi Mempercepat Peralihan Inovasi dan Tenaga

Majlis perasmian JHB1 dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan Malaysia

AirTrunk Membuka Pusat Data Sedia AI di Malaysia Bagi Mempercepat Peralihan Inovasi dan Tenaga

Sydney | Johor Bahru, 30 Julai 2024 – Pakar pusat data hiperskala Asia Pasifik & Jepun (APJ), AirTrunk telah memulakan operasi di Malaysia dengan pembukaan rasmi pusat data hiperskala 150 megawatt (MW)  di Johor Bahru, dinamakan AirTrunk JHB1 (JHB1).

Syarikat ini telah mengadakan upacara pembukaan rasmi yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan Australia serta rakan kongsi utama AirTrunk, termasuk YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke. Turut hadir tetamu kehormat dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Invest Johor, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.

Fasa permulaan JHB1 akan menyediakan lebih 50MW kapasiti untuk pelanggan syarikat teknologi terkemuka. Pembangunan itu telah disiapkan dalam masa lebih 4 juta jam perkerjaan tanpa sebarang insiden keselamatan yang besar, memperkukuhkan komitmen seluruh syarikat AirTrunk untuk mengekalkan tahap keselamatan tertinggi di tapak pembinaannya.

Meliputi kawasan melebihi 10.3 hektar, JHB1 terletak di Johor Bahru, lokasi yang strategik di hujung selatan Semenanjung Malaysia. Menyediakan zon ketersediaan awan utama, pusat data ini menawarkan sambungan domestik dan antarabangsa padu kepada hab teknologi serantau termasuk jiran Singapura dengan strategi sambungan rentas sempadan hujung ke hujung.

AirTrunk Membuka Pusat Data Sedia AI di Malaysia Bagi Mempercepat Peralihan Inovasi dan Tenaga

Seiring dengan reka bentuk kuasa rendah industri Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) sebanyak 1.15, menjadikannya salah satu pusat data paling efektif di negara ini. Kemudahan tercanggih baharu ini menampilkan reka bentuk sedia AI di samping  menerajui  teknologi penyejukan cecair terus ke cip dengan gabungan penyejukan penyejatan tidak langsung (IEC) tradisional serta rak berketumpatan tinggi. Pendekatan perintis ini mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 23 peratus. Syarikat ini juga melancarkan pendekatan penyejukan cecair pada Julai 2024, selepas lima tahun penyelidikan dan pembangunan.

Dengan tumpuan untuk mempercepatkan peralihan tenaga dan menyokong keberkesanan tenaga, AirTrunk telah bekerjasama dengan syarikat utiliti Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menghubungkan JHB1. Ini adalah susulan daripada MOU dengan TNB yang ditandatangani pada 2023 yang menyaksikan kedua-dua syarikat memajukan peralihan tenaga di rantau ini.

Awal tahun ini, AirTrunk juga telah mengumumkan Perjanjian Pembelian Kuasa Maya tenaga boleh diperbaharui pertama untuk pusat data untuk30MW tenaga boleh diperbaharui, bersama pemaju ib vogt, di bawah Program Tenaga Hijau Korporat Malaysia. Peruntukan ini adalah tahap maksimum yang tersedia untuk pembangun individu dengan peminjam terjamin. JHB1 juga dilengkapi dengan tenaga solar yang mampu menyediakan lebih 1MW kuasa untuk fasa ini, menjadikannya salah satu penempatan solar di tapak terbesar untuk pusat data di Asia Tenggara.

“Dengan komitmen terhadap inovasi dan pertumbuhan mampan, digabungkan pula dengan program pelaburan dalam ketersediaan tenaga dan elektrik boleh diperbaharui, Malaysia pantas menjadi hab teknologi utama di rantau Asia Pasifik & Jepun. Melalui pelaburan jangka panjang kami di Malaysia, kami dapat menyokong pelanggan kami apabila mereka berkembang dengan pesat dan melaksanakan penyelesaian perintis seperti penyejukan cecair berskala besar untuk memangkinkan pembangunan awan dan AI yang mampan.”

Ketua AirTrunk Malaysia Pei Jet Lim berkata: “AirTrunk menyumbang secara positif kepada ekonomi tempatan dengan memberi sokongan dan membangunkan bakat tempatan serta menyediakan infrastruktur digital yang penting. Pusat data baharu ini menyokong pertumbuhan rancak awan dan AI, dan ianya sejajar dengan inisiatif Kerajaan MADANI untuk membangunkan hab AI di negara ini. Kami memberi komitmen jangka panjang untuk terus melibatkan diri dengan komuniti tempatan dalam membina ekosistem AI penuh di Malaysia. Permintaan jangka panjang dan boleh diramal daripada JHB1 juga menyediakan kestabilan bagi menyokong pelaburan dalam grid tenaga dan memulakan pelbagai pembangunan tenaga hijau.”

JHB1 adalah sebahagian daripada platform pusat data Asia Pasifik & Jepun terkemuka AirTrunk yang terdiri daripada 11 pusat yang menawarkan lebih daripada 1.4 gigawatt (GW) jumlah kapasiti untuk menyokong peningkatan permintaan daripada syarikat teknologi terkemuka global di rantau ini.

© 2024 BlackButterfly DesignArts