AINZ & TULPE Menampilkan Pelancaran TIRTIR Eksklusif di Malaysia

Jadilah Antara yang Pertama untuk Menikmati Kecantikan TIRTIR dengan Promosi Eksklusif Bulan September ini

AINZ & TULPE Menampilkan Pelancaran TIRTIR Eksklusif di Malaysia

Kuala Lumpur, 14 September 2024AINZ & TULPE merupakan pembekal kecantikan Jepun yang terkenal dan berbangga untuk menjadi yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan rangkaian produk TIRTIR yang digemari secara eksklusif, menawarkan pengalaman yang tiada tandingan kepada penggemar kecantikan. Sempena pelancaran, AINZ & TULPE mengadakan promosi istimewa bermula dari 13 hingga 29 September 2024. Sepanjang waktu promosi ini berlangsung, pengguna boleh menikmati diskaun sebanyak 10% eksklusif untuk semua produk TIRTIR di kedai AINZ & TULPE di Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Pavilion Bukit Jalil, dan IOI City Mall.

AINZ & TULPE, berasal dari Jepun sejak tahun 2002 telah berkembang hingga 83 kedai di seluruh Jepun menawarkan produk-produk kecantikan dan kesihatan terkini. Pada Mei 2022, ia berkembang di peringkat antarabangsa dengan cawangan pertamanya di Malaysia, dan menjadi destinasi utama kepada mereka yang mencari trend kecantikan Asia yang terbaik khas bagi penggemar kecantikan. Berpegang teguh pada misinya untuk menjadi pembekal kecantikan Asia terkemuka yang memperkenalkan jenama dan trend yang menarik, AINZ & TULPE berbangga untuk menjadi antara yang pertama membawa masuk produk kecantikan TIRTIR yang sangat digemari oleh pengguna Malaysia.

AINZ & TULPE Menampilkan Pelancaran TIRTIR Eksklusif di Malaysia

TIRTIR diasaskan pada 2015, telah mencipta nama dalam industri kecantikan dengan menghasilkan produk yang maju dengan gabungan terbaik dari alam semula jadi dan sains.  Penawaran terbaru di AINZ & TULPE termasuk produk terkenal TIRTIR yang dinanti-nantikan seperti TIRTIR Mask Fit Red Cushion, TIRTIR Tone Up Essence, Titir Mask Fit Aura Cushion, TIRTIR Mask Fit Cushion, TIRTIR Mask Fit All-Cover Cushion, TIRTIR Tone Up Cream, dan TIRTIR Mask Fit All-Cover Dual Concealer. Produk ini menjadi kegemaran ramai kerana perlindungannya yang sempurna, tekstur yang ringan, dan mempunyai khasiat yang menyuburkan kulit, menjadikannya sempurna untuk sebarang rejimen kecantikan.

AINZ & TULPE Menampilkan Pelancaran TIRTIR Eksklusif di Malaysia

TIRTIR Mask Fit Red Cushion, merupakan produk yang terlaris di Jepun, menawarkan perlindungan sehingga 72 jam dengan kemasan separa “matte”, memastikan kulit berseri dan kelihatan licin bak kaca. Rekaan “puff” berbentuk telur yang unik membolehkan aplikasi yang tepat, meliputi setiap sudut wajah.

AINZ & TULPE Menampilkan Pelancaran TIRTIR Eksklusif di Malaysia

TIRTIR Tone Up Essence ialah produk asas serba guna yang melindungi kulit daripada sinaran matahari, memberikan manfaat penjagaan kulit, dan hasil kulit yang berseri. Dengan pilihan warna Mint, Lavender dan Beige, ia bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran matahari tetapi juga memperbaiki tona kulit, melembapkan, dan memberikan efek kulit yang segar.

Sebagai pelopor dalam menawarkan produk-produk kecantikan kepada ramai, AINZ & TULPE merupakan yang pertama untuk memperkenalkan produk kecantikan TIRTIR di Malaysia, menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk semua rangkaian produk TIRTIR dari 13 hingga 29 September 2024, menggalakkan pengguna merasai pengalaman produk kosmetik berkualiti tinggi ini.

“Kami sangat teruja untuk membawa rangkaian produk TIRTIR yang menarik ini ke Malaysia, memberi peluang untuk pengguna-pengguna kami untuk mengalami inovasi kecantikan terkini daripada jenama terkenal ini. Komitmen TIRTIR terhadap produk berkualiti dan kesihatan kulit sejajar dengan misi kami untuk menawarkan hanya yang terbaik kepada pengguna kami,” kata Seiji Kato, Ketua Pegawai Operasi AMC Retail Malaysia Sdn. Bhd.

AINZ & TULPE mengalu-alukan semua peminat kecantikan di Malaysia untuk mengunjungi AINZ & TULPE untuk meneroka produk TIRTIR yang ditawarkan. Program kesetiaan jenama AINZ & TULPE turut menawarkan manfaat dan diskaun kepada pelanggan setia, memastikan pengalaman beli-belah yang berbaloi dan tidak dapat dilupakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai AINZ & TULPE, layari www.ainz-tulpe.com.my, kedai atas talian Shopee https://shopee.com.my/atmy2024, and ikuti kami di laman sosial:

© 2024 BlackButterfly DesignArts