Terokai Produk Terlaris Hince Secara Eksklusif di AINZ & TULPE
Terkenal dengan falsafah unik yang menggalakkan individu meraikan kecantikan semula jadi melalui penekanan pada warna-warna menarik serta tekstur yang menyerlahkan keindahan kulit muka, rangkaian produk Hince kini tersedia di Malaysia melalui AINZ & TULPE, yang sentiasa membawakan formulasi kecantikan terkini dari Korea Selatan kepada penggemar kecantikan tempatan.
Sebagai sebahagian daripada komitmen AINZ & TULPE untuk menawarkan pelbagai produk kecantikan Asia yang terbaik, barisan produk Hince kini boleh didapati di semua cawangan AINZ & TULPE di Malaysia. Barisan produk ini menawarkan formulasi berkualiti tinggi kepada peminat kecantikan untuk penampilan semula jadi dan berseri. Pelancaran ini memberikan peluang menarik kepada pengguna di Malaysia untuk kekal di hadapan dalam trend kecantikan dengan mencuba sendiri produk ikonik dari jenama ini.
True Dimension Radiance Balm, salah satu pelembap kulit (skin balms) pelbagai fungsi yang paling dicari, adalah produk kecantikan serbaguna yang dapat memberikan kilauan halus dan lembut, sesuai untuk menyerlahkan mata, pipi, atau kontur wajah. Tersedia dalam pilihan warna seperti Light, Clear, dan Dawn Ray, pelembap ini sebati dengan kulit, menghasilkan kemasan semula jadi yang berseri.
Dapatkan perlindungan sempurna dan tahan lama dengan Second Skin Mesh Matte Cushion. Seperti namanya, ia terasa seperti kulit kedua—ringan dengan kemasan matte yang halus. Bedak asas (foundation) ini memberikan liputan yang rata dan licin, menjadikan wajah kelihatan sempurna dan berseri.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan kemasan kulit yang lembap dan berseri, Second Skin Glow Cushion menawarkan perlindungan yang kaya dengan kelembapan melalui 62% esen, menjadikan kulit anda kelihatan bersinar dan segar sepanjang hari.
Memberikan sentuhan warna yang cerah dengan kemasan berkilat dan melembapkan, Raw Glow Gel Tint tersedia dalam 10 pilihan warna seperti Bare dan Rose Raw. Gel tint ini menyatu dengan mudah dengan warna bibir semula jadi anda, memberikan kelembapan tahan lama serta penampilan yang segar dan semula jadi.
Semua penggemar produk kecantikan dijemput untuk mengunjungi AINZ & TULPE untuk menerokai rangkaian lengkap produk Hince. Promosi dan diskaun eksklusif akan tersedia untuk ahli kesetiaan AINZ & TULPE, memberikan peluang hebat untuk menikmati tawaran istimewa yang tidak boleh dilupakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai AINZ & TULPE, layari https://www.ainz-tulpe.com.my/, kedai atas talian Shopee https://shopee.com.my/atmy2024, and ikuti kami di laman sosial: