Agoda mengumumkan senarai destinasi baharu yang membentuk landskap pelancongan Malaysia

Agoda mengumumkan senarai destinasi baharu yang membentuk landskap pelancongan Malaysia

Malaysia, 10 Januari 2024 – Agoda, platform pelancongan digital, mengumumkan senarai “Horizon Baharu Malaysia 2024” yang menampilkan lima buah destinasi yang telah menarik perhatian para pelancong sejak beberapa tahun belakangan ini. Senarai ini, yang dihasilkan daripada perbandingan data carian, menyerlahkan destinasi dalam negara yang menyaksikan peningkatan yang ketara dalam minat daripada pelancong dalam dan luar negara.

Enric Casals, Naib Presiden Bersekutu Asia Tenggara di Agoda, menyatakan, “Walaupun destinasi metropolitan yang sibuk di Malaysia secara tradisinya menjadi tumpuan ramai, kami telah memerhatikan lonjakan yang ketara dalam carian untuk bandar-bandar menawan yang lebih kecil dan juga destinasi lain sepanjang tahun lalu.”

MALAYSIA
Pangkor 45%
Kuala Terengganu 40%
Miri 33%
Kuantan 33%
Alor Setar 31%

Mendahului senarai tersebut adalah destinasi tepi pantai, Pulau Pangkor yang menyaksikan peningkatan 45% dalam trafik carian. Terletak di Perak, kira-kira 70 km dari kawasan tumpuan pelancong Ipoh, Pulau Pangkor menawarkan pantai yang bersih dan pelbagai jenis penginapan yang bersesuaian dengan bajet rendah atau mewah. Tempat peranginan ini telah menjadi tarikan bagi mereka yang inginkan destinasi yang tenang dan dikelilingi alam semula jadi.

Agoda mengumumkan senarai destinasi baharu yang membentuk landskap pelancongan Malaysia

Mengekori dengan rapat, Kuala Terengganu menyaksikan peningkatan 40% dalam jumlah carian. Kuala Terengganu yang merupakan pintu masuk ke pulau-pulau terbaik di Pantai Timur dan hab kebudayaan menjadi tarikan kepada mereka yang inginkan destinasi percutian tropika yang santai. Warisan budaya yang kaya di bandar ini serta tawaran masakan yang pelbagai dan pasaran yang meriah melengkapi peranannya sebagai titik permulaan untuk meneroka keindahan kawasan pulau berhampiran yang menakjubkan.

Agoda mengumumkan senarai destinasi baharu yang membentuk landskap pelancongan Malaysia

Berkongsi kedudukan di tempat ketiga dengan peningkatan carian sebanyak 33% ialah Kuantan dan Miri. Para pelancong tertarik kepada Kuantan kerana pesonanya yang santai dan peluang untuk meneroka keajaiban tempat-tempat yang kurang dikenali di Pantai Timur Malaysia. Miri sebaliknya memikat hati pengunjung dengan tawaran unik, seperti rizab alam semula jadi yang tidak disentuh, hutan hujan yang menghijau, dan Gua Niah yang menakjubkan. Keindahan semula jadi dan ekosistem yang berbeza-beza di Miri menjadikannya sebuah destinasi yang ideal untuk penggemar alam semula jadi yang inginkan pengalaman yang lebih imersif dan mengagumkan.

Agoda mengumumkan senarai destinasi baharu yang membentuk landskap pelancongan Malaysia

Agoda mengumumkan senarai destinasi baharu yang membentuk landskap pelancongan Malaysia

Melengkapkan senarai 5 destinasi teratas dengan peningkatan jumlah carian sebanyak 31% adalah Alor Setar, ibu kota Kedah yang mempunyai sejarah kaya yang dapat dilihat melalui mercu tanda seperti Menara Alor Setar dan Masjid Zahir yang tersergam indah. Selain daripada keindahan budayanya, Alor Setar juga terkenal dengan pasar-pasar yang meriah seperti Pekan Rabu yang memberikan peluang kepada para pelancong untuk menyaksikan gaya hidup penduduk tempatan dan juga mencuba pelbagai makanan tradisional. Ini menjadikannya sebagai destinasi pilihan kepada mereka yang ingin menikmati budaya tempatan dan juga ketenangan.


Agoda mengumumkan senarai destinasi baharu yang membentuk landskap pelancongan Malaysia

Casals berkata, “Memang menarik untuk melihat destinasi seperti Pangkor dan Kuala Terengganu semakin menarik perhatian pelancong. Penemuan ini menunjukkan lebih ramai pelancong ingin meluaskan ufuk mereka dan meneroka permata tersembunyi di luar bandar utama Malaysia. Kami komited untuk menjadikan destinasi-destinasi Malaysia yang mengagumkan ini agar lebih mudah diterokai oleh pelancong tempatan dan antarabangsa dengan menawarkan pelbagai tawaran hebat untuk menangkap imaginasi mereka.”

Platform Agoda menyediakan kemudahan merancang dan menempah percutian di Malaysia yang komprehensif dengan menawarkan lebih 3.9 juta tempat penginapan untuk percutian bersama tempahan tiket penerbangan dan juga pelbagai aktiviti percutian. Destinasi-destinasi yang semakin meningkat naik ini membolehkan para pelancong menikmati sisi baharu Malaysia dan mengembara dunia dengan harga yang lebih murah.

© 2023 BlackButterfly DesignArts