Airbnb berkongsi bahawa tetamu dari Malaysia teruja untuk melawat Jepun

Tinjauan YouGov menunjukkan bahawa 85 peratus rakyat Malaysia yang ditinjau berminat untuk melancong ke Jepun berikutan negara itu menamatkan sekatan ke atas pelancong dari luar negara pada 11 Oktober
Airbnb mendedahkan 10 penginapan Jepun yang paling digemari di seluruh dunia pada bulan September ini

Kuala Lumpur, 20 Disember 2022 Menjelang cuti hujung tahun dan dengan tarikan perjalanan tanpa memerlukan visa ke Jepun, rakyat Malaysia mula bersiap sedia untuk percutian musim sejuk impian mereka di Jepun. Menurut tinjauan Airbnb baru-baru ini, 85 peratus daripada rakyat Malaysia yang ditinjau berhasrat untuk mengembara ke Jepun apabila mereka mampu, dengan 2 daripada 3 orang ingin melawat destinasi di luar bandar-bandar utama negara ini.*

Airbnb turut mendedahkan destinasi Jepun yang paling banyak dicari oleh pengembara global di platform ini:**

  1. Osaka
  2. Tokyo
  3. Shinjuku
  4. Shibuya
  5. Fukuoka
  6. Kyoto
  7. Taito
  8. Sapporo
  9. Okinawa
  10. Niseko

Daripada pengembaraan ski di hutan Nagano yang tenang kepada bangunan bergaya di tengah-tengah kesibukan Tokyo, atau rumah warisan klasik  di sekitar pepohon ceri dan kuil di Honshu — Jepun sering menjadi destinasi utama dalam senarai impian pengembara antarabangsa.

Amanpreet Bajaj, Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, berkata, “Kami amat mengalu-alukan penamatan sekatan perjalanan ke Jepun, kerana ia merupakan destinasi yang sangat popular dalam senarai impian rakyat Malaysia, dan kami tahu ramai yang teruja untuk merancang percutian bagi musim perayaan akhir tahun dan tahun depan.”

Sama ada anda suka berendam di dalam tab mandi air panas sambil menikmati pemandangan Tasik Nojiri yang menakjubkan atau penginapan idaman pencinta manga di tengah-tengah Kyoto, Airbnb telah mengumpulkan senarai 10 penginapan Jepun yang paling digemari di seluruh dunia untuk membantu anda memulakan perancangan percutian ideal anda untuk bulan Disember ini dan seterusnya. ***

Untuk keajaiban musim sejuk dikelilingi alam semula jadi

Airbnb berkongsi bahawa tetamu dari Malaysia teruja untuk melawat Jepun

Bagi mereka yang mencari tradisi lama

Airbnb berkongsi bahawa tetamu dari Malaysia teruja untuk melawat Jepun

Untuk yang berjiwa minimalis

Airbnb berkongsi bahawa tetamu dari Malaysia teruja untuk melawat Jepun

Untuk merealisasikan fantasi zaman kanak-kanak

Airbnb berkongsi bahawa tetamu dari Malaysia teruja untuk melawat Jepun

Sempena cuti akhir tahun ini, Airbnb juga telah mengumumkan kerjasama baharu yang menarik dengan MUJI Jepun untuk mengubah suai kediaman kosong, deretan kedai dan hartanah milik kerajaan untuk memacu jenis penginapan perjalanan baharu dan kreatif di bandar-bandar di seluruh negara. Sebagai permulaan, kedua-dua pihak akan mengubah suai penginapan yang dimiliki oleh Shimizu-cho, Hokkaido menjadi sebuah penginapan unik untuk pengembara – dengan dua penginapan yang direka dan digayakan oleh MUJI yang kini boleh ditempah secara eksklusif di Airbnb di sini dan di sini. Kedua-duanya menampilkan perabot kayu Hokkaido tempatan serta pinggan mangkuk, peralatan memasak dan peralatan rumah berjenama MUJI.

*Berdasarkan data daripada tinjauan YouGov yang dianjurkan oleh Airbnb, yang membuat tinjauan terhadap 1057 responden di Malaysia antara 5-9 Oktober 2022

**Berdasarkan lokasi tetamu yang menghasilkan carian paling banyak bagi Jepun pada hari pengumuman kerajaan Jepun, 23 September.

***Berdasarkan data penyenaraian yang paling digemari dari 1 Sept – 22 Sept 2022. Semua Penginapan Airbnb di seluruh dunia dihadkan kepada maksimum 16 orang tetamu. Semua Penginapan yang dirujuk adalah bertujuan semata-mata untuk memberi inspirasi dan gambaran. Airbnb tidak mengesyorkan atau menyokong penyenaraian penginapan tertentu di platform Airbnb.

© 2023 BlackButterfly DesignArts